|
2003
19 May 2003
Saya dah tonton filem ni pada hari pembukaan
dulu. Takde apa
yang nak dikomen sangat. Kalau nak kata boring tu, boleh
juga.. tapi
ramai juga yang terjerit terkejut dalam panggung hari
tu. Dari segi cerita, takde apa-apa pun.. tapi, muzik latar dan kesan bunyinya
memang diakui berjaya membangkitkan suasana takut
tu. Itu aje! Yang
paling saya ingat dan buat saya terkejut sikit ialah bila Mona
terjerit-jerit dalam laut, meronta-ronta kemudian terjaga dari
mimpi.. penonton perempuan belakang saya betul punya marah,
"Anak haram! Mimpi!?". Hehehe, terkejut tu... tertipu.
**
24 Mac
2003
Di sebabkan saya belum tonton Mistik ni, tak dapatlah ulas lebih
lanjut. Mistik sebenarnya telah ditayangkan kepada student UiTM baru-baru ni..
Sebenarnya LPF telah meluluskan 100% filem ni seperti yang tertulis
pada posternya.

Walaupun tajuknya Mistik dan bercerita tentang alam ghaib, tak semestinya ia mengandungi unsur tahyul. Ini kerana alam ghaib dan
makhluk halus memang sebenarnya wujud cuma rupa dan keadaannya tidak diketahui oleh kita semua. Apabila ia digambarkan secara
keterlaluan, itu yang tak diluluskan tu. Saya rasa Prof. Razak selaku penulis lakonlayar tidak terlalu 'berfantasi' sehingga melanggar sempadan
antara realiti dan tahyul. Contoh tahyul ialah perkara-perkara yang melanggar kepercayaan atau agama seseorang seperti makhluk ghaib
yang mempunyai kuasa yang luarbiasa (rujuk filem Fantasi di mana digambarkan manusia dan roh bercakap dan sebagainya), dan banyak lagi
contoh sebenarnya. Mistik ni hanyalah filem yang menakut-nakutkan penonton dengan sesuatu yang tak pasti. Mungkin sebab tu tiada
potongan oleh LPF. Sekiranya digambarkan secara detail tentang hantu atau apa saja yang menakutkan tu, mungkin akan ditapis
kot? Setakat tunjuk tangan dan bayang-bayang atau perempuan rambut panjang, lipstik hitam dan baju putih tu, rasanya tiada masalah. Penonton
Melayu pun rasanya suka sangat benda-benda macam tu? Misteri. Entahlah, ini cuma pendapat
secara umum saja.
Siapa yang tak sabar nak tengok Mistik, pergi tengok Laila Isabella
Khamis nanti, mesti ada trailer Mistik sebelum filem tu. Poster Mistik pun boleh tahan juga kehebatannya. Ingatkan diorang nak letak
gambar semua pelakon pada poster terutama Nisdawati yang dah terkenal tu. Tapi, nampaknya sorang pelakon saja dekat poster, iaitu pelakon
baru yang belakon jadi hantu. Unik jugalah sebab boleh menarik penonton pelbagai bangsa untuk tengok 'hantu melayu' tu :).. yang
berbaju kurung dan berselendang putih dengan wajahnya yang ???.
9 Mac
2003
MISTIK - akan ditayangkan pada bulan April nanti. Filem ni dihebohkan
telah lulus 100% tanpa potongan (tak pasti U atau 18**). Dari kenyataan tersebut boleh disimpulkan sama ada MISTIK dibuat
mengikut 'garis panduan' yang betul (self-censorship) atau Lembaga Penapis Filem
sudah jadi 'lain macam sikit' atau semua ini cumalah 'gimik' semata-mata. Tapi rasanya MISTIK
bukanlah jenis yang 'kontroversi' dan menyentuh kepercayaan walaupun ia filem seram tapi seram moden. Filem macam ni
dah jadi trend sebenarnya. Cuma Malaysia lambat sikit. Indon pun ada Jelangkung. Yang membimbangkan ialah statusnya
sebagai filem terbitan Metrowealth Movies yang kelihatan kualiti filem keluaran mereka agak
menurun sekarang ni. TAPI...
Tadi dalam rancangan Melodi disiarkan sedutan filem MISTIK. Nampak
hebat juga dari segi visual. Soundnya tak jelas kerana ada voice over, tapi kalau Stereo Surround yang digunakan
dalam Mendam Berahi di guna untuk MISTIK berbaloi juga kerana sound effect dan muzik ada peranan
besar dalam filem jenis ni. Bagaimana pun janganlah beri harapan yang besar sangat sebelum menonton. Saya tak banyak menonton genre
seram ni (The Phone dan Ring pun belum tengok), jadi tak tahulah mereka ada tiru/ciplak sikit ke nanti, tapi dalam Melodi
tadi ada satu scene tu ditunjukkan mangkuk tandas di'flush' dari pandangan atas, KELUAR DARAH
bukan air :)
2002
6
November
2002
MISTIK - filem saspen triller arahan Razak Mohaideen terbitan
Metrowealth Movies. Kisah pelajar membongkar misteri... Tahniah untuk Razak kerana sanggup mencuba filem bukan
komedi.


|