|
2004
20 Julai
2004
Selepas menghantui dan mengilai di pawagam, kini
Pontianak HSM boleh anda miliki. VCD originalnya habis masa saya nak beli baru-baru
ni. Yg cetak rompak juga belum nampak lagi. Mungkinkah juga telah habis? Hantu betul!
30 Jun
2004
Masih bertahan untuk hari ke-42! Hebat tu... sampai
bila agaknya? Siapa yg belum tengok, jangan lepaskan. Cuma mungkin sekarang ini panggung
agak kekosongan tak seperti mula dulu. Pontianak Boleh!
30 Mei
2004
Rupanya filem Pontianak
Harum Sundal Malam (PHSM) ini mendapat sambutan ramai. Mula ditayangkan pada 20
Mei, ia mendapat sambutan yg hebat dalam masa cuma seminggu. Minggu ini minggu kedua, dan ia
mula berentap dengan beberapa blockbuster hollywood. Bagaimanakah sambutannya selepas ini? Apa yg
saya perhatikan, penonton sememangnya mula beralih arah kepada kisah-kisah makhluk hijau yg
aneh, juga ramai yg tidak mahu melepaskan peluang melihat imaginasi hollywood tentang kemusnahan bumi. Walaupun
begitu, mungkin juga ramai penonton tersebut sudahpun menonton PHSM awal-awal
lagi. Yalah, siapa yg ingin melepaskan kisah Pontianak yg telah sekian lama gagal untuk difilemkan ini. Penonton sememangnya
tidak memandang negatif terhadap PHSM walaupun mungkin mereka masih kurang yakin bila
terpaksa membuat pilihan dengan sesuatu yg mereka rasakan lebih bagus. DI PAWAGAM: hampir 30 penonton sedang berbaris
di box-office. Cuma 1 kaunter tiket dibuka (3 lagi kaunter kosong tanpa pekerja). 4
buah filem akan ditayangkan. Apa ni? 15 minit lagi tayangan PHSM seterusnya akan bermula. Kelihatan promosi filem Bicara
Hati sedang ditayangkan di kaca TV bersebelahan kaunter. 5 minit kemudian, bilangan
penonton semakin ramai, barisan semakin panjang. Tiket masih belum di tangan.
Akhirnya, kaunter 2 mula dibuka. Selamat. INTRO: sepatutnya saya terlepas 5 minit pertama filem ini.
Apa ni? OKlah, terima kasih pihak pawagam yg menyedari kesilapan mereka dan melewatkan sedikit
tayangan ini. Trailer Hingga Hujung Nyawa nampak OK. Pontianak Harum Sundal Malam bermula. Lemah, mungkin
kerana dialog pertamanya oleh Azwan yg sungguh tak meyakinkan sebagai orang istana. Dialog kedua
oleh Shah Reza, mungkin ramai yg terlepas. Kemudian muncul Nanu sebagai Laila, penari istana. Dan itu dia,
Primadona Meriam lakonan Maya Karin. Itulah bakal Pontianak kita (peewiiit!!). Kisah awal berlaku pada
zaman 1940-an di Kampung Paku Laris (adakah memang paku di kampung ini sememangnya laris walaupun
sebelum kemunculan pontianak Meriam? Apa yg ditunjukkan, paku cuma menjadi laris selepas kematian
Meriam). Kisah Meriam, sahabat baiknya Laila, dan pembantunya Sitam lakonan Ida Nerina (terima kasih pada
sarikata Inggeris, tak faham cakapnya Sitam, tapi ada penonton yg suka). Kemudian ada kisah orang kaya Marsani dan
sahabatnya Danial yg cuba menarik perhatian Primadona Meriam. Kejadian di suatu malam
mengubah nasib Meriam. Pekerja Marsani cuba memperkosa Meriam. Nasib menyebelahi Danial bila dia berjaya
mempertahankan Meriam. Marsani terlewat tiba, siapa cepat dia dapat. Danial dapat Meriam. Kisahnya
agak tak tentu arah selepas ini. Jangan terkejut bila tiba-tiba Meriam sudahpun menjadi isteri Danial, malah
sedang mengandung anak sulung mereka. Selain itu, 'perkembangan perasaan dendam Marsani
terhadap Danial' dan 'kenapa Marsani masih terus ingin memiliki Meriam' tidak dijelaskan lebih mendalam. Penonton
perlu menerima yg Marsani tetap mahukan Meriam, jangan banyak soal. Akhirnya peluang yg
Marsani tunggu-tunggu itu tiba jua, pabila Danial terpaksa belayar ke mana entah. Laila pula keluar menemani Sitam atas
urusan penting. Takde siapa di rumah: line clear. Tanpa menyusun rancangan terlebih
dahulu, Marsani dan 2 kuncunya (salah seorang bernama Chong), pergi ke rumah Meriam. Sebelum itu Laila ada kata yg
'Ahmad' boleh temankan Meriam. Siapa 'Ahmad', mana dia? Pedulikan 'Ahmad'!! Lihat Marsani yg
sedang memujuk Meriam untuk tandatangan sepucuk surat: saya terlupa surat itu untuk tujuan apa, penting sangat
ke, atau apa sebenarnya tujuan Marsani atau niat dia berjumpa Meriam. Atau memang perkara itu
semua tidak dijelaskan? Saya cuma tahu yg Marsani bukan berniat membunuh Meriam, jadi babak itu bagi saya agak
mengelirukan. Marsani memang tidak patut dipersalahkan atas kematian Meriam.
