|
2004
1 Oktober
2004
Saya berharap dapatlah menonton trailer PGL sebelum filem ini
bermula. Kelihatan beberapa pekerja pawagam berjalan laju keluar, bercakap-cakap tentang trailer yg tiada. Adakah mereka juga berharap
yg sama. Mungkin juga terlalu awal, tunggulah beberapa hari lagi. Penonton memenuhi separuh pawagam. Ada beberapa orang amoi yg
bersedia untuk ditakutkan oleh Makar. Kelihatan seperti itulah harapan mereka, juga kebanyakan penonton lain. Filem ini sebenarnya
bukanlah sebuah filem seram. Makar ialah kisah thriller. Seperti juga dengan Di Ambang Misteri, filem ini juga telah disalah-erti oleh
penonton sebagai filem seram, iaitu hasil salah-promosi oleh penerbitnya yg cuba mengaut
keuntungan dengan mempromosikan filem ini dengan imej hantu. Lihat saja posternya (juga Di Ambang Misteri),
juga penonjolan watak 'hantu' dalam iklannya. Itulah kesilapan awal filem ini, dengan memberikan
harapan yg salah kepada bakal penonton. Apa pun, memang kisah hantu menarik perhatian ramai penonton. Tapi,
bagaimana pula kalau hantu itu hantu tipu? Sudah tentu tarikan itu akan lenyap dengan cepatnya. Makar
bermula dengan seribu misteri watak-wataknya yg bakal dijelaskan nanti. Mereka bertemu di majlis
perkahwinan watak Rashidi Ishak. Ia seolah-olah reunion tidak rasmi sekumpulan bekas rakan sekolej. Mereka semuanya
masih berwatak sama seperti ketika masih belajar dahulu, bezanya kini mereka semua
mempunyai tanggungjawab yg berbeza. (Nota: tak ingat nama watak, saya akan guna nama pelakon lepas ni) - Azza masih lagi
seorang yg suka melawa dan perasan, kini sudah pun bergelar model. Jason yg kaki
perempuan masih tak boleh tengok pompuan cantik terakhir, dia kini seorang jurugambar (ambik gambar pompuan ler
tu). Lepas tu, ada Soraya Dean yg member baik dengan Rita Rudaini. AC Mizal pula macam
ada tak puas hati sikit dekat Rashidi. Dan Rashidi pula macam berlagak sikit dengan AC, tambahan lagi dia dapat kahwin dengan anak
orang kaya (mesti lawa) lakonan Vanida. Jadi, cerita seterusnya berlegar di antara enam watak tersebut (kecuali Vanida) dan seorang
watak tambahan yg akan muncul dalam imbas kembali kejadian di tempat belajar mereka dahulu. Watak tambahan itu juga lakonan Vanida, dan
watak itulah penyebab semua kejadian misteri yg akan berlaku selepas ini. Cerita
ini sebagai sebuah thriller agak menarik juga. Kisahnya mengenai pembunuhan tak sengaja, penyamaran terancang, tipu
muslihat, cemburu buta, serta dendam yg perlu dibalas. Semuanya resipi wajib filem thriller,
semuanya secukup rasa. Keranamu Malaysia, kisah ini tidak boleh dibuat lebih dari itu. Cuma setakat itu boleh dibawa
kisah sebegini, kreativiti tidak lagi boleh berkembang dalam keadaan sekarang.
Jadinya, Makar tiada sesuatu yg luarbiasa. Filem ini sememangnya sudah boleh
diagak, walaupun ia masih juga berjaya dikaburkan pada beberapa ketika, tapi sebenarnya masih berjalan
secara ringkas dan mudah. Mungkin juga perlu diperkatakan mengenai 'kebetulan' persamaan wajah watak Vanida
(isteri watak Rashidi) dengan wajah pelajar yg mati ketika zaman kolej mereka
dulu. Kenapa tiada seorang pun yg ingin persoalkan persamaan wajah mereka berdua? Adakah kerana perbezaan taraf, seorang kaya dan
seorang miskin? Persamaan yg kebetulan sebegitu pastinya ada kaitan, tambahan lagi tiada seorang pun yg mahu mempersoalkannya. Anehnya
(yg sudah boleh diagak), watak isteri Rashidi itulah yg paling tidak disyaki sebagai pengacau (hantu) sepanjang cerita ini. Sebaliknya mereka
semua sepakat utk mempercayai yg hantu pelajar yg mati itu sudah kembali untuk membalas dendam. Kesannya, seorang demi seorang watak
dalam filem ini mati akibat diganggu oleh 'hantu' itu. 'Hantu' itu tidak
membunuh, tetapi kerana mereka semua semacam dirasuk perasaan bersalah atas kematian pelajar itu, maka berlakulah kemalangan yg tak
sepatutnya berlaku. Perasaan bersalah akibat tidak melaporkan 'pembunuhan' pelajar
itulah yg sebenarnya membantu 'hantu' itu membunuh diri mereka sendiri. Selain itu, kisah ini juga
melibatkan perselisihan faham antara Rashidi dan AC Mizal yg tidak kurang pentingnya dalam membentuk tindakan mereka
seterusnya. Beberapa pelakon seperti AC Mizal dan lain-lain (termasuk pelakon
wanita) yg perlu mengeluarkan emosi kesedihan watak mereka nampaknya gagal dan seperti tak layak berlakon. Berlainan pula dengan
Rashidi yg berpeluang membawa watak 'tak berhati perut' nampaknya lebih beruntung kerana wataknya berjaya dihidupkan. Arahan Silver juga
masih seperti biasa. Kesederhanaan filem ini memang akan mengundang ketidak-puas-hati-an sesiapa saja. Maklumlah bajet sikit, dan pernah
dikatakan yg ia dibuat untuk edaran terus ke VCD. Tetapi kejayaan Silver untuk mengawal rentak filem ini agak memuaskan, dengan
kemunculan 'kejutan hantu' yg tidaklah terlalu kerap (filem thriller memang sepatutnya
begitu, bergerak perlahan), begitu juga sedikit suntikan komedi yg tidak
dijangka-jangka, dan pentingnya tidak slapstik. Tomok juga tidak muncul sebagai penyanyi dan tiada sebarang
lagu dalam filem ini. Walau bagaimanapun, beberapa perbuatan dalam filem ini memang layak
dipertikaikan (contohnya membuang mayat ke laut di tepi pantai). Dan akhirnya bila sampai ke penghujung filem,
di mana semua rahsia telah terbongkar, adakah penonton akan berpuas hati? Pastinya tidak utk
peminat filem hantu, tambahan lagi penamat filem ini memang agak sedikit pelik, di mana ia melibatkan watak
Rita, yg akhirnya telah menjadi 'bukan dirinya sendiri'. Hmm... kena menonton semula ke ni? (sebab ada sesuatu
di penghujungnya). Apahal pun, antara babak kesukaan saya ialah ketika imbas kembali kisah anak
yatim, budak perempuan kembar yg terpisah semasa kecil itu. Salah seorangnya berbaju merah jambu telah dipisahkan
dengan kembarnya, bila dia terpaksa mengikut keluarga barunya yg kaya raya. Tinggallah
kembarnya yg sentiasa berpakaian hitam itu hidup dalam kesepian, kesengsaraan dan akhirnya menjadi mangsa kerakusan cemburu
dan dengki hingga terbunuh. Oh, agaknya mungkinkah sebab itu Rita akhirnya berpakaian serba hitam ketika mengunjungi pakar saikologinya di
akhir cerita, kerana bila difikirkan memang dialah punca segala-galanya. TAMAT.
**1/2
20 Julai
2004
Menurut Cinema Online, filem ini akan diedarkan oleh syarikat
antarabangsa Buena Vista Columbia Tristar. Adakah ia lebih bagus dari Di Ambang Misteri? Dan, apakah maksud Makar?
30 Mei
2004
AKAN DITAYANGKAN - 5 Ogos. Filem yg se'acuan' dengan Di Ambang
Misteri. Di'lahir'kan oleh 'ibu dan bapa' yg sama (pengarah/penerbitnya). Filem ini tiada dalam
senarai Akan Datang dalam filemkita.com (saya sangka ia akan terus di'vcd'kan). Tak banyak maklumat dapat
diberi, tiba-tiba saja filem ini ada dalam senarai tayangan yg dikeluarkan oleh
Finas.


|