|
2005
26
Januari 2005
OK, PGL tak terpilih ke Anugerah Akademi (Oscar). Mungkin PGL nombor
6 kot? (hehe.. saja nak menyedapkan hati). Di bawah adalah senarai 5 filem bahasa asing yg telah terpilih. Kecuali filem Afrika Selatan
tu, 4 filem lain adalah dari negara2 yg dah berkali-kali menyertai Oscar. Afrika Selatan saja
yg pertama kali. Walaupun gagal utk pertama kali, semoga kerajaan Malaysia tak segan silu utk hantar
filem lain pula utk Oscar 2006 nanti.
FOREIGN LANGUAGE FILM: AS IT IS IN HEAVEN (Sweden),
THE CHORUS (France), DOWNFALL (Germany), THE SEA INSIDE (Spain), YESTERDAY (South Africa)
25
Januari 2005
Jangan lupa keputusan pencalonan PGL dalam Anugerah
Akademi hari ini.

2004
30
November
2004
Terdapat 2 versi VCD PGL. Satu, edaran Golden
Satellite, boleh dibeli di kebanyakan kedai VCD yg sah. Yg kedua, edisi khas yg diedarkan sendiri
oleh penerbit filem (Enfiniti Prod). PGL Edisi Khas mengandungi beberapa adegan yg tidak disiarkan di
pawagam, selain itu terdapat video muzik lagu tema dan juga beberapa trailer. Edisi Khas buat masa sekarang
dipromosikan oleh KFC di mana ia boleh dibeli dgn harga istimewa (RM9.90) dengan syarat anda
membeli ayam KFC. PGL - sehingga menjilat VCD! :)
29
November
2004
Saya dah pun tengok deleted scenes tu
semua (dlm vcd edisi khas). Memang tak perlu ada pun tak apa. Cuma bagi rakyat
Malaysia semua, adegan Hang Jebat tu ada sesuatu utk difikirkan, kerana kita semua tahu kisah sebenar
Tuah dan Jebat. Jadi, ia agak menarik bila melihatkan kecelaruan fikiran Tuah masa
tu. Tapi ia terpaksa dibuang MUNGKIN utk tidak mengelirukan penonton yg baru saja lepas dikelirukan dengan adegan
pertarungan Tuah dan Adipati di alam lain sebelum itu. Saya dapat bayangkan komen2 yg akan keluar sekiranya
adegan Jebat itu dimasukkan dalam filem. Mesti ramai yg kata tak perlu.
Adegan Tun Teja pula memang nampak sangat tak perlu, sekadar melayan perasaan
Teja saja. Untuk sesiapa yg tahu kisah Tuah-Teja, mungkin boleh terima juga, walaupun ia tidak dilakukan dengan menarik,
sekadar bagi ada saja. Adegan serupa dlm filem Hang Tuah (P. Ramlee) lagi
menarik, tapi tak dapat bayangkan kalau M. Nasir dan Sofia Jane tiba2 menyanyi
Berkorban Apa Saja. Lagi pun tumpuan sebenar selepas Teja melihat keluar jendela dan melihat
rombongan peminangan PGL, sudah pastinya tumpuan itu kepada perjalanan rombongan itu dan bukannya
kisah silam Teja. Apa pun, saya suka tengok Teja kena tarik2 dgn Tuah sambil tersenyum manja, haha..
Tapi kan, sireh jampi tu tak berkesan la kan, sebab Teja masih ingat kisah dia dan
Tuah, dan masih menyimpan perasaan? Saya agak Teja tak makan sireh itu (dia buang dalam sungai kot?), sebab tak ditunjukkan seperti dalam
filem Hang Tuah di mana Zaiton menangis lepas makan sireh jampi.

Adegan Sabri Yunus pula lagi bosan. Sebab apa mereka buat adegan itu dari awal lagi pun entahlah.
Mungkin sekadar utk memanjangkan lagi adegan unggun api dalam hutan tu. Ye lah, dalam filem sikit saja
adegan malam tu, cuma tunjuk Man Bai buat lawak pasal parang terbang tu saja.
Pasal Shaharudin Thamby, memang takde orang lain lagi kalau ada filem Jebat pulak lepas ni.
Takkan Rosyam pulak nak jadi Jebat?
Tentang VCD PGL Edisi Khas:
Deleted scenes dalam PGL Special Edition tu buat masa sekarang belum dijual di kedai vcd mahupun pasar malam.
Kalau beli original di kedai vcd, perhatikan logo pengedarnya, kalau Golden Satellite - itu
BUKAN Special Edition. PGL Special Edition diedarkan sendiri oleh Enfiniti Production
(tiada logo Golden Satellite), buat masa sekarang boleh didapati di KFC.
Walau bagaimanapun ada maklumat yg di sesetengah tempat dah pun diedarkan VCD
PGL Edisi Khas di kedai2 vcd biasa (atau kedai tu buat kenduri KFC, dan jual lebih mahal di kedai
mereka? haha.. idea jahat). Saya cuma sempat check di satu kedai saja, belum ada (atau mungkin dah
habis?). Tapi, harganya RM19.90 kan? Di KFC RM9.90 saja (bukan nak promosi, tapi lebih berbaloi dgn
kualiti 'ok la' tu)
Tentang kualiti VCD Ori PGL:
Memang gambarnya agak kurang tajam. Saya telah menonton 10 minit awal, dan kredit akhirnya memang
menunjukkan kurangnya kualiti imej (buat perbandingan dengan kualiti gambar vcd
Spinning Gasing ataupun Mimpi Moon - excellent). Sound stereo boleh tahan, bagus kalau cuma ada 2 speaker.
Subtitle pun bagus, besar dan jelas, dan diletakkan di luar gambar (bagus, tak seperti Lt. Adnan yg
superimposed dalam gambar dan terlalu kecil tulisannya. Spinning Gasing boleh tahan sikit, patut lebih
bagus)
25 November
2004
Pertama sekali, saya belum beli vcd PGL yg asli dan sudah tentu
belum menontonnya di mana-mana. jadi, tak dapat komen kualitinya (yg dikatakan
kurang bagus itu).
Tentang DVD, pendapat saya: penerbit PGL pasti akan mengeluarkan juga satu hari nanti, tapi bukan sekarang. DVD biasanya tak akan
diedarkan dengan begitu cepat. Lagipun, PGL baru cuma ditayangkan di Malaysia.
Kemungkinan utk PGL ditayangkan di negara lain masih ada (Indonesia? Thailand?), jadi pengeluaran DVD (yg kualitinya sama
seperti pawagam, dan mungkin lebih bagus) tentulah akan mengurangkan peluang tayangan di
negara lain. PGL juga masih cuba menembusi festival filem antarabangsa yg lain, tumpuan utama sekarang ialah
Academy Awards tak berapa lama lagi. Jadi, adalah lebih baik kalau DVDnya keluar sedikit lewat (kalau saya
cadangkan 31/8/05 amacam?).
