|
2004
30
November
2004
Filem ini ditayangkan pada Syawal tahun
lepas. Saya cuma berpeluang menonton VCDnya pada bulan puasa yg baru lalu. Berbanding dengan Mr.
Cinderella (MC) yg saya tonton di pawagam, nampaknya saya lebih menyukai MC2. Kedua-dua filem MC
diarahkan oleh pengarah baru, di mana Ahmad Idham telah menerima anugerah Pengarah Harapan FFM16
untuk filem pertama. MC2 pula diarahkan oleh Din CJ, yg nampaknya lebih
berharapan. Adakah kerana penerbit/penulis filem ini (Mohd Noor Kadir) telah mengambil kira
banyak kekurangan dalam MC dan membuat peningkatan yg memang ketara kelihatan dalam MC2 ini? Bagi kebanyakan
penonton (yg kebanyakannya tidak pun menonton), nama pelakon utama MC2 (Erra Fazira & Yusry)
sudah cukup untuk mengatakan yg filem ini tidak bagus. Itulah kuasa selebriti, dan kuasa itulah juga yg memberi
keuntungan kepada penerbitnya, walaupun masih ramai yg cuma melihat para pelakon dan
tema cinta utk mengatakan tidak kepada filem ini. Walau bagaimanapun memang diakui MC2 sarat dengan 'nilai' bollywood
(lengkap dengan lagu ala hindi persembahan Umie Aida) yg mempunyai ramai peminat
tersendiri mahupun sebaliknya. Apa pun, saya boleh menerima MC2, mungkin kerana susunan ceritanya yg boleh tahan
menarik. Selain itu, menarik juga muzik yg digunakan, dan lokasi luarnegara yg digunakan
sebaiknya dalam jalan cerita, dan.. err.. apasal entah Jalaluddin Hassan tiba2 boleh jadi pak lawak yg membuatkan saya
ketawa kerana keselambaannya.
***
21 Januari
2004
Mr. Cinderella 2 begitu cepat diedarkan dalam VCD sebaik saja tamat
tayangan di pawagam. Sebaliknya filem MX3 masih belum nampak di pasaran. Mungkin
penerbit Skop Productions mahu VCD Mr. Cinderella 2 mendapat sambutan dulu sebelum dikeluarkan VCD MX3 yang pastinya akan
laris, seperti juga sambutan di pawagam di mana Mr. Cinderella 2 kurang sambutan.
Kiranya
ini masanya untuk cover balik. Saya belum tonton Mr. Cinderella 2.

2003
24
Disember 2003
MR. CINDERELLA 2 (MC2) telah tamat tayangan sejak ditayangkan mulai 1
Syawal lalu. Kutipan tiket tidak mencecah RM2 juta, tak seperti filem raya tahun lepas (Mami Jarum) yg dapat hampir RM3
juta. Filem ni juga cuma dapat tayangan selesa selama 10 hari saja sebelum Lang Buana muncul
'mengganas', itu pun sebenarnya filem MC2 ini pun memang sudah berentap sejak
awal dengan MX3. Jadi, memang penonton terbahagi dua. Kalau dibuat perbandingan, MX3 lebih mendapat
sambutan. Mungkin kerana ia filem komedi, ceritanya orang belum tahu dan pelakonnya orang
belum bosan, tidak seperti MC2 yg, walaupun dikatakan sebagai filem blockbuster, tapi penonton yg pernah menonton
Mr. Cinderella (MC) dan kecewa dengan hasilnya, sudah tidak pedulikan lagi sambungan
filem itu, tambahan pula Erra telah muncul dalam 4 buah filem sejak MC ditayangkan tahun lepas. Jadi, selepas semua ini tamat, adakah
penerbitnya akan masih menyalahkan tarikh tayangan, atau mahu mengakui yg filem tempatan tidak boleh lagi menghidangkan 'juadah yg
sama' kepada 'penonton yg sama'. Penonton kita ramai lagi, kenapa merebut penonton yg sama sehingga terbahagi dua. Kalau takut
bersaing, jangan bersaing, guna cara lain.
