|
2003
12 Ogos 2003
Sempat juga menonton di pawagam walaupun agak sibuk. Dah lama,
jadi tak tahu apa yg patut dikatakan sekarang. OKlah, macam
ni.. Kalau menggunakan satu perkataan, mungkin boleh saya
katakan: "Fuuuh.." (perkataan ke ni? apa saja maksudnya baik atau buruk?). Orang
lain mungkin kata "wow!", dan yg lain akan kata "laa.."
(mengeluh). Banyak juga yg tak terkata apa-apa. Nak kutuk, tak
nampak apa-apa kelemahan besar, nak puji, ada pula benda-benda kecil yg tak puas
hati. Panggung senyap sunyi dari mula filem hingga tamat. Malam itu
ada lebih 20 penonton (sebenarnya ada sesi
promosi, kehadiran pelakon sebelum tayangan malam tu. tak perlu cerita le..). Semua penonton nampak khusyuk
cuba menerima Paloh (mungkin ada yg tidur? mungkin ada yg keluar ikut pintu belakang? mungkin
tidak). Memang mencabar filem ni. Saya tertarik dengan babak masa kredit pembukaan filem, ditunjukkan suasana
kecoh yg sungguh hidup, zaman itu berjaya dijelmakan. OK, dari segi ceritanya.. memang sesuatu yg
berani. Pembaharuan dari segi susunan cerita, macam baca cebisan cerita novel yang tidak tersusun
mukasuratnya. Bagi saya, tak perlu susah-susah. Saya menonton apa saja yg dipaparkan di layar. Saya
tak sanggup menyusun kembali cebisan cerita itu (kalau sanggup pun, patutkah?). Biasanya pembaharuan
dikaitkan dengan kemajuan. Kalau begitu, filem ini berjaya. Lakonan pula, memang hidup. Lain-lain: saya
rasa sudah trademark Teoh Gay Hian untuk ambil gambar dari sudut menegak dari atas (saya cuma tak
dapat cari sudut tu dalam Mimpi Moon); bukan saja sesuatu yg menarik dan bagus akan
diingati, adegan tak jadi buatan komputer (kapal terbang jatuhkan kertas) akan juga dingati untuk waktu yg
lama (malang sekali); bercakap tentang yg paling diingati.. yg paling tidak diingati pula ialah muziknya; adegan yg saya
suka juga, masa Ahmad dan Putih pergi jumpa bapa Fatimah, adegan
cakap-cakap tu ada orang rasa bosan, tapi saya suka, dialognya menarik
juga; pening sekejap masa Ahmad lepas cakap dengan bapanya, kemudian cut, Ahmad baru muncul ke tempat yg sama dengan baju lain (masa lepas
sebenarnya). Masa tu, saya macam.. "aa..?"; "Fuuuh.." banyak sangat yg menarik dalam Paloh.. cuma satu yg TIADA pada
poster dan permulaan filem seperti kebanyakan filem terdahulu, dan saya akan tulis di sini - Sebuah filem
Adman Salleh.
****1/2

15 Julai
2003
PALOH - hari ke-6 tayangan. Walaupun saya bercadang untuk menonton
pada hari pembukaan minggu lepas, tapi hingga sekarang belum berkesempatan menjejak pawagam. Sibuk.. tapi risau juga kalau filem ni
tak mampu bertahan lama. Nak tunggu VCD, kesannya tentu tak sama seperti di
pawagam. Saya sangat berharap pihak pawagam memberi peluang kepada Paloh untuk beredar sekurang-kurangnya hingga minggu
depan. Bukan sebab apa.. tapi peminat filem ketika ini masih belum 'nampak' Paloh
lagi. Maklumlah pembukaannya sama dengan dua sekuel popular US (tak dapat disebut judulnya). Seronok juga dapat baca
komen-ulasan positif (bersemangat balik).. walaupun sebelum ini sedih dengan kenyataan
Adman Salleh (masa tu dah tak semangat nak ke pawagam).
12 Jun
2003
PALOH - 4 minggu lagi! Berita RTM TV1 baru-baru ini melaporkan yang
Paloh menghadapi masalah di Lembaga Penapis Filem (LPF). Bahagian yang menghantui fikiran para ahli LPF tersebut (mungkin terbawa-bawa
dalam mimpi kot?) ialah adegan-adegan ganas Kominis yang sungguh kejam dan real dalam filem Paloh.