Saya juga berpendapat yg VCD ori yg diedarkan sekarang adalah sekadar memberi peluang kepada rakyat
Malaysia yg terlepas tayangan di pawagam utk turut sama menyaksikan filem hebat itu.
Dan lebih penting lagi, VCD ori PGL ini adalah untuk 'membersihkan' semula imej PGL yg 'tercalar' akibat
VCD rakaman haram (bootleg) yg masih banyak di pasaran seluruh negara sekarang
ini. Sebab itu adanya iklan di ntv7 yg memburuk-burukkan VCD haram yg sudah sememangnya
buruk itu.
Saya berharap 'kempen' PGL ini akan berterusan sehingga tahun depan (selama setahun).
Mungkin PGL juga akan menjadi kebanggaan kita menjelang Festival Filem Asia Pasifik di KL tahun depan (boleh
tayang lagi sekali di pawagam seluruh negara. wohoo! percuma boleh tak? macam FFM
dulu). Tak perlulah kita tergesa-gesa utk memadamkan 'spotlight' PGL sebelum waktunya, panjang lagi umur
Gusti Putri ni.
Tentang 3 adegan tambahan dlm VCD PGL
Edisi Khas:
Saya tak rasa babak tu semua akan dimasukkan dalam filem untuk dijadikan filem versi lain.
Sebab kalau dimasukkan, nanti kena adunkan semula bunyi, warna dan lain2 proses
lagi. Lagipun, tentu ada sebabnya kenapa babak tu semua dibuang pada peringkat awal lagi.
Jadi, takkanlah perlu dimasukkan semula, kerana ia memang kurang perlu. Untuk
DVD, saya cuma mahu satu special feature saja: Director/Writer commentary. Ini amat penting supaya
penonton boleh mula belajar menghargai filem di luar sudut hiburan semata-mata.
8 November
2004
Tunggu je lah suratkhabar kita men'sensasi'kan kisah ini. PGL masuk festival
lagi bulan ini, tayangan dlm kategori Asian Images di 15th Stockholm
International Film Festival (18-28 November 2004)
25 Oktober
2004
Baru diumumkan: Senarai 49 buah filem yg dihantar untuk dicalonkan dalam
Oscar 2005. PGL salah satu darinya. Cuma 5 filem akan terpilih untuk
dipertandingkan. Bolehkah Malaysia? Nantikan pengumumannya pada 25hb Januari 2005!
http://www.indiewire.com/biz/biz_041022ampas.html
"A Legendary Love" - judul PGL versi orang putih.
-Lagenda Cinta? macam lagu Lefthanded lar...
15 Oktober
2004
PGL:
THE GSC RERUNS ARE BACK - PGL baru saja tamat tayangan umumnya di seluruh Malaysia. Walau
bagaimanapun PGL akan kembali ke pawagam melalui program GSC Blockbuster Re-runs yg akan menayangkan kembali filem-filem yg
mendapat sambutan hebat sepanjang tahun ini. Tahun lepas Laila Isabella merupakan
filem tempatan pilihan GSC.
Program ini hanya terdapat di Midvalley KL dan Plaza Gurney Penang, mulai 14hb hingga 27hb, dengan harga tiket istimewa cuma RM5.
Mengikut jadual yg dikeluarkan oleh Cinema Online, giliran tayangan PGL cuma akan bermula pada 18hb (Isnin) nanti. Peluang terakhir utk
menyaksikan PGL di layar perak. Lepas ni tengok je lah di TV 29inci tu.
VENICE INTERNATIONAL FILM FESTIVAL - Puteri Gunung Ledang mencipta
sejarah dengan terpilih menyertai festival filem ini yg merupakan antara yg paling berpengaruh dan tertua di dunia. Ini adalah
penyertaan pertama daripada Malaysia. Selain ditayangkan di sini, PGL turut bertanding dalam
kategori pengarah harapan.
ACADEMY AWARDS 2005 - pihak kerajaan Malaysia telah pun menghantar
penyertaan sulungnya untuk bertanding dalam anugerah Oscar kategori Best Foreign Film dengan mempertaruhkan filem Puteri Gunung
Ledang. Academy Awards adalah khusus untuk mempertandingkan filem keluaran Amerika Syarikat dengan menyelitkan satu anugerah untuk negara-negara
lain. Keputusan rasmi pemilihan calon-calon akhir bakal diumumkan pada Januari depan.
1 Oktober
2004
Confirmed! Berita hari ni...
"Kami akan umumkan bila VCD PGL akan mula dipasarkan. Istimewanya
VCD dan DVD, PGL ialah kita sediakan babak bonus yang tidak pernah ditayangkan di pawagam iaitu babak Tuah menentang
Jebat" - Datuk Shazalli Ramly, CEO Enfiniti Productions (Berita Harian 1 Oktober
2004)
Album soundtrack PGL - Sedang berada dipasaran. Keluaran Enfiniti
Productions. Edaran Suwah Enterprise (SRC). Mengandungi 10 buah lagu dengan 2 lagu disenaraikan
sebagai Bonus. CD RM29.90, kaset RM15.60
Kulit album sama macam poster filem PGL. Tiada gambar lain di dalam. Semua lirik disertakan.
Senarai lagu/penyanyi:
1. Asmaradana - Tiara Jacquelina
2. Bagaikan Sakti - M. Nasir & Siti Nurhaliza
3. Keranamu Kekasih - Vince
4. Karma - Cokelat
5. Kasih Tak Sampai - Padi
6. Disisimu - Psyklone
7. Kembalilah Kasih - Anuar Zain
8. Januari - Glen
9. Sendiri - Psyklone
10. Mungkin - Anuar Zain
11. Asmaradana (tribal mix by Jungle Jerry & Discomafia) - Tiara Jacquelina
12. Puteri Gunung Ledang Theme Song (Bagaikan Sakti) - Tiara Jacquelina
Tiga trek pertama adalah lagu baru. Lagi 3 lagu persembahan artis Indonesia -Cokelat, Padi dan Glen- mungkin untuk menawan pasaran Indo
juga. Anuar Zain dua lagu, begitu juga kumpulan baru Psyklone. 8 buah trek mengandungi dialog di permulaan lagu (kecuali Karma, Januari dan
trek 11 & 12). Kesemua lirik bertemakan cinta terlarang, pertemuan dan
perpisahan, cinta asmara. Kebanyakan lagu berentak perlahan. Yang rancak pun ada. Lagu akhir, trek 12 adalah satu-satunya lagu yg
dipetik dari filem PGL. Lagu trek 12 itu adalah satu-satunya lagu yg disenaraikan
dan diperdengarkan dalam kredit penutup filem dengan judulnya Bagaikan Sakti nyanyian Tiara Jacquelina.
Serangkap lirik tembang dalam bahasa Jawa klasik yg terdapat dalam
lagu Asmaradana:
Gegarane wong akrami,
Dudu bondo dudu rupo,
Among Ati,
Pawintane.
