[VCD] - MAMI JARUM JUNIOR


2004

20 Julai 2004
Akhirnya saya menonton filem ini, tak berapa lama sebelum berlangsungnya FFM17 baru-baru ini. Filem ini turut bertanding, dan agak mengejutkan juga selepas menonton lalu mengetahui tentang pencalonan FFM-nya, di mana Rita Rudaini yg membawa 'watak utama' filem ini mendapat pencalonan akhir untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (?). Kalau Mami Jarum (MJ) sebelum ini menang Pelakon Komedi Terbaik melalui Kartina Aziz, Mami Jarum Junior (MJJ) ini pula seperti tidak menonjolkan watak utamanya (Rita). Cerita MJJ ini bergerak sebagai sebuah kisah sambungan MJ di mana cuma watak Kartina ditiadakan. Namun begitu watak Rita masih dikekalkan, tetapi malangnya watak Rita itu tidak dijadikan watak utama untuk menggantikan watak Kartina. Filem ini seolah-olah tiada watak utama. Kebanyakan 'isi' ceritanya adalah sub-plot (kisah sampingan) dari filem MJ yg cuba dikembangkan sebagai sebuah kisah baru melalui MJJ ini. Apa yg dipaparkan dalam MJJ ini ialah kisah rumahtangga Datuk yg beristeri dua, kisah anak Datuk yg mencari cinta baru, kisah Chombee (Rosnah Mat Aris) dan anak lelakinya, dan tidak dilupakan secebis kisah Rita sebagai Mami Jarum Junior. Secebis saja. Watak Rita tidak diberi perhatian, sekadar berlegar-legar dalam kisah sampingan, hinggalah hampir di penghujung cerita barulah watak Rita dibentuk untuk berubah yg mana malangnya lagi hanya sekadar untuk mengakhirkan cerita ini, iaitu dengan memberi satu pengajaran pada watak Rita (MJJ). Selepas itu, filem ini berakhir begitu saja, dengan mengakhirkan (menghukum) watak Rita, DAN secara sengaja atau tidak: melupakan terus kisah sampingan yg telah beria-ia diceritakan sejak dari awal tadi. Hmm... apa yg terjadi pada mereka semua? Datuk, Anak Datuk, Chombee, Anak Chombee, Anak Mami (Azza) dan lain-lain. Pelik sungguh susunan cerita ini. Mungkinkah pembikinnya mahu buat filem Datuk, Chombee & Anak-Anak Mereka pula selepas ini? Apa-apa saja la...
*


2003

12 Ogos 2003
Mami Jarum Junior - saya tengok VCD ni pada komputer. Melompat-lompat. 15 minit saja dah tamat. Hehe. Tak dapat bagi bintang lagi. Tapi filem ni masa dibuat dulu pun, secara terus disambung dari Mami Jarum, jadi permulaan filem ni memang tak sesuai di tonton kalau belum tengok MJ lagi. Boleh ke Rita setanding gurunya Mami Jarum? Tak tahu nak komen lagi.

12 Jun 2003
MAMI JARUM JUNIOR - sudah kutip RM1juta ke? 2 minggu dan masih bertahan di pawagam. Rugi kalau tak tengok. Kalau tak tengok, lagi tak rugi.. haha. Ikut citarasa masing2.. [saya mahu sangat tonton, tapi bukan di pawagam].

27 Mei 2003
Tarikh tayangan (29 Mei 2003) - bermula Khamis ini. Ini adalah sambungan Mami Jarum. Siapa yang belum tengok MJ, mungkin tak berapa jelas jalan cerita MJJ ni nanti. Kalau anda dah tengok trailer atau The Making Of MJJ, dan rasa tak best, tunggu VCD jer. Apa yang saya perhatikan, jenis filem ni, memang ada pengikutnya tersendiri. Dan kalau filem ni dapat berjuta-juta RM (1 juta sudah tentu?), dan ramai orang kutuk pula, memang patut pun sebab bukan senang nak ajak/suruh/paksa orang ke pawagam (melibatkan masa/tenaga/wang), dan pembikin filem yang ramai orang tengok filemnya di pawagam, patut membiarkan orang kutuk filemnya (saya sendiri konfius baca tulisan ni). Ada dengar ke, David Teo (penerbit Metrowealth) kata tayangan Jelangkung (Indonesia) kacau Mistik.

19 Mei 2003
AKAN DATANG KE PAWAGAM: Mami Jarum Junior - akan mula ditayangkan minggu depan, 29hb. Trailernya dah pun ditayangkan masa tayangan Mistik. Nampak macam biasa sangat-sangat. The Making Of akan disiarkan hujung minggu ni kot. TV mana entah.


2002

26 Ogos 2002
MAMI JARUM JUNIOR (MJJ) - ini sudah lebih. Mami Jarum (MJ) bukan saja belum ditayangkan, tapi sebaik saja tamat penggambaran MJ, sequelnya MJJ dilancarkan dan sedang menjalani penggambaran. Razak Mohaideen mengarah 'pelakon-pelakon Metrowealth'.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys