[LAIN-LAIN] - FILEM LUARNEGARA


2004

15 Oktober 2004
HOLLYWOOD - tahun ini agak menarik bila tanpa disangka-sangka muncul beberapa buah filem Hollywood di pawagam Malaysia. Apabila filem Kill Bill 2 arahan Quentin Tarantino berjaya menembusi pawagam kita (dan trailernya juga muncul dalam TV2), ramai penonton yg merasa kagum. Hanya kerana filem sebelumnya Kill Bill yg merupakan sebuah filem yg mengagungkan keganasan melampau, maka tayangan Kill Bill 2 seakan memperlihatkan sikap terbuka pihak penapisan filem yg sebenar-benarnya masih di takuk lama. Kemudian muncul pula The Passion Of The Christ, yg turut mencipta sejarahnya yg tersendiri kerana ia telah diluluskan sepenuhnya untuk tayangan di pawagam TETAPI dengan menghadkan penontonnya hanya kepada penganut Kristian. Kini, tanpa disangka-sangka muncul sebuah dokumentari kontroversi -yg menonjolkan realiti buruk di sebalik pentadbiran Amerika Syarikat- Fahrenheit 9/11. Sekali lagi kita merasa kagum, cuma kita masih perlu tertanya-tanya, babak manakah yg telah ditapis untuk filem yg bertanda 18PL itu.

SINGAPURA - akhirnya saya terjumpa VCD filem City Sharks. Filem itu yg entah kenapa tidak ditayangkan di pawagam Malaysia, sebenarnya mempunyai kaitan yg agak rapat dengan Malaysia. City Sharks difilemkan hampir keseluruhannya di negeri Johor, dengan beberapa pelakon tempatan seperti Hans Isaac, Afdlin Shauki dan 2 orang pelakon yg terlibat dalam Spinning Gasing - Corrie Lee dan Corinne Adri. Ceritanya agak menarik walaupun kurang berjiwa. Sementara itu filem Homerun yg diharamkan di Malaysia juga boleh didapati dalam format DVD. Filem tersebut juga menggunakan lokasi dan tenaga kerja tempatan. Filem-filem lain yg telah lama dipasarkan dalam format VCD ialah One Leg Kicking, Return To Pontianak dan I Not Stupid (sebuah telefilem VCD tempatan yg menggunakan judul Kami Tidak Bodoh kelihatan mempunyai persamaan idea dengan filem Singapura itu. Akan disiasat)

LAIN-LAIN - sudah lama saya membeli VCD filem animasi Muhammad Utusan Terakhir, tapi masih belum ditonton. Mungkin sekarang seperti sesuai untuk menghayati kisah ini. Dapatkan trailernya melalui laman web rasmi...
http://www.muhammadutusanterakhir.com



www.filemkita.com © 1999-2005 khys