Asmaradana adalah bahasa Jawa yg bermaksud 'cinta paling agung'
11 September
2004
Menonton kali kedua. Kali ini lebih puas hati. Penonton tak begitu
ramai, jadi dapat menonton dengan lebih err.. tenang? Walaupun sudah tahu apa yg akan dipaparkan di layar, tapi filem ini tetap dapat
memberi satu perasaan yg bila kita menontonnya rasa begitu puas hati. Gambarnya yg
jelas lagi cantik, bunyinya yg sedap lagi menggegarkan. Rugilah sesiapa yg terlepas tayangan PGL di pawagam tahun ini. PGL
sememangnya dibuat utk dinikmati hanya di pawagam. Nak tahu kehebatan PGL, tontonlah di
pawagam.
****
10 September
2004
Dah baca tulisan Raja Zarith Idris (She's our princess!, New Straits Times, September 10)? Menarik juga baca pandangan seorang puteri raja
ni, yg mana salasilah keturunannya berasal dari Sultan Mahmud yg telah dipaparkan "awful"
(katanya) dalam filem PGL. Sempat lagi tu ditegur perempuan2 muda yg tak kisah kahwin dgn lelaki
tua bergelar Datuk yg takde rupa. Haha.. Tiara kena la tu! Katanya lagi, lesen kreatif utk buat
filem tak sepatutnya disalah-gunakan untuk "personal fame".
Bacalah
seterusnya..
9 September
2004
Ada orang kata cerita PGL
berlaku selepas kematian Hang Jebat: Susah juga kalau penonton mengharapkan sesebuah filem diceritakan
secara straight forward.
Encik pernah dengar tentang 'flashback'? Dalam filem ada teknik bercerita menggunakan 'flashback' atau 'babak imbas
kembali'.
Hang Jebat memang sudah mati dalam kisah PGL. Itu tak bermakna Jebat tak boleh muncul dalam filem ini.
Dalam filem, apa-apa pun boleh jadi. Selepas A tidak semestinya B. Selepas 2 tak semestinya 3. Mungkin selepas C kita dipertontonkan 8.
Atau selepas 7, ada K. Atau kalau itu belum cukup memeningkan kepala, selepas 12, tak mustahil masih lagi 12. Filem bukannya buku ataupun
teks.
Apa yg tidak ada memang menarik perhatian ramai. Sebab tu dalam DVD ada deleted scenes. Semua orang (oklah, sesetengahnya saja) memang
nak tahu apa yg ditiadakan dalam sesebuah filem (dan kenapa ia ditiadakan).
8
September
2004
Tengok senarai pelakon PGL
dalam laman web luar negara...
http://www.cinematografo.it/bdcm/bancadati_scheda.asp?sch=43992
Jadi, betul la Shaharuddin Thamby berlakon sebagai Hang
Jebat. Tapi, di Malaysia scene melibatkan Hang Jebat telah dipotong? Boring juga
la Hang Tuah solo jer... atau adakah lakonan Shaharuddin lebih hebat dari M. Nasir sebab tu
dibuang?? Atau PGL memang ada versi lain, versi luarnegara?
Gambar Hang Jebat dalam PGL:
http://www.filemkita.com/pgl/pgl_96.jpg
2
September
2004
DOWNLOAD: 1) Lagu MP3 Asmaradana - ini versi yg lebih panjang dari yg
terdapat dalam laman web rasmi PGL. Tapi lebih pendek dari versi muzik video untuk TV. Sound pun sedikit lain, mungkin versi remix. Dapat dari
satu website lain.
http://groups.yahoo.com/group/filemkita/files/PGL/Asmaradana.mp3
2) Muzik video Asmaradana - lagu soundtrack promosi filem Puteri Gunung Ledang, persembahan Tiara Jacquelina. Memerlukan perisian
QuickTime untuk mendengar dan melihat. Rakam sendiri, sebab tu terpotong muzik intro.
http://groups.yahoo.com/group/filemkita/files/PGL/Asmaradana-small.mov
25 Ogos
2004
Menghadiri tayangan perdana
PGL di KLCC :

Bila saya membuka laman web promosi PGL pada Januari 2004, ia sekadar
memuatkan gambar2 promosi yg telah pernah tersiar di majalah dan akhbar. Pada Mac 2004, saya menghimpunkan segala catatan berkaitan
PGL yg telah dihantarkan kepada group filemkita sepanjang 2003, semuanya mengenai
PGL. Pada April 2004, komen penonton mengenai harapan mereka terhadap PGL mula
disiarkan. Siapa sangka warga PGL juga turut memerhatikan laman web ini, dan mengikuti catatan dan
komen yg telah dibuat. Lagi tak disangka bila usaha kecil ini akhirnya membuka satu
peluang yg tak mungkin akan datang buat kali kedua sehingga bila2. 15 Ogos, 'sepucuk'
e-mel daripada seorang warga PGL singgah di Inbox filemkita. Dari situlah bermula satu pengalaman
yg tak pernah diharapkan akan berlaku tapi akhirnya menjadi kenyataan. OK, saya mungkin pernah
bermimpi utk mendapat peluang menghadiri tayangan perdana PGL. Tapi, mimpi biasanya tak jadi
kenyataan. Walaupun masa terlalu singkat dan perjalanannya begitu jauh, itu tak menjadi
masalah. Malam itu, ruang legar pintu masuk KLCC penuh sesak dengan para penonton yg akan menjadi
penonton pertama berpeluang menonton PGL di layar perak. Bangga gila, melihatkan kegemerlapan bintang dan karyawan filem yg tak mahu
melepaskan tontonan percuma itu. Bukan percuma untuk semua orang, cuma yg
bertuah. Dan saya antara yg bertuah, kerana laman web ini lah. Kesemua pelakon PGL
hadir, memijak karpet merah, menyusul Baginda Agong, menuju ke tingkat atas, di pawagam TGV yg malam itu
ditutup keseluruhannya hanya untuk acara ini. Dan saya, yg berdiri di tepi karpet
merah itu, cuma seorang penonton, yg hadir hanya untuk menonton PGL. Pertama kali
menonton, yg paling jelas berbeza dari filem lain sudah tentulah kualiti
penerbitannya. PGL menambat penonton dari segi kualiti. Yg keduanya, ketelitian. Walaupun ada
penonton yg dapat mengesan beberapa kesalahan, tapi keseluruhannya filem ini telah dibuat seteliti yg
mungkin. Seterusnya PGL menghidangkan penonton dengan sistem bunyinya, muziknya, lakonan
pelakonnya - semuanya ditahap yg memuaskan (mungkin lebih). Penonton dapat lihat masa dan kos yg telah
digunakan untuk membikin filem ini benar2 terpancar di skrin. Saya sendiri tak tahu bagaimana untuk
sesiapa pun tidak berpuas hati dengan filem berjudul PGL ini. Masing2 ada alasan
tersendiri, tapi semua penonton pasti setuju yg PGL adalah hasil terbaik sepanjang tahun 2004. Bila fikir
semula, mimpi biasanya memang tak jadi kenyataan. Bila mimpi jadi kenyataan, itu
adalah sesuatu yg luarbiasa. Macam saya yg tak pasal2 boleh hadir tayangan perdana
PGL. Dan, macam PGL itu sendiri. Luarbiasa.