Tapi, siapa yg bunuh Meriam yg sedang hamil itu? Ia cuma akan dijelaskan dalam cerita seterusnya di zaman moden
nanti. Sebagai peralihan dari zaman 40-an ke zaman moden, ditunjukkanlah kekacauan
yg melanda Paku Laris. Pontianak berkeliaran, ramai yg mati. Dikatakan bahawa roh Meriam
telah muncul untuk menuntut bela dan membalas dendam terhadap Marsani. Sekurang-kurangnya itu yg Marsani mahu
percaya. Marsani taksub terhadap kepercayaannya tentang kewujudan Pontianak Meriam.
Mungkin kerana kegemarannya suatu masa dulu untuk membaca kisah-kisah Pontianak Madura melalui sebuah buku bertulisan
Jawi. Mungkin kisah pontianak itu telah meresap ke dalam otaknya, dan dia tidak dapat
melupakannya. Berpuluh-puluh tahun Marsani hidup dalam ketakutan. Selama itu jugalah Pontianak Meriam wujud dalam kepala otak
dia. TAMAT tahun 40-an. Penonton dibawa pula ke zaman moden. Marsani ada anak saudara yg 'ceria' bernama Asmadi lakonan Rosyam Nor.
Cucu Marsani pula bernama Norman (Eizlan). Isteri Norman bernama Ana (Kavita). Rahsia Marsani mengenai kisah silamnya tetap tersimpan
tanpa pengetahuan keluarganya itu. Kenapa Marsani ingin kekal muda? Jangan tanya saya. Mungkin juga kita tak perlu tahu. Tapi, kehadiran
Maria yg bekerja dengan Ana mengembalikan huru-hara dalam kepala otak Marsani. Semuanya kerana wajah Maria yg seiras dengan wajah Primadona
Meriam. Huru-hara dalam kepala otak Marsani itu juga telah menjelaskan kepada kita mengenai kematian Meriam. Penonton kini tahu
yg Meriam sempat melahirkan anaknya. Keturunan Meriam masih hidup walaupun bayi yg
lahir itu tidak ditunjukkan bergerak-gerak atau mengeluarkan sebarang bunyi, atau menangis. Tapi, bayi keturunan
Meriam itu tidak mati kerana ia sempat dilarikan oleh Laila (takkan dia bawa lari mayat bayi pula
kan? Mestilah bayi tu hidup). Maria bukanlah anak Meriam, itu memang pasti. Mungkin Maria adalah cucu,
mahupun cicit Meriam. Apa yg hampir pasti, Maria adalah salah seorang keturunan Meriam yg sebelum ini tidak
diketahui kewujudan ataupun nasibnya selepas anak Meriam dilarikan oleh Laila. Dan pontianak itu,
siapakah dia? Pontianak itu ialah otak Marsani. Dia tidak perlukan rawatan ozon mahupun pembedahan
plastik. Marsani perlukan pakar saikologi. Tapi, apalah yg boleh diharapkan. Lihat saja
Asmadi yg menjaganya: sewel, tak membantu langsung. Keseluruhannya lakonan memang menarik. Maya, Rosyam dan tentunya Azri yg
menghayati sepenuhnya watak Marsani - hebat tu... Filem ini memang filem seram, tapi tidak terlalu menyeramkan. Penonton sekarang sudah
melihat filem yg jauh lebih seram buatan luarnegara. Jadi, PHSM (atau mana-mana filem seram Malaysia) pasti tidak akan boleh menjadi seram
selagi tidak dibenarkan. Ini adalah yg terbaik mampu dihasilkan. Keseraman filem ini memang tersekat-sekat. Bila saja satu-satu adegan
seram itu seakan mahu melintasi 'garisan itu', ia tersekat, tersangkut, dan kembali tidak seram. Begitulah seterusnya sepanjang persembahan PHSM
ini. Ia boleh jadi seram, tapi ia tidak boleh (faham?). Jadi, apa yg mampu mengambil-alih tugas keseraman itu cumalah kejutan-kejutan
ringkas dalam bentuk wajah pontianak, dan sudah tentunya kesan bunyi. Surround stereo yg bergema di pawagam dengan hilaian pontianak
berjaya di'main'kan dengan baik untuk memberi kesan takut dan terkejut. Ia masih tidak seram, tidak meremang bulu roma. Tapi, ia
berbaloi dengan harga tiket yg dikeluarkan. Dari segi visual dan kesan khas, memang tidak
nampak cacat cela. Senang cakap, ia berkualiti. Puas hati, dan boleh diulang tonton hanya kerana
kualitinya itu. Penamat filem ini juga meninggalkan persoalan kepada penonton. Itu juga bagus. Dan, sekian
jawapan saya. Mahu tahu apa soalannya, saksikan. TAMAT.
