|
2001
22 Disember 2001
Putih mula ditayangkan pada 25 Oktober
lepas. Filem animasi ketiga selepas Silat Legenda dan Cheritera. Pengalaman pertama saya menonton animasi di layar perak. Boleh tahan walaupun ceritanya
kebanyakkan orang dah tahu, kisah Bawang Putih Bawang Merah. Mungkin lepas ni penerbit Putih boleh buat filem animasi yg lebih bagus ceritanya.. cerita yg orang belum
tahu. Filem Putih ni mungkin lebih sesuai untuk pasaran luar negara kerana cerita macam ni (dongeng rakyat) kalau Erra Fazira dan M. Nasir tidak menyumbangkan suara, entah berapa
sedikit orang yg mahu tonton di pawagam. Putih dah pun diedarkan dalam bentuk VCD. Satu perkara menarik yg saya terfikir: Erra Fazira berlakon sebagai Putih dalam filem
Putih. Ingat tak dulu Awie berlakon sebagai Merah dalam filem Merah? Secara kebetulan? M. Nasir pun ada dalam filem Merah, dan juga Putih. Lepas ni mungkin boleh buat filem Biru dan
kemudian Kuning barulah lengkap warna bendera Malaysia... hehe.
28 Mac 2001
PUTIH (animasi) - arahan Rashid Sibir (pengarah harapan 1995), terbitan Eurofine (Anaknya Sazali). Filem ni dah lama dibuat (sebelum Anaknya Sazali) tapi mengambil masa yang
lama kerana proses pembuatan yang rumit dan perlu membabitkan banyak para pelukis untuk proses melukis/animasi. Proses memasukkan suara/dialog dibuat terlebih
dahulu, kemudian baru dilukis menurut pergerakkan mulut pelakon tersebut (kalau tak silap proses terbalik ni pernah digunakan dalam animasi Hollywood, Mulan). Kisahnya berdasarkan
cerita dongeng rakyat, Bawang Putih Bawang Merah... ada ibu tiri, kakak tiri yang jahat/kejam, putera raja, pohon beringin dll. Pelakon utama (suara): Erra Fazira (Putih), M. Nasir
(Putera Raja), Wan Maimunah, Raja Azura, Jalaluddin Hassan (ya, Jalal berlakon filem animasi.. kita tak perlu menonton wajahnya) dan lain-lain. Tayangan dijangka bulan Mei
(siapa yg terlepas peluang menonton filem animasi pertama Silat Legenda 1998, ini peluang
anda).


|