9 Ogos
2004
Baru dimasukkan 6 keping
poster promosi PGL. Klik
sini!
26 Julai
2004
DOWNLOAD TRAILER &
SOUNDTRACK PGL: right-click dan save fail dari URL berikut...
Saiz fail (untuk panduan pengguna Dial-up dgn talian telefon):
Trailer A (12 MB)
Trailer B (8 MB)
Trailer C (40 MB)
SUARA LATAR (melayu):
www.filempgl.com.my/trailer/images/pgl_trailer_a_bm.mov
www.filempgl.com.my/trailer/images/pgl_trailer_b_bm.mov
www.filempgl.com.my/trailer/images/pgl_trailer_c_bm.mov
SUARA LATAR (inggeris):
www.filempgl.com.my/trailer/images/pgl_trailer_a_eng.mov
www.filempgl.com.my/trailer/images/pgl_trailer_b_eng.mov
www.filempgl.com.my/trailer/images/pgl_trailer_c_eng.mov
ASMARADANA (internet version) - 1 minit:
www.filempgl.com.my/downloads/soundtrack/images/asmaradana_pgl.mp3
20 Julai
2004
Pembikin filem ini masih mempertahankan matlamat mereka untuk
menayangkan PGL pada bulan Ogos, walaupun Syarat Wajib Tayang (SWT) sudah menetapkan tarikh tayangan kepada filem lain. Mungkinkah
PGL tidak akan menyertai SWT dan mahu menayangkannya mengikut tarikh yg mereka tetapkan sendiri? Sekiranya mereka mahu
begitu, teruskan! Takde salahnya. Mungkin juga PGL dapat membuktikan bahawa filem yg
kuat tidak perlu mengikut SWT, dan boleh berjuang sendiri. Walaupun begitu, akhbar Star semalam telah dengan beraninya mencetak
tarikh 26 Ogos sebagai tarikh tayangan PGL. Sebaliknya laman web PGL pula tetap tidak mahu mengumumkan tarikh tayangan
(sekurang-kurangnya Tayangan Perdana). Ya, laman web itu sudah berisi. Walaupun belum lengkap,
tetapi paparan visual Flash watak-watak utamanya hampir 100% berjaya mencuri perhatian dan hati sesiapa saja
yg melihatnya - resolusi yg sungguh cantik!! Keputusan yg bijak juga untuk tidak meletakkan
bunyi/muzik bagi mengurangkan tempoh download. Tetapi jangan susah hati, soundtracknya tetap akan boleh
didengar tidak lama lagi. Begitu juga laman web versi BM nya yg akan menyusul. Saya juga baru dapat
tahu yg sekiranya petunjuk mouse anda diletakkan pada nama watak-wataknya, tunggu sekejap, dan anda boleh
mendengar beberapa dialog klasik, wow! Selain itu, sebagai peminat dan penonton, kita masih
tetap setia menantikan: Album Soundtrack, Video Klip Asmaradana, Dokumentari Di Sebalik Tabir dan sepotong tiket yg
bercetak Puteri Gunung (tak cukup tempat nak cetak perkataan Ledang). 'Bila ni?'
adalah tagline filem ini :)
http://www.pglthemovie.com
http://www.filempgl.com.my
Untuk melihat secara normal dalam browser anda, pergi ke...
http://www.filempgl.com.my/main.html
30 Jun
2004
AKAN DITAYANGKAN - Ogos. Dah makin hampir kan? Berita terbarunya
ialah tentang permohonan PGL untuk menyertai Syarat Wajib Tayang (SWT) yg selama ini
bertanggungjawab menetapkan giliran tayangan filem tempatan di pawagam. Apapun keputusan SWT nanti, ianya sedikit
sebanyak tentu akan memberikan kesan. Ini adalah kerana bulan sasaran tayangan PGL
pada Ogos sebenarnya telahpun mempunyai 2 buah filem yg berjarak 2 minggu tarikh tayangan antara satu sama lain. Adakah SWT
akan cuba juga untuk menyelitkan tayangan PGL di antara filem2 lain itu? Macam mana agaknya keputusannya nanti. Adakah filem lain perlu atau
mahu memberi ruang pada PGL? Adakah PGL sanggup memberi saingan dan bagaimanakah penerimaan filem lain yg sudah tentunya sedikit gentar
dengan filem besar ini. Walau apa pun, berita gembira yg ditunggu2 oleh peminat telah pun tiba... (muzik saspen)... laman web rasmi akan
dibuka tidak lama lagi!! Yes.
http://www.filempgl.com.my
http://www.pglthemovie.com
30 Mei
2004
Nampaknya kekecohan tarikh tayangan PGL ini hampir memberikan
jawapannya. Senarai tayangan terkini Finas tidak menyenaraikan filem ini
langsung! Sebaliknya ada 2 buah filem lain yg sudah confirm ditayangkan dalam bulan
Ogos. Ini menguatkan lagi gosip mengenai
penundaan tayangan PGL dari tahun ini ke tahun hadapan (2005). Kerana September sudah terlalu
'lewat' untuk filem sebesar ini, dan pastinya
PGL tidak mahu menjadi sebuah filem Hari Raya (lagipun ramai dah 'tempah' bulan
itu, contohnya Senario). Jadi apakah strategi penerbitnya yg masih lagi menjadi rahsia
kini? Pada padangan saya,
PGL tak perlu tergesa-gesa. Biar lambat, asal hebat. Tapi, mungkinkah Ogos yg dimaksudkan itu nanti
bakal menyaksikan permulaan rasmi sesi promosi PGL, dengan tayangan perdana, dan lain-lain siri promosi
serta tayangan The Making Of yang bersiri-siri itu, sebelum munculnya tayangan umum yg entah bila
itu.
19 Mei
2004
BAHAN BARU: Petikan menarik dari artikel-artikel yg pernah
disiarkan. Kata-kata dari pelakon, pengarah, penerbit, krew dan lain-lain. Temubual
lama (oleh 'wartawan hiburan' dengan soalan-soalan 'biasa'). Lagi gambar-gambar dari trailer (bertambah menjadi 56
keping). Tambahan beberapa gambar yg baru scan (bertambah menjadi 35 keping). Susun
atur baru dengan tambahan mukasurat termasuk komen
penonton.
14 Mei
2004
PGL - akan ditayangkan pada 2005?