12
November
2003
AKAN
DITAYANGKAN - 25 November. Filem ni mungkin medan terbaik untuk melihat lakonan Maya Karin
sebelum kita ditakutkan oleh 'pontianaknya', sebab saya masih lagi tak nampak kemampuannya sehinggakan boleh mendapat watak utama dalam
Pontianak HSM. Agaknya kenapakah Shuhaimi Baba begitu yakin dengan Maya? Shuhaimi mesti sudah tonton Seri Dewi Malam dan No Problem
sambil menggeleng-geleng kepalanya (mungkin), tapi akhirnya Maya juga dipilih jadi
pontianaknya.
Adakah kerana rupa, kerana saya masih
ingat artikel di mana dia menyebut tentang mata Maya yg boleh menakutkan penonton (?).
Mungkin Shuhaimi nampak bakat Maya yg sebenar, mungkin Maya perlukan pengarah yg
betul. Mungkin Aziz M. Osman bukan pengarah yg betul untuknya, apatah lagi Z.
Lokman.
Untuk
MC2, pengarahnya pula pertama kali mengarah filem, Din CJ. Jadi, bagaimanakah lakonan Maya dalam filem
ini, kerana berdasarkan 2 filem terdahulu, memang dia tiada bakat semulajadi (terutama sebutan
dialognya). Saya bukan sengaja nak fokus Maya sebab heroin MC2 semua
orang dah tahu iaitu Erra Fazira, tapi berdasarkan ulasan media, watak Erra dikatakan kurang menonjol dan
sebaliknya watak Maya sebagai pencetus konflik hubungan Puteri Megawati-Hakimi diberi lebih
perhatian. Sama-samalah kita saksikan nanti. Berdasarkan sinopsis, saya rasakan MC2 tidak terlalu bergantung kepada
filem asalnya MC, jadi sesiapa yg belum menonton MC pun masih boleh mengikuti filem
ini, lainlah kalau mereka ingin tahu kisah pertemuan Puteri-Hakimi dalam MC yg rasanya tidak perlu sangat.
Walaupun begitu, penonton yg belum menonton MC hampir pasti mengelak filem ini dan
menonton filem MX3 yg ditayangkan serentak, hanya kerana judul MC2 yg kurang kreatif
dan semata-mata bergantung kepada populariti judul Mr. Cinderella. Mereka sebenarnya boleh mengambil kesempatan dengan
trend sekarang di mana filem sequel akan menggunakan judul tambahan supaya menarik
penonton baru selain menggambarkan jalan cerita yg berbeza (lihat Soalnya Siapa).
20 Oktober
2003
Tayangan pada 25 November, lambat lagi
tuu... Tapi, poster MR. CINDERELLA 2 dah keluar dalam majalah. Erra pakai baju
biru, kaki ayam, tangan pegang sebelah kasut tumit tinggi. Nanti scan.
14 Ogos
2003
Akan ditayangkan tidak lama lagi
- 25 November (Aidifitri).
24 Mac
2003
Shooting dah habis. Erra dan Yusry tengah berlakon
'Kolesterol'.
27
Januari
2003
MR. CINDERELLA 2 - filem lakonan Erra Fazira dan Yusry KRU terbitan
Kuasatek Pictures. Walaupun Cinta Kolesterol (juga lakonan Erra dan Yusry) terlebih dahulu dilancarkan oleh Metrowealth, penggambarannya
cuma bermula Mac nanti. Buat masa sekarang, Mr. Cinderella 2 yang sedang menjalani penggambaran. MRC2 adalah lanjutan kisah Puteri
Megawati dan Hakimi dengan watak tambahan seperti Maya Karin dan Rashid Salleh. Pengarahnya Din CJ yang pernah mengarah drama bersiri
Cinderella.

|