Pada pendapat saya, mungkin sama ada
ahli LPF tidak tahu yang Kominis memang ganas (dululah), atau mereka ingat pelakon itu Kominis betul (sebab real sangat), atau mereka mahu
memadam sejarah (supaya generasi sekarang percaya yang Kominis sebenarnya tidaklah ganas sangat macam cerita mak bapak
diorang), atau mereka ni memang suka merosakkan filem, atau.. [saya memang suka kalau dapat hentam LPF ni.
seronok
je].
3 Jun
2003
Entah macam mana, masa tengah mencari siaran TV untuk ditonton pada
hari Ahad lepas, tertengok pula The Making Of (TMO) Paloh. Di TV2. Dalam Bahasa Inggeris. Mula 3 petang. Saya sempat menonton 15 minit
terakhir sahaja. Kenapa tiada pengumuman, dalam intisari rancangan di akhbar juga tiada? Mungkin mereka merancang menyiarkannya
berulang-ulang kali bila saja ada slot kosong sepanjang bulan ini? Jadi, terpaksa tunggu bila pula tayangan seterusnya. Saya terbaca yang
Paloh sebenarnya mahu ditayangkan pada 3 Julai. Memandangkan Black Maria akan ditayangkan pada 26 Jun, mereka memberi peluang satu
minggu lagi, maka Paloh akan cuma ditayangkan pada 10 Julai. Berbalik tentang TMO
Paloh, tak banyak yang dapat dikomen kerana dalam 15 minit yang sempat ditonton, 5 minit terakhir adalah lagu tema
(nyanyian Siti Nurhaliza dalam set tahun 40-an). Apa yang sempat dilihat, hasilnya
memang amat menarik. Dijamin lebih hebat dari Embun dan Leftenan Adnan (kedua-duanya nama orang). Diharap Paloh akan
meninggalkan kesan sama seperti Bukit Kepong (kedua-duanya nama tempat di negeri
Johor - ada sedikit persamaan). Kalau Lt. Adnan memberi penekanan pada aksi perang (di bukit) dengan kesan bunyi dan
letupan yang dibuat teliti lalu mengabaikan lakonan dan jalan cerita, Embun pula kurang aksi
perang (cuma di sungai) dan memberi perhatian yang lebih pada lakonan dan set latar juga cerita yang ditambah
(adegan rogol). Kedua-duanya cuba menjadi epik tetapi banyak kekurangan. Sedangkan Bukit Kepong
pula, kelihatan lebih tersusun, seimbang dan realistik: lakonan, aksi, drama.. dan penonton dapat
rasa macam benar-benar terjadi. Saya percaya pada Adman Salleh sebagai pengarah dan penulis lakonlayar
Paloh, beliau mampu menjadikan Paloh juga realistik. Paloh tidak perlu jadi epik, filem
besar.. biar seimbang dan tersusun macam Bukit Kepong. Dalam Lt. Adnan ada adegan keretapi lama (tak bergerak pun, diorang
kata belanja besar), Paloh pun ada keretapi lama yang bergerak seperti dilihat dalam TMO Paloh. Mungkin juga diorang menambah kesan grafik
khas (imej komputer) untuk lebih realistik. Lt. Adnan ada sedikit perang udara (kapal terbang Jepun yang nampak sangat tak real dan
muncul sekadar main-main), dalam Paloh pun ada kapal terbang (bentuknya ada
persamaan) dan sememangnya ia menggunakan imej komputer. Mungkin di pawagam nanti akan lebih nampak real. Tentang
pelakon pula, Paloh menampilkan Janet Khoo (selalu tengok dia dalam TV - dia boleh
berlakon) dan Namron (pertama kali berlakon filem tetapi telah banyak pengalaman di pentas teater) - ini yang sedikit
perlu diperhatikan. Dalam TMO Paloh, tak banyak dialog diorang berdua, terutama Namron. Saya
teringat pada Nasir Bilan Khan, ramai yang komen lakonan filem pertamanya yang dibayangi teater dalam
Perempuan, Isteri dan...? Macam mana dengan Namron? Paloh - pasti tonton pada hari
pertama.