Berita Malay Mail (13 Mei 2004) kata yg PGL tak jadi tayang Ogos ini. Lepas tu, kata pula yg sebuah filem
sambungan berjudul Hang Tuah akan dibuat tidak lama lagi. Apa ni? Gimik ke? Adakah ini sebahagian
daripada kejutan yg memang telah dirancang oleh penerbit PGL? Jadi, betullah PGL memang bercita-cita untuk
memulakan tayangan di Cannes? (kalau nak ke Cannes tahun ini memang dah tak sempat). Tunggu je lah
apa lagi yang akan muncul lepas ni. Betul ke pasal filem Hang Tuah tu? Biar
betul...
Salinan artikel
(From one epic to another)
7 April 2004
AKAN DITAYANGKAN - Ogos. Akhirnya penerbit PGL tampil menjelaskan beberapa
perkara. Target tayangan ditetapkan pada bulan Ogos ("sempena bulan
kemerdekaan"), menjadikan filem ini setahun lewat dari jangkaan asal. Bila PGL mula shooting pada Januari 2003, mereka target untuk tayang pada Ogos tahun
lepas. Nampaknya mereka dapat semula bulan Ogos itu walaupun tahunnya sudah
berubah. Persoalan sama ada PGL akan ditayangkan lebih awal di mana-mana festival filem
(pastinya bukan FFM?) sebelum tayangan umum Ogos nanti, masih tiada jawapan, kerana ia masih dalam peringkat akhir
penerbitan. Selain itu, kos penerbitan RM15 juta juga kini bukan rahsia lagi. Jumlah ini tidak lagi mengejutkan ramai orang kerana ia antara bahan gosip kegemaran ramai sejak PGL
bermula. PGL juga sudah boleh menghentikan debaran tentang pulangan yg bakal
dikautnya, kerana penerbitnya sudah mendapat kerjasama untuk memasarkan filem ini ke luar negara
(mereka ingin ke Eropah, Amerika dan India). Semoga filem ini mendapat perhatian ramai di Malaysia
dulu, atau adakah penerbitnya awal-awal lagi cuma target RM3 ke 4 juta saja? (metrowealth pernah target filemnya untuk dapat RM10
juta). Sambutan di luar negara juga masih sukar dijangka, tapi mungkin untuk pasaran Indonesia PGL akan mendapat sambutan
ramai. Sekiranya PGL mendapat tempat yg bagus di festival filem antarabangsa, pasti lebih senang dan cepat sikit penonton luar untuk terima filem bahasa asing
ini. Sejarah sedang dicipta.
17 Mac 2004
Baru dimasukkan 10 keping gambar lama yang
di'scan' dari akhbar. Himpunan catatan saya tentang PGL sejak Disember 2002 hingga sekarang juga telah dikumpulkan dalam tajuk 'Mari menonton
filemkita...'. Selain itu, ada disediakan Form untuk mengumpul komen penonton.
Semuanya di www.filemkita.com/pgl
2 Mac 2004
PROMOSI - saya sudah pun lihat apa yg dikatakan iklan PGL di ntv7
itu. Rupanya itulah caranya mereka memancing penonton. Memang patut mereka memancing penonton TV yg bukan semuanya mahu ke pawagam
itu. Sekiranya mereka berjaya mengubah pendirian penonton itu untuk ke pawagam, itu memang
bagus. Cuma lebih bagus sekiranya mereka juga sasarkan iklan promosi itu kepada penonton
'bukan melayu' juga. Itu yg terutamanya (penonton bukan melayu) sekiranya mereka mahu mencapai kutipan RM8 juta
(berapa kos filem ini sebenarnya?). Sayang sekali sekiranya iklan itu tidak sampai kepada
'penonton lain'. Kepada pengikut filem tempatan, tiada masalah, kerana hampir 100% sudah confirm akan
menonton. Mencari penonton baru, perlu menjadi matlamat utama PGL dalam apa-apa program promosi
mereka. Bukan saya yg minta atau mahu, tapi penerbit sendiri sudah mengeluarkan kos yg begitu
besar, di mana cuma 'penonton lain' mampu memberi pulangan yg mereka perlukan. Sekiranya golongan
'penonton lain' itu tidak tahu menahu kehadiran PGL atau sekiranya tahu pun tapi tidak tertarik untuk
menonton, maka kita sudah pun tahu nasib filem ini nanti. Jadi kita tunggu dan lihat apa strategi penerbit PGL untuk menambat hati
'Penonton Lain' (supaya penerbitnya tak perlu gadai tanah, kereta dan stesen tv untuk terus
hidup).
TARIKH - mengenai tarikh tayangan pula, setelah penggambaran PGL bermula pada Januari 2003, mereka target untuk tayang pada Ogos 2003. Bila trailer disiarkan pada April 2003, mereka kata akan tayang pada 2004. Penghujung tahun lepas kata nak tayang Mei 2004, kini ada yg kata akan tayang Ogos nanti. Jadi sekarang: Mei atau Ogos? Sekiranya iklan promosinya pun sudah mula ditayangkan bulan lepas, takkanlah pula filem ini perlu menunggu 6 bulan lagi! Tapi bila difikirkan, Mei pun semakin cepat menghampiri. Mungkin tak sempat membuat promosi besar-besaran. Apa yang pasti, antara Mei hingga Ogos adalah waktu paling cantik walaupun biasanya banyak filem musim panas akan menggegar pawagam (ini bukanlah alasan, cuma promosi besar-besaran biasanya menenggelamkan filem tempatan). Tapi, kalau selepas Ogos... pasti ada sesuatu yg tak kena.
