|
2005
25
Januari 2005
AKAN DITAYANGKAN - 10 Mac. Sama seperti I Know What You Did Last
Raya, filem Potret Mistik (PM - prof. madya?) juga menggunakan sebesar-besarnya nama dan wajah Erra
sebagai daya penarik para penonton. Tak salah sekiranya memang Erra pelakon utamanya
(macam 7 Perhentian), tapi filem PM ini cuma menampilkan Erra sebagai pelakon
sampingan. Jadi adalah kurang sesuai (walaupun masih tak salah) menampilkan muka Erra sebesar-besar muka
pada posternya. Tulisan Mistik pada posternya juga sama seperti filem Mistik, tapi filem PM ini
bukanlah sambungan ceritanya, cuma bolehlah dikatakan sebagai kesinambungan genre (ada ke?). Apahal pun, saya
akan menonton filem ini utk melihat apakah peningkatan (kalau ada) yg telah dilakukan oleh
Razak setelah filem Mistik sebelum ini mendapat kutukan hebat. Ya, adakah penamatnya juga mimpi? Kalau mimpi, adakah
saya akan kecewa? Sudah tentu tidak. Tapi sekiranya tiada elemen mimpi dalam PM
nanti, bagaimanakah jadinya? Haha... mungkin itu juga akan jadi serba sedikit daya penarik filem ini
nanti.

2004
5
September
2004
Potret Mistik akan ditayangkan pada awal 2005.
7 April
2004
Razak Mohaideen kembali
bersama Metrowealth dalam filem susulan kepada Mistik. Ini bukan filem sambungan,
walaupun masih mengekalkan perkataan mistik pada judulnya. Kalau Mistik
berkaitan sebuah pulau, Potret Mistik pula pastilah berkaitan sebuah potret (?).
Publistinya ada menyebut yg filem ini menampilkan kisah psycho thriller. Ye ke?
Adakah ia akan melibatkan faktor saikologi, dengan watak-watak misteri penuh
tanda tanya? Atau, adakah ia berlandaskan mana-mana filem yg pernah dibuat? Saya
harap Razak tidak akan terkeluar dari landasan yg sepatutnya, sebaliknya dia
harus menetapkan supaya cerita Potret Mistik ini akan kekal berlegar dalam
landasan psycho thriller yg sebenarnya, iaitu sebuah genre yg bagi saya adalah
sangat menarik. Janganlah pula nanti ia melencong ke arah hantu, tahyul mahupun
sarkas - biarlah ia jadi betul-betul betul, atau real. Penerimaan penonton
adalah satu lagi faktor yg patut diperkatakan. Oleh kerana filem ini mempunyai
kaitan rapat dengan Mistik, adakah penonton Mistik mampu menerima sebuah lagi
filem yg pada sangkaan mereka akan tidak jauh berbeza daripada filem Mistik yg
ramai tidak berpuas hati itu. Bagi penonton 'baru' pula (yg tiada 'pengaruh'
Mistik), adakah mereka dapat menerima filem ini kerana ia bukanlah sebuah lagi
produk metrowealth-razak-erra-yusry - Potret Mistik menampilkan pelakon 'kurang
popular' (banyak muncul di TV/VCD) seperti Zamarul, Serina, Khatijah Tan (watak
dia penting) dan beberapa penyanyi/model yg entah ada-atau-tidak bakat lakonan
mereka. 'Hero' Mistik yg muncul semula dalam Potret Mistik ini ialah - Cico (pelakon
tidak popular). Tapi, berita hari ini pula kata Erra akan muncul dalam watak
tambahan (selamat box-office). Cerita Potret Mistik pula masih mengekalkan watak
beberapa pelajar universiti yg pastinya tidak dibenarkan untuk melalui apa-apa
pengalaman yg menyenangkan sepanjang cerita ini. Woohoo! Target tayangan - 2005.

|