The making of Paloh
27 Mei
2003
Tarikh tayangan
(10 Julai 2003). Kalau Lt. Adnan tayang 31 Ogos, Embun 1 Ogos, Paloh pula lebih
awal, bulan Julai. Tak kisahlah.. itupun kalau diorang memang dah mengkaji yang tarikh tayangan ni yang paling
sesuai. Mungkin diorang dah agak, Black Maria tu bukan tahu melawan pun (macam David Teo), jadi tayang
selepas dua minggu filem sebelumnya, tak kisah, lagipun siapa nak salahkan filem lain, kalau filem
tu tak dapat sambutan oleh kerana filem lain tayang hampir serentak?? Tak tahulah, itu strategi
pemasaran diorang (Finas). Sebab, tarikh tayangan ni pun penting, kita boleh tengok macam mana Yusof Haslam
simpan Janji Diana dan dia sudah agak bila masa paling sesuai untuk tayang sedangkan filem tu
dah lama jugak siap. Yang best dan tak sabar tunggu Paloh, sebab Adman Salleh. Amok ditayangkan tahun 95. 8
tahun...
21 April
2003
LAWAK: "Isu dan kontroversi yang tercetus baru-baru ini sedikit sebanyak
dapat membantu promosi Paloh" - Ketua Pengarah Finas, Datuk Mohd Shariff Ahmad (Berita Harian, 15/4/2003).
24 Mac
2003
PALOH - target untuk tayangan Jun ini.
Tengah proses akhir, tapi dah
mula kontroversi pulak...
30
Januari 2003
Laman web rasmi Paloh:
http://www.palohfilm.com.my/bm/home.html
12
Januari 2003
Tentang PALOH: Secara peribadi saya amat yakin dengan arahan Adman
Salleh. Bagi saya, Adman amat arif tentang pembikinan filem. Oleh kerana Paloh merupakan filem kedua terbitan FINAS, kita tidak dapat mengelak
untuk membandingkan Paloh dengan Embun dan juga Erma Fatima. Apa yang saya nampak, produksi Paloh amat jauh berbeza dengan
Embun. Bermula dengan pengarahnya, Adman telah jauh meninggalkan Erma. Erma masih tercari-cari sentuhannya. Embun bagi Erma terlalu besar dan
dia belum mampu mengendalikannya. Perempuan Melayu Terakhir (PMT) adalah batu loncatan Erma dan menjadi kayu pengukur bagi
melayakkannya terpilih sebagai pengarah Embun. PMT sebenarnya memberi tuah kepada Erma kerana pasukan produksi filem itu yang begitu
mantap selain pelakon dan ceritanya yang tersendiri. Embun bagaimanapun, berbeza dengan PMT, agak kacau bilau. Dengan skrip asal
yang ditokok tambah (adegan rogol), perkembangan watak Embun telah terganggu dan cita-cita Erma yang mahukan lebih nilai komersial telah
merosakkan filem ini. Para pelakon dan kontroversi Embun serta kesilapan teknikal juga telah merendahkan taraf Embun. Harapan untuk
mengembara ke Festival filem antarabangsa tidak tercapai/musnah dan hanya mampu dengan anugerah Pelakon pembantu wanita di Asia
Pasifik. Berbalik kepada Paloh, setakat ini belum ada publisiti murahan walaupun
telah dekat dengan waktu cadangan tayangannya pada May 2003. Saya tidak akan terkejut kalau filem ini tidak mendapat sambutan langsung
hasil tempias Embun. Tapi saya amat berharap penonton menerima Paloh untuk menghayati ceritanya, pengarahan Adman, dan lakonan pelakon
yang tidak terkenal itu. Mungkin Paloh boleh menurut jejak Bukit Kepong siapa tahu.. atau setidak-tidaknya menghampiri kualiti lakonan mantap
dan meyakinkan dalam Layar Lara dan Jogho? Lupakan tentang berapa juta akan dikutip, berapa award akan dijulang, berapa buah negara akan
ditayang. Filem ini dibuat untuk orang Malaysia. Walaupun semua orang tahu filem berat pasarannya terlalu kecil di Malaysia, kita patut
menghargai usaha Paloh untuk mengembangkan pengaruh filem berat di Malaysia. Bagi saya, filem ini untuk generasi akan
datang.
*Petikan
daripada Message
Board filemelayu.cjb.net
2002
26 Ogos
2002
PALOH (AUTONOMI) - seperti yang dijanjikan,
Filem Negara dan FINAS akan menerbitkan filem usahasama ke-2 mereka selepas
Embun. Judul asalnya Autonomi tapi ditukar kepada Paloh (nama tempat di Johor).
Adman Salleh (Amok - 1995) kembali ke kerusi
pengarah. Pra-produksi dan casting sedang berjalan. Mungkin ditayangkan tahun
depan.


|