CERITA - setelah membaca semula artikel berkaitan PGL semasa dalam pembikinan dulu, saya tertarik dengan satu cebisan ceritanya. Cebisan cerita berkaitan Tun Teja lakonan Sofia Jane. Watak Tun Teja dalam PGL 2004 asalnya cuma 3 babak. Setelah Sofia Jane menerima tawaran ini, watak Tun Teja dikembangkan menjadi 11 babak. Dalam 11 babak itu cuma terdapat 2 babak yg memerlukan dialog Sofia Jane sebagai Tun Teja. 2 babak itu yg menarik untuk diperkatakan. Babak pertama di mana Tun Teja berdialog ialah ketika Hang Tuah membawa lari Tun Teja berlayar menaiki kapal dari Pahang ke Melaka. Babak ini ada dalam filem Hang Tuah (P. Ramlee). Ini bermakna filem PGL ini bermula seawal sebelum Sultan berkahwin dengan Tun Teja. Yang masih samar-samar ialah babak pembukaan filem: adakah mereka akan menunjukkan kehidupan Hang Tuah sebelum menjadi Laksamana (sepertimana filem Hang Tuah), atau bermula semasa Hang Tuah sudahpun dilantik oleh Sultan? Kalau ceritanya betul-betul ingin membina watak Hang Tuah dengan detail nya, untuk memberi kesan epik, pasti filem ini memakan masa yg panjang. Tapi, kisah Hang Tuah melarikan Tun Teja itu pun sudah cukup awal untuk memanjangkan cerita ini. Mungkin permulaan cerita akan banyak babak selang-seli antara kisah Hang Tuah dengan Raden Adjeng (Puteri) masing-masing di Melaka dan Majapahit, sebelum akhirnya mereka dipertemukan apabila Puteri melarikan diri ke Gunung Ledang. OK, kembali pada kisah Tun Teja. Satu lagi babak yg membabitkan Sofia Jane berdialog ialah babak yg saya bayangkan sebagai sungguh menarik dalam pembentukan ceritanya. Babak itu ialah di mana Tun Teja berdialog dengan Puteri di atas Gunung Ledang (?) [gambar Sofia dan Tiara semasa penggambaran babak ini banyak disiarkan di akhbar ketika itu]. Apa yg disebut dalam artikel itu ialah Tun Teja berdialog dengan Puteri DI ATAS GUNUNG LEDANG. Alasan yg diberi ialah Tun Teja sendiri pergi memujuk Puteri supaya menerima pinangan Sultan! (diorang bakal bermadu?). Ah... ini sudah lain macam. Semua orang ingat Tun Mamat sorang saja panjat gunung dan jumpa PGL, tapi ini Tun Teja pun selamba saja panjang gunung jumpa Puteri. Hmm... makin menarik nampaknya. Tapi, bila difikirkan, apasal Teja nak bermadu dengan PGL pula kan? Tapi, ingat tak, Teja sanggup lari dengan Tuah sebab dia cinta Tuah dan sanggup pula kahwin dengan Sultan Melaka demi Tuah. Tuah pula cinta PGL. Jadi bila Sultan nak pinang PGL, ini peluang Teja untuk merosakkan hubungan Tuah-PGL (kerana masih berdendam atau cemburu?). Hingga kan sanggup bermadu pula. Tapi dari mana pula datangnya permintaan hantaran peminangan yg luarbiasa itu? Dari Hang Tuah? (supaya Sultan tak mampu). Dari PGL sendiri? (kenapa?). Ada yg kata Tun Mamat sendiri mengada-adakan permintaan itu (apasal? dia sudah gila?). Huh, banyak tanda soal macam ni yg buat filem ni makin menarik-narik ni. Betul ke mereka buat Tun Teja pergi Gunung Ledang jumpa PGL? Adakah ditunjukkan babak Sultan mengerah rakyat (kumpul air mata 7 tempayan, hati nyamuk, jambatan emas dll) demi menunaikan semua permintaan PGL (seperti filem PGL 60-an)? Dan, bagaimanakah kesudahannya filem ini (tragis? happy? tergantung/open?) - sesuatu yg sesiapa pun tak dapat agak sehingga sekarang.
KONTROVERSI - satu lagi bentuk publisiti yg diberikan kepada filem PGL ini sepanjang pembikinannya ialah dalam bentuk kontroversi. Banyak kontroversi. Bermula dengan kontroversi pemilihan pengarah (Saw Teong Hin) dan pelakon utama (Tiara): ramai yg tak suka. Kemudian kontroversi kos RM6 juta: cuma Sembilu 2 dan Senario saja mencapai kutipan ini dalam sebanyak 800 filemkita. Lepas tu kontroversi pencemaran hutan. Diikuti kontroversi penukaran pelakon penting (Rosyam Nor, Azri Iskandar). Penggambaran filem sehingga 9 bulan pula memberi kesan pada banyak orang. Lepas tu kos pembikinan yg meningkat sehingga dikatakan mencapai RM10 juta: kontroversi makin mendidih. Ada juga kontroversi tentang Silat yg bergaya kung-fu! Semasa menyelongkar internet mencari maklumat PGL, saya terjumpa satu blog yg menceritakan tentang artikel yg diterbitkan oleh majalah seni beladiri: berkaitan penarikan diri jurulatih silat (Ariffin Yeop) filem PGL, kerana tidak bersetuju menggambarkan silat dalam gaya kung-fu (terbang/lawan atas air). Mungkin lepas ni ada lagi sisa kontroversi yg bakal menunjukkan mukanya menjelang tayangan filem ini. Maklumlah ramai juga yg macam menunggu masa saja untuk hentam PGL ni. Kalau pun filem ini berjaya di box-office atau pun di festival filem, suara tidak puas hati pasti tetap wujud. Kerana filem sebesar ini, kelemahan kecil sekalipun sudah kelihatan terlampau besar. Itulah cabaran yg akan ditempuhi PGL nanti.
18 Februari 2004
Saya sekarang sudah kurang pasti bila sebenarnya PGL akan ditayangkan nanti. Juga, apakah bentuk promosi yg akan dibuat nanti? Saya cuma dengar yg promosinya sedang dilakukan oleh ntv7 (tak sempat tengok tv). Bagaimanakah bentuk pemasaran filem ini nanti. Terus ke pawagam ke atau menyertai festival filem dulu? Saya pasti pihak penerbit sedang menyusun perancangan rapi. Semuanya masih rahsia lagi sekarang. Cuma ada beberapa perkara yg boleh kita harap daripada PGL ini:
ALBUM SOUNDTRACK - ini sesuatu yg sudah pasti.
Saya memang berharap banyak album soundtrack filem dikeluarkan. Tapi, penerbit sekarang sudah melupakan 'peranan' album soundtrack (mungkin juga kerana situasi muzik tempatan yg suram, atau juga kerana sememangnya filem mereka tak perlu soundtrack dalam erti kata sebenarnya, sebaliknya menggunakan populariti lagu popular?). Album soundtrack PGL melibatkan pelakon utamanya M. Nasir. Saya harap album ini lebih bagus dari album Syukur 21 atau pun Layar Lara.
LAMAN WEB RASMI - ini juga hampir pasti.
Tak mungkin filem sebesar PGL tak mampu mengadakan sebuah laman web yg tak memerlukan bajet besar (sebenarnya tak memerlukan sebarang bajet). Jadi, sama-samalah kita tunggu kehadirannya. Semoga banyak maklumat (dari sebesar-besarnya hingga sekecilnya) dapat kita ketahui dari websitenya nanti. Kalau ada bahagian yg melibatkan penonton, itu sudah
bagus.
THE MAKING OF - sebuah rancangan di sebalik tabir pembikinan filem.
Tentunya persembahan wajib sebelum dan sesudah menonton nanti. Rancangan ini akan diterbitkan oleh ntv7 lah, siapa lagi kan. Semoga rancangan ini tidak sekadar mengajak penonton ke pawagam dengan penampilan yang indah-indah, tapi sebaiknya perlu menonjolkan pemikiran pembikin filem ini: kenapa PGL perlu menjadi sebuah filem yang sebesar ini. Wajib ada interviu dengan penulis cerita/lakonlayar. Tolong hebohkan bila rancangan ni akan disiarkan nanti.
VCD/DVD - vcd sudah pasti diedarkan lepas tayangan nanti.
