|
2001
14 September 2001
NO PROBLEM.. filem Z. Lokman yg dikritik
hebat, cuma 18 hari penggambaran.. tapi khabarnya balik modal (untung, tapi tak sampailah RM1 juta sebab modalnya pun
kurang). Risau juga nak tengok VCD ni. Teruk sangat ke filem No Problem ni? Saya pernah tonton filem Z. Lokman yg saya tak sabar tunggu penamatnya kerana
bosan. Agaknya No Problem lebih teruk lagi? Tambah suspen bila VCD ni menyediakan 5 trailer filem luar negara di awal VCD
(antaranya Rush Hour 2, Yaadien-hindustan, dan
filem2 hollywood gred B). Adakah ini hiburan awal
(persediaan sebelum menonton No Problem) atau cuma sekadar promosi. Nasib baik ini bukan video tapi
VCD.. kita terus
ke track 8 (atau tunggu tengok trailer 10 minit). Intro No Problem agak
menarik.. tak banyak buang masa. Filem ni memang simple, untuk hiburan. Ini bukan filem terburuk Z.
Lokman.. beliau beruntung dapat sokongan yg agak baik dari penerbit, tenaga kerja dan
pelakon. Dari segi cerita memang ada sikit bercelaru. Ada ketika watak Maya Karin
'hilang' agak lama tanpa sebab.. dia pelakon wanita utama, dialog pula tak
banyak! Dia bukan koma. Untuk siapa yg tak biasa dengan komedi Z. Lokman, boleh pinjam VCD ni
dari kawan2. Saya dapat kesan satu trademark Z. Lokman dalam filem2
komedinya, dia suka serkup kepala orang dengan baldi (?)... dalam No Problem pun
ada. RM16.90 (dalam kotak plastik setebal sebuah novel)
*
30 Julai 2001
Laman web rasmi filem No Problem...
http://www.octopus.com.my/noproblem


|