[VCD] - MX3


2004

2 Mac 2004
Filem komedi yg dibuat dengan kemas. Kita boleh nampak yg pengarahnya dah berusaha menjadikan filem ini nampak menarik, walaupun sebenarnya ceritanya boleh dikatakan 'entah apa-apa'. Dari segi hiburan, filem ini memang secukup rasa. Filem ini sebenarnya macam filem 80-an. Mungkin saya sendiri saja rasa begitu. Intro aksi-fantasi agak menarik, dengan penampilan Rosyam Nor. Dah lama tak tengok kredit nama pelakon yg muncul pada gambar yg tak bergerak, betul macam filem dulu-dulu. Saya suka babak pengenalan tu. Tapi, lepas tu semuanya sudah jadi macam biasa. Lakonan teruk - Sarimah (arrrgghh... teruk), Juliana (double teruk), dan lain-lain yg tak mampu nak ingat. Ceritanya makin kurang menarik lepas MX3 kena menyiasat kes Sarimah. Untuk mengurangkan kebosanan cerita, maka muncullah watak orang gaji (filem 80-an selalu ada watak ni, biasanya Yusni), disebabkan cerita ni zaman sekarang, orang gajinya dari seberang, lakonan Sheila Rusly, yg sedaya upaya menghidupkan wataknya dengan sepenuh hati. Watak orang gaji tu kadangkala jadi lebih besar dari watak utama (sebab watak utamanya boring). Faizal Hussein kerja bawa teksi selain menjadi penyiasat, Apek menyiasat cara under-cover, Zul Yahya pula sekadar melengkapkan nombor 3, kalau tak filem ni jadi MX2. Mereka bertigalah penyiasat paling boring, setakat pakai macam Men In Black tu, tak jadilah. Alat-alat penyiasat pun patut jadi penting (aiskrim jadi walkie-talkie??), takkan pistol atau apa senjata pun takde. Zul Yahya pula boleh jadi bodoh nak kena hentam dengan bebudak skateboard (cubalah buat dia dengan bergayanya mengelak ke, ini tak, nampak macam penakut je). Kita tahulah ini cerita komedi, tapi takkan lah watak-wataknya (terutama hero) kena jadi bodoh sepanjang masa. Biarlah nampak sikit kredibiliti ke'hero'an mereka tu semua. Setakat stunt-stunt pun takde ke (jatuh bangunan kepala kena serkup baldi???), ataupun fighting yg menarik (takkan sepanjang masa nak lari atau mengelak saja - Apek kena kejar mat jawa). Cubaan untuk mewujudkan babak cinta (Faizal + Juliana) pun tak menjadi. Ending filem ni memang sesuatu yg orang tak tertunggu-tunggu, dan dibuat teramat ringkas hingga tak terasa yg ianya sudah tamat. Lebih baik dibuat tulisan - Orang-orang yang bersalah pun kena tangkap. Untuk menutup ending yg tak bermaya itu, sekali lagi diwujudkan watak Rosyam Nor yg sekejap serius, sekejap lawak - hingga penonton berjaya melupakan penamat sebenar kisah penyiasatan ini. Tapi, penamat kepada adegan penamat tambahan ini, di mana ketiga-tiga MX3 berpaling kepada Rosyam, dihentikan pergerakan mereka, dan nampak macam filem ini belum tamat (?). Hmm... apa ertinya semua ini. Ada satu dialog saya ingat: "Hai, nama saya Masdor. Nama dia Gus Dur".
*


2003

24 Disember 2003
MX3 telah tamat tayangan sejak ditayangkan mulai 1 Syawal lalu. Kutipan tiket tidak mencecah RM2 juta, tak seperti filem raya tahun lepas (Mami Jarum) yg dapat hampir RM3 juta. Filem ni juga cuma dapat tayangan selesa selama 10 hari saja sebelum Lang Buana muncul 'mengganas', itu pun sebenarnya filem MX3 ini pun memang sudah berentap sejak awal dengan Mr. Cinderella 2 (MC2). Jadi, memang penonton terbahagi dua. Kalau dibuat perbandingan, MX3 lebih mendapat sambutan. Mungkin kerana ia filem komedi, ceritanya orang belum tahu dan pelakonnya orang belum bosan berbanding dengan MC2.

12 November 2003
AKAN DITAYANGKAN - 25 November. Saya pernah kata tak mahu tonton filem ini. Antara sebab-sebabnya: pengarahnya Yusof Kelana (dalam masa 10 tahun, ini filem ketiganya, macam U-Wei lah pula, haha), komedi semata-mata (saya sudah boleh bayangkan lakonan pelakon utamanya Apek, gayanya macam mana yg sudah kita tahu, Faizal Hussein pula biasanya tak mengecewakan tapi dia mesti nak setanding dengan lawak Apek, macam mana jadinya nanti?, dan sorang lagi Zul Yahya mesti ikut skrip terus punya - itu andaian yg saya harap betul, selain lawak slapstik yg tak lapuk ditelan zaman), filem ni adalah terbitan bersama Yusof Haslam (saya pasti Yusof ada bahagian dalam membuat skrip, jadi kita boleh harap sesuatu yg amat biasa), dan paling teruk sekali, tengok jer lah posternya (macam wajah pelakon tu semua ditampal atas poster Gerak Khas.. huhu). Tapi, mesti ada tapi... saya baru tahu filem ni juga ada menjemput 2 pelakon paling popular - Rosyam dan Erra sebagai pelakon jemputan khas. Apa agaknya watak mereka? Ini juga pastinya akan menarik penonton sebab Erra belum pernah lagi muncul seketika, memanjang heroin jer. Rosyam pula, dalam gambar nampak jadi macam watak Castello (gerak khas) dengan kepala botak dia tu. OK, lagi satu lepas tengok Janji Diana di mana Sarimah berlakon OK jer, nampaknya lakonannya patut diberi perhatian dalam filem ni. Begitu juga sorang lagi pelakon iaitu Juliana Banos yg teruk dalam Gerak Khas 2, tapi boleh tahan pula dalam Gila2 Pengantin. Itulah saja mungkin tarikan2 yg bakal menjemput penonton ke pawagam... selain ceritanya yg tak memerlukan anda berfikir, OK ape?

20 Oktober 2003
Tayangan pada 25 November, lambat lagi tuu... MX3 - filem komedi penyiasatan. Tak mau tengok.

14 Ogos 2003
Akan ditayangkan tidak lama lagi - 25 November (Aidifitri).

24 Mac 2003
MX3 - apa maksud sebenar tajuk filem ni? Kisah 3 orang penyiasat persendirian lakonan Apek Senario, Faizal Hussein dan Zul Yahya. Sudah boleh agak, ini filem komedi. Pengarahnya ialah Yusof Kelana (Juara & Tragedi Oktober). Sudah boleh agak, Yusof Haslam terlibat sama. Dua Yusof bekerjasama menerbitkan filem ni, sama macam Tragedi Oktober dulu. Senang cerita, filem ni sekadar untuk 'memeriahkan' panggung wayang. Nampak sangat ia menggunakan populariti Apek Senario untuk membuat keuntungan.


Seri Dewi Melati Kesumo Joyo & Abang Aiskrim



www.filemkita.com © 1999-2005 khys