Tapi, adakah kita akan ada dvd filem tempatan yg pertama? Hmm.. bagus juga idea ini. Bayangkan: Komen pengarah/penulis sepanjang filem, adegan yg tidak dapat dimasukkan (dan kenapa), lagu soundtrack, interviu, multi subtitle, pilihan sistem bunyi, dan bahan-bahan menarik yg lain? Mungkin ini sekadar impian, tapi kalau vcd nya berkualiti tinggi pun dah cukup puas hati. Lagipun, untuk menghasilkan dvd pastinya memerlukan bajet yg tak kurang banyaknya. Atau, adakah memang sudah disediakan bajetnya? Hmm.. tunggu je lah.
Selain itu, saya harap sebuah majalah khas dikeluarkan sebagai satu bentuk promosi, sebagaimana yg dilakukan oleh Yusof Haslam (Pasrah, Gerak Khas 1). Muka tengah majalah sudah pasti kena ada poster filem, tak dilupakan gambar-gambar disebalik tabir, cerita-cerita menarik dan lepas tu mungkin boleh keluarkan Cenderamata khas atau barang-barang koleksi untuk peminat (t-shirt ke, mug ke, apa ke..), boleh order dari dalam majalah atau website. Last sekali boleh lah buat promosi ke seluruh pawagam, walaupun biasanya filem popular akan guna cara ni, tapi dulu Paloh pun buat promosi cam ni, ok apa? Banyaklah pulak permintaan ye, macam hapa saja. Tapi OKlah, bukannya sampai 7 permintaan pun. Tak mintak darah sesiapa pun. Lagipun saya bukanlah putera gunung ledang nak buat permintaan gila ni semua. Kan? :)
24 Januari 2004
Istimewa filemkita.com - PROMOSI: Puteri Gunung Ledang (gambar-gambar dari YahooGroups kini boleh dilihat melalui laman web + beberapa gambar yang baru dimasukkan).

http://www.filemkita.com/pgl
21 Januari 2004
Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), April 2004: ...persoalan yang tidak kurang menarik, adakah FFM kali ini juga kita akan disajikan promo Puteri Gunung Ledang. Ye lah kan, PGL pun pasti tak dapat tayang sebelum April, jadi FFM17 sekali lagi mampu jadi medan terbaik sebagai promosi awal. Mungkin kali ini kita dapat tonton trailer penuh, dengan dialog dan segala efek dan muzik yg telah dimasukkan semasa pos produksi yang sedang dilakukan.
14 Januari 2004
Gambar-gambar Puteri Gunung Ledang yang ada dalam YahooGroups juga akan dipindahkan ke filemkita.com. Mungkin akan dikumpulkan juga artikel, interview dan apa-apa bahan berkaitan (tengah kumpul sekarang ni). Kiranya macam fan page lah, tapi simple je. Tunggu pengumuman URLnya. Nak dengar juga apa komen orang ramai tentang filem ini... dah setahun tunggu sejak penggambaran mula Januari TAHUN LEPAS.

2003
12 November 2003
Disember macam best, sebab musim perayaan dan cuti banyak. Filem pun banyak kat pawagam. Tapi, jangan lupa, Januari lagi best sebab PGL akan memulakan kempen promosi besar-besaran (seperti yg dikatakan), sekarang tengah proses kat Australia dan target tayangan pada Mei (tarikh 04/04/04 pun cantik gak tuh).
20 Oktober 2003
Penggambaran tamat minggu lepas sejak bermula pada Januari. 9 bulan tu. Kalau orang lain tak sabar nak tengok filem ni, saya pula tak sabar nak tengok The Making Of. Rasanya, dengan tempoh shooting 9 bulan tu, boleh buat 7 siri The Making Of. Macam permintaan Puteri tu jugak - ada 7. Pada April lalu kita dah tengok trailer awalnya. Trailer tu dibuat oleh Asia-Pacific Videolab, dan boleh didownload di laman web mereka dalam versi yang clear dan best...
http://www.apv.com.my/new_movies/pgl320.mpg
Yang bawah ni kecik sikit..
http://www.apv.com.my/new_movies/pgl.mpg
Ini sinopsisnye..
http://www.apv.com.my/pgl.htm
3 September 2003
Saya jumpa 6 keping lagi gambar PGL yg diambil dari laman web lain. Semuanya ada di Photos (tapi, belum dimasukkan ke dalam folder PGL lagi). Tengok semuanya di...
http://photos.groups.yahoo.com/group/filemkita/lst
19 Mei 2003
Dalam seminggu, mesti ada macam-macam cerita kita boleh dengar tentang filem PGL. Bersungguh-sungguh promosi... agak-agak kalau tiket start jual sekarang, berapa juta dah dapat? Memang gila betul laa.. tapi best la. Pelancaran filem ni pun berfasa-fasa. Pelancaran fasa 2 pula buat kejutan dengan mengumumkan watak Sultan Mansur Shah akan dibawa oleh Adlin Aman Ramli (Jogho) pula setelah Rosyam Nor Berlari Ke Langit. Sultan Mansur Shah (SMS), pasangannya Tun Teja (Sofia Jane). Padan ke.. Tapi Adlin berlakon mesti mantap. Lepas tu, ada pula kemunculan istimewa Dian Sastro (Cinta) dalam adegan Indonesia. Strategi tarik penonton tu.. Lepas tu buat pulak pengumuman yang banyak lagi kejutan akan dibuat sepanjang pembikinan PGL tahun ni sebelum ditayangkan 2004. Apa agaknya kejutan-kejutan tu...
23 April 2003
Mungkin ramai yang dah tengok sedutan atau trailer filem PGL semasa siaran langsung FFM16 pada hari Sabtu lepas. Bagi yang tak sempat tengok, saya telah upload 17 gambar dari trailer tersebut ke dalam folder PGL di bahagian Photo:
http://photos.groups.yahoo.com/group/filemkita/lst
Saya sebenarnya sempat merakamkan trailer tersebut melalui video recorder (kualiti buruk) dan telah dipindahkan ke format QuickTime. Trailer tersebut panjangnya 1minit 25saat dan bersaiz 2.6MB. Jika anda ingin mencuba download, sila ke folder PGL di bahagian Files:
http://groups.yahoo.com/group/filemkita/files
*Trailer PGL lengkap dengan muzik, nyanyian dan kesan bunyi tetapi tiada dialog kerana penggambaran masih berjalan. Tak pasti sama ada mereka akan melalui proses dubbing atau rakaman
terus.
Seperti yang semua maklum, filem PGL yang sedang dibikin sekarang akan memaparkan cerita dari sudut pandangan yang berbeza dari apa yang sering diceritakan dalam kisah hikayat Hang Tuah. Kisah PGL yang sering menjadi rujukan itu telah dibuat dalam bentuk filem hitam putih oleh penerbitan Cathay-Keris berpuluh tahun yang lepas. Filem tersebut kini dijual dalam format VCD oleh rangkaian kedai Music Valley dengan judul
Puteri Gunong Ledang (1961).
