[PROMOSI] - MIN


2004

11 Jun 2004
Festival Filem Perancis (FFP) akan bermula Ahad ini (13 Jun) hingga Rabu (16 Jun) bertempat di pawagam GSC Plaza Gurney, Pulau Pinang. Seperti yg dijangka (tapi tidak diharapkan untuk jadi kenyataan), filem Min yg berjaya ditayangkan di KL minggu lepas, TIDAK akan menyertai FFP di Penang! Nampaknya kena tunggu ntv7 jugalah untuk tengok Min. Mungkin boleh ditayangkan pada Raya.

Jadual tayangan filem lain:
http://www.gsc.com.my/version2/intscreen/fff_gp.htm


Walaupun begitu, orang Penang tak perlu bersedih mahupun keciwa sebab Ahad ini (13 Jun) juga The Big Durian akan ditayangkan tak berapa jauh dari Plaza Gurney itu. Jangan tonton filem Perancis, tontonlah Filem Malaysia!! Orait?

31 Mei 2004
Filem MIN cuma akan ditayangkan di pawagam sekali sahaja. Satu tayangan sahaja! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Tarikh: 3 Jun 2004 (Khamis)
Masa: 7.00 malam
Tempat: GSC Midvalley, KL
Tiket: RM10.00

Jadual penuh:
http://www.gsc.com.my/version2/intscreen/fff.htm

Maklumat filem:
http://www.gsc.com.my/version2/intscreen/movies.asp?search=fff

30 Mei 2004
SEDANG DITAYANGKAN. Sempena Festival Seni Perancis yg sedang berlangsung selama sebulan di Kuala Lumpur dan Penang, turut diadakan siri tayangan filem-filem Perancis. Tayangan filem dalam slot Festival Filem Perancis itu turut memberi ruang kepada filem MIN untuk ditayangkan di pawagam. Itulah yg dilaporkan walaupun saya tidak dapat mencari jadual tayangan filem ini. Filem MIN arahan Ho Yuhang (tak percaya ker?) telah diiktiraf dalam sebuah festival filem antarabangsa di Perancis tidak lama dulu. Jangan lepaskan satu-satunya peluang ini. Ditayangkan sekarang, 29 Mei, hingga 6 Jun nanti, cuma di pawagam GSC International Screens, Mid Valley, Kuala Lumpur. Mesti tonton.

AKAN DITAYANGKAN - 13-16 Jun (Pulau Pinang). Seminggu selepas tayangan di KL. Festival Filem Perancis turut memberi peluang kepada penonton di utara untuk sama-sama tidak ketinggalan menonton filem ini. Wajib tonton... itu pun kalau filem ini benar-benar ditayangkan. Janganlah pula nanti, filem Perancis saja yg diberi peluang. Akan ditayangkan di GSC International Screens, Plaza Gurney, Penang.
http://www.gsc.com.my


2003

24 Disember 2003
MIN - ada yg tanya saya kenapa tak senaraikan tajuk ni dalam filemkita.com. Saya kata tunggu tajuk ni keluar di tanahair dulu. Kita tengok dia nak keluar dari kaca TV atau dia nak terpancar di layar putih (perak)? Kita tengok nanti. Lepas tu baru boleh senarai sama ada dalam kategori Telefilem atau Filem Cereka. [kalau terus ke VCD, rugi woo..].

*Telefilem Min (versi panjang yg tidak akan disiarkan dalam slot Odisi) telah menyertai dan mendapat pengiktirafan dalam beberapa buah festival filem antarabangsa.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys