|
2003
15 April
2003
Razak Mohaideen selaku pengarah, penulis lakonlayar
(juga diberi kredit sebagai pencipta konsep filem) memang 'berani' buat
filem ni. Filem ni seakan memberi
imej kurang baik kepada golongan 'mami' (yang mana turut melibatkan
kaum kerabat pengarahnya juga). Walau
bagaimanapun, apabila dilihat dari segi komedi dan hiburannya semata-mata, Mami Jarum memang boleh buat orang ketawa
(setidak-tidaknya ketawa sinis). Bagi
yang cuba mencari kebaikannya pula, akan kelihatan yang golongan
'mami' tersebut sebenarnya di sebalik sifat menunjuk-nunjuk mereka, merupakan golongan yang pandai mengumpul harta dan pandai pula
berniaga (lihat watak Maideen, bekas pemuzik yang berniaga dan memiliki
kereta Perdana). Tapi, sebagai filem, ceritanya memang tak bergerak
ke mana-mana. Selepas 30 minit, saya belum nampak arah tujuan penulis. Keutamaan diberi untuk mewujudkan situasi lucu
sahaja. Semua plot telah boleh diagak cuma penghujungnya mungkin kasar sikit di
mana Mami Jarum yang kelihatan insaf ditunjukkan baru selesai
sembahyang dan apabila diangkat tangannya di sebalik kain telekung
kelihatan gelang emas memenuhi lengannya. Babak itu menjadi
sambungan kepada Mami Jarum Junior tidak lama
lagi.
**1/2
9 Mac
2003
VCD MAMI JARUM dah keluar -
belum sempat tengok. Tak dapat bagi bintang lagi ler.. Bulan May nanti ada pulak Mami Jarum Junior!!!!! Letih
betul.. tapi takpe lepas tu ada Paloh pulak!

2002
20 Oktober 2002
Penutup tahun ini akan ditayangkan MAMI JARUM lebih
kurang 45 hari lagi. Saya akan scan posternya dan e-mel tidak lama lagi. Tunggu...
26 Ogos
2002
MAMI JARUM - menyusul selepas kejayaan
Anak Mami The Movie. Razak Mohaideen lari dari Grand Brilliance ke Metrowealth
Movies. Reputasi buruk Metrowealth (Mendam Berahi, No Problem) mungkin menjejaskan minat penonton.
Tambahan pula Farouk Hussein
(pelakon wajib siri Anak Mami) tidak bersama.

|