***1/2 (tiga setengah paku untuk pontianak
ini)
5 Mac
2004
Laman web rasmi Pontianak HSM
sudah lain sikit. Bahagian English sudah ada - dalam bahagian ini ada keterangan pengarah filem mengenai
syarat2 ketat yg diarahkan oleh LPF, dan pengarah mengakui yg LPF telah menetapkan supaya 'mimpi' (atau di luar realiti - ?) menjadi
elemen penting atau tulang belakang setiap cerita seram. Tidak dijelaskan secara
detail bagaimana 'mimpi' dalam PHSM akan dipertontonkan nanti, tapi pengarahnya menjanjikan suatu 'twist' yg
lebih menarik daripada adegan 'terjaga dari mimpi' yg biasa kita lihat. Tunggu saja bagaimana hasilnya
nanti.
Antara beberapa bahan menarik baru yg lain ialah:
- Sudah tentunya Trailer (sedutan filem): kalau betullah semua
adegan ini diluluskan oleh LPF, memang hebat sangatlah. Sebuah trailer yg cukup
bagus, sound best, banyak scene seram ditunjukkan. Watak hantu Maya Karin pasti akan diingati untuk waktu yg lama.
Penutup yg bagus, "Akan menghantui pawagam, Mei 2004". Bahagian yg paling best, bila pontianak
menjerit, cermin pecah berderai, dan kamera bergegar! Best tu.
- Lebih banyak gambar (pelakon, crew) termasuk keterangan dan biodata. Ada juga wallpaper dan poster.
- Gambar buku skrip filem (kena beli ni).
Yang kurang menarik pun banyak juga:
- Muka depan takde tajuk. Kalau cari di search engine atau letak
dalam bookmark, akan nampak Untitled jer.
- Beberapa link belum siap terutama dalam bahagian English.
- Poster filem yg ada dalam website Pesona Pictures (yg lawa tu) tiada di sini. Poster PHSM yg boleh dilihat di sini agak kurang
menarik. Mungkin mereka sasarkan untuk 'penonton melayu' saja. Tagline juga berbeza
dengan poster sebelum ini yg menggunakan English. Nama Rosyam Nor (yg sebelum ini diletakkan dalam senarai
aktor undangan saja) telah diletakkan menjadi nombor tiga selepas Maya dan Azri - mungkin faktor
populariti dan strategi pemasaran.
- Tarikh tayangan belum diumukan. Takkan masih di LPF kot.. (memetik kata-kata
pengarahnya - "Why ah?").
Terlupa satu lagi benda menarik: kali ini anda boleh E-Mail Pontianak!
http://www.pontianakhsm.com
18
Februari
2004
TARIKH BELUM DIPASTIKAN. Masih menunggu keputusan Lembaga Penapis Filem. Moga lulus bersih. Lepas
tu, baru boleh tetapkan tarikh yang disasarkan untuk tayangan bulan Mei.
Sementara itu, website rasmi sudah pun
diumumkan, walaupun sebenarnya bahagian bahasa inggerisnya masih belum siap.
Nampak
sedikit kecacatan di situ, tambahan pula saiz download terlalu besar dan lama.
Fail Flash dengan muzik, dialog dan suara mengilai saja
sudah 2MB saiznya. Tapi, isi kandungan memang best walaupun design cuma setakat boleh
tahan. Paling best membaca Nota Pengarah (menu ini cuma ada dibawah 'gambar bilik', tidak disetiap mukasurat lain - satu
lagi kelemahan ketara). Maklumat lain berkaitan penggambaran memang hebat:
lakaran, prop, proses imejan berkomputer semua ditunjukkan, pemilihan lokasi, cerita belakang tabir dan muzik download.