21 April 2003
Festival Filem Malaysia ke-16 (FFM16), April 2003: ...yang paling mencuri perhatian, sebelum persembahan M. Nasir, ditayangkan sedutan filem Puteri Gunung Ledang. Terhenti sekejap nafas! Saya memang dari awal berharap diorang akan tayangkan klip PGL tu, tapi memandangkan hos siaran adalah TV1, lebih 'afdhal' rasanya kalau ditayangkan klip Paloh (bukan klip veteran perang macam dalam TV tu, tapi klip filem). Di situ nampak usaha PGL walaupun akan ditayangkan 2004 tapi bangga dengan usaha kerja mereka dan tak sabar-sabar nak tunjukkan kepada penonton sedangkan Paloh mengharapkan belas ihsan kontroversi walaupun peluang promosi sudah terbuka luas. Secara keseluruhan, malam anugerah ni - OKlah!!
24 Mac 2003
PUTERI GUNUNG LEDANG - masih rancak shooting, khabarnya dekat Johor sekarang.
Ingat lagi tentang Azri Iskandar yang tak jadi berlakon dalam PGL? Sebenarnya dia dah terima tawaran watak utama dalam filem baru Serangkai Filem (Habsah Hassan). Maklumat lain belum confirm.
9 Mac 2003
PUTERI GUNUNG LEDANG: Filem epik yang tengah rancak shooting. Saya akan cuba scan gambar yang keluar dalam akhbar walaupun black&white sebab ramai yang menanti filem ni.
Masa pelancaran filem dan pengumuman nama pelakon PGL dulu, disebut watak Sultan Mahmud (dilakonkan Azri Iskandar) dan Tun Mamat (dilakonkan Rosyam Nor). Tak taulah sama ada kesilapan ke ape, tapi baru-baru ni pelakon watak Sultan Mahmud ditulis pula akan dibawakan oleh Rosyam Nor dan Tun Mamat pula dilakonkan oleh pelakon teater bernama Khir.. Nampaknya Azri Iskandar ni macam ada problem jer.. Lagi sorang pelakon yang tak disebut dulu ialah Ruminah Sidek (aka Mak Mah) akan membawa watak Nenek Kebayan (sebenarnya jelmaan Puteri Gunung Ledang yang menyamar).
12 Januari 2003
Tentang PUTERI GUNUNG LEDANG: Filem ini memang mahu jadi hebat. Mahu jadi epik. Memang tidak salah kalau mengatakan Tiara Jacquelina "syok sendiri" sebab cita-citanya terlalu tinggi menggunung. Memang tak percaya melihatkan senarai pelakonnya. Seolah-olah kita kembali ke tahun 1956 dan menyaksikan pembikinan Hang Tuah yang ketika itu menggandingkan hampir semua pelakon hebat Studio Jalan Ampas ditambah dengan dengan hasil filem berwarna yang begitu asing ketika itu. Hang Tuah menjadi epik klasik dan kini PGL ingin mengikut jejak dan semangat yang serupa. Saya rasa memang sudah sampai masanya PGL dijadikan kenyataan. Malaysia ketandusan filem-filem besar kerana tiada keyakinan dikalangan para jutawan untuk melaburkan jutaan RM untuk sebuah filem yang pada pandangan mereka cuma sekadar hiburan semata-mata. Semangat cintakan filem tidak berkembang di Malaysia. Sebab itulah nisbah filem murahan lebih besar berbanding filem berat. Pembikin filem murahan adalah ahli perniagaan yang mahukan keuntungan besar supaya mereka dapat terus membuat keuntungan dengan terus menghasilkan filem yang serupa dan diulang-ulang. Mereka tiada semangat untuk melihat filem Malaysia maju. Atas sebab itulah saya melihat usaha Tiara patut disokong. Saya tidak melihat PGL sebagai filem berat (seperti Paloh) tetapi filem ini 'berat' dari segi pelakonnya, bajet dan tenaga kerja profesional. Walaupun begitu, saya tidak dapat mengelak dari memikirkan yang PGL 'cumalah sebuah projek peribadi Tiara untuk membuktikan keupayaannya'.. sama seperti mana Erma Fatima telah memilih Umie Aida sebagai Embunnya. Monopoli sebegini sebenarnya memberi persepsi berbeza (biasanya negatif) dikalangan pemerhati filem. Kadangkala situasi seperti di atas tidak dapat dielakkan. Dalam kes PGL saya memang bersetuju Tiara 'melantik dirinya sendiri' (hmmm...) sebagai PGL kerana memang patut pun dan Tiara juga boleh memberi lakonannya yang telah lama tidak menghiasi layar perak. PGL adalah kisah rakyat yang terkenal dikalangan orang Melayu dan saya tidak nampak statusnya sebagai 'filem berat' akan menghalang orang ramai untuk menyaksikannya kerana ceritanya sudah ada dalam diri penonton. Mungkin penonton akan jemu dengan 'filem murahan' yang banyak akan ditayangkan 3 bulan pertama ini dan akhirnya memberi sambutan hangat kepada PGL (dan Paloh).
Mungkin.
*Petikan daripada
Message Board filemelayu.cjb.net

"Setiap orang punya impian...
Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini"
2002
31 Disember 2002
Sebagai penutup tirai perfileman Malaysia 2002, terdapat 2 buah filem baru dilancarkan baru-baru ini, CINTA KOLESTEROL dan...
PUTERI GUNUNG LEDANG: "Cerita cinta agung"
Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang yang sebenarnya berasal dari Majapahit tetapi tinggal di Gunung Ledang. Nama puteri tersebut Raden Adjeng dan dipanggil Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud ingin memperisterikannya. Hang Tuah dan Tun Mamat diutuskan meminang. Puteri yang dikatakan memiliki kuasa sakti itu meminta hantaran yg bukan-bukan (hati nyamuk 7 dulang, hati kuman 7 dulang, jambatan emas, jambatan perak hingga kepuncak gunung dan lain-lain). Kejelitaan Puteri membuat Sultan hilang pertimbangan lalu menggunakan sepenuh kuasanya dan mengerah rakyat jelata hinggalah hantaran mustahil tersebut berjaya disediakan... kecuali satu. Selain itu, Hang Tuah yang berjaya bertemu sendiri dengan Puteri turut menyimpan perasaan. Mungkinkah Hang Tuah pulang dari Gunung Ledang tidak membawa bersamanya permintaan pelik Puteri sebaliknya helah untuk menghalang Sultan dari mendapatkan Puteri jelita tersebut. Setiakah Hang Tuah? (CERITA NI BELUM CONFIRM, TAPI INILAH YANG SAYA BACA DALAM
AKHBAR).
*Penggambaran bermula Januari 2003. Disasarkan tayangan pada Ogos
2003.

|