Ini semua
memang bukti yang filem ini bertaraf tinggi. Dan tak malulah untuk dikatakan filem ini sebuah
kerja seni. Tak dilupakan juga sistem bunyi surround stereo yang amat memerlukan penonton ke
pawagam. Pontianak HSM begitu banyak ciri yang mampu menarik perhatian pelbagai jenis penonton (dari segi
tema, cerita, pelakon/pengarah & teknikal), tapi mampukah ia? (sekurang-kurangnya menyamai sambutan
terhadap Trauma). Apahal pun, saya positif terhadap filem ini. [ok, ok.. saya mengaku, puji lebih-lebih
filem ni sebab ada mayakarin. kalau tak... 'dah lama dah!', 'tak nak!' hahahaha ---
mengilai..].
http://www.pontianakhsm.com
21 Januari
2004
Festival Filem Malaysia ke-17
(FFM17) akan diadakan pada bulan April. Persoalan yang tidak kurang menarik, adakah FFM kali ini akan
menayangkan promo Pontianak HSM (seperti Puteri Gunung Ledang ditayangkan tahun
lepas)? Mungkin juga, sebab PHSM juga sebenarnya mendapat peruntukan dana dari FINAS.

2003
15 Ogos
2003
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM
- mungkin ramai dah tengok ni (gambar/artikel) dalam Berita Harian. Maya Karin sebagai
pontianak (bukan sundal tau.. Sundal Malam tu nama bunga). Macam mana pun, saya dah simpan
gambar-gambar tu semua dalam Photos. Login di YahooGroups.
15 Julai
2003
Baru jer check website FINAS.. baru update rupanya.
FINAS mengiktiraf judul Pontianak Harum SUNDAL Malam, tapi LPF mungkin tak suka.. Kalau
jadi, kontroversi juga sebab perkataan Jalang tak dibenarkan inikan pula Sundal. Orang akan pandang sinis
LPF pula nanti. Apapun ini filem yg bakal gempar tahun depan.
12 Jun
2003
Pontianak Harum Sedap Malam - macam bersusah payah jer cari tajuk
yang unik. Belum start shooting, judul Pontianak Harum Sundal Malam sudah ditapis.
Filem Shuhaimi Baba + Pesona Pictures. Dilaporkan yang
Harum Sundal Malam atau Harum Sedap Malam adalah nama sejenis bunga. Entahlah.
Cerita hantu. Gandingan Maya Karin dan Azri
Iskandar. Kisah pontianak @ perempuan mengandung mati kena bunuh pada tahun 40an.
Kemudian terjadi pula pada zaman sekarang. Kisah cinta seram? (macam Nang Nak?).
2002
Sepi tanpa berita...
2001
28 Mac 2001
Shuhaimi Baba masih mahu berdiam dengan projek filem Pontianak (kena fikir banyak ni, silap-silap diharamkan).
2000
13
Oktober 2000
Semalam dalam Berita Harian Online ada artikel tentang Lembaga Penapis
Filem (LPF) yang tak mahu luluskan filem seram yang serius sama ada buatan Malaysia atau luar negara. Artikel tu merujuk kepada pengarah
Shuhaimi Baba yang nak buat filem Pontianak (versi millenium kot? :)). Filem Pontianak klasik cukup popular masa zaman LPF masih belum wujud
dulu. Tahun lepas filem Thailand Nang Nak diharamkan sebab SERAM (tak hairan kalau vcd haram filem ni bersepah). Nampaknya harapan untuk
tengok filem seram Shuhaimi Baba semakin kabur.. sebab LPF tak benarkan filem seram yang betul-betul seram macam Nang Nak
tu. Diorang cuma benarkan filem seram yang tak berapa seram kot? Mungkin ada campur komedi sikit.. atau Pontianak tipu macam filem Pontianak Gua
Musang tu (orang menyamar jadi pontianak sebab nak takutkan penduduk kampung). Kalau cam tu tak best le..
Perhatian: Filem Hollywood Scary Movie tu bukan filem seram ye.
Agaknya sebab tu le lulus (dengan tapisan) walaupun mengarut nak mampus. Orang kita layak tengok filem macam ni saja kot?? Orang cuma
takut dengar judul filem tu saja.. tapi bila tengok.. diorang rasa tertipu pulak
:)
*Petikan
daripada Message
Board filemelayu.cjb.net

|