|
2005
21
September
2005
Macam mana la agaknya nasib
Qaisy & Laila dlm FFAP50 nanti? Di sini ada
pendapat yg suruh dibuat sambungan filem tu. Bukan semua orang tak suka filem tu
tau... Jangan main tuduh-tuduh. Sama-samalah kita tunggu – Qaisy & Laila 2 atau
Soal Hati 3?
3 Ogos
2005
VCD ori keluar dak lagi?
Download trailer dia, lepas tu gerenti nak beli yg ori. Tapi lepas tengok
gerenti kutuk baik punya...
http://www.qaisylaila.com/media/qaisylaila_trailer.wmv
2 Julai
2005
Menonton di pawagam.

25 Jun
2005
Akan ditayangkan pada 30
Jun nanti. Laman web rasminya sudah pun
dilancarkan...
http://www.qaisylaila.com
2004
7 April
2004
DALAM PEMBIKINAN - akhirnya
filem ini menjadi kenyataan setelah tertangguh beberapa lama (tidak selama Pasir
Salak, OKlah tu). Tapi lama lah juga, hinggakan pelakon utamanya terpaksa
ditukar. Azri Iskandar yg sepatutnya bawa watak lelaki Afghanistan (Qaisy)
terpaksa melepaskan projek yg boleh juga dianggap besar ini setelah sebelum ini
dia terlepas watak Lt. Adnan (nasib baik Pontianak HSM dia dapat). Bukan kerana
kontroversi macam dulu, tapi kali ini Azri terlibat dalam projek lain. Tempat
Azri diambil alih oleh pelakon baru Jehan Miskin yg berlakon telefilem Dengan
Nama Cinta tak lama dulu. Heroinnya pun muka baru, Fazura (watak Laila) yg telah
berlakon Bicara Hati yg masih menunggu tayangan. Nampaknya projek terbaru
Serangkai Filem (Habsah Hassan) ini seakan semakin terkeluar langsung dari arus
populariti (Ellie Suriaty juga tak dapat turut serta). Bukanlah ia sesuatu yg
tak bagus, tapi ini memperlihatkan suatu usaha berani yg jarang muncul, tambahan
lagi dengan lokasi dan tema yg tidak lagi terkongkong (ya, sebelum ini pun ada
banyak filem yg shooting di luar, terbaru Mr. Cinderella 2 di N.Zealand, tapi
semuanya lebih kepada mengeksploitasi keindahan lokasi, berbanding keperluan
sebenar sesebuah cerita). Jadi, Q&L diharapkan menjadi sebuah filem yg bagus,
apa lagi setelah mendapat bantuan dana FINAS yg tidak kurang banyaknya juga (berapa
juta ye?). Hebat.
2003
23
September 2003
QAISY DAN LAILA - filem ni belum start shooting, tapi begitu menarik
untuk dihebahkan lebih awal. Penerbitnya Habsah Hassan, yg kali terakhir memberikan kita Soalnya Siapa.
Bila filem Q&L ni
diumumkan, memang saya respek habis sama beliau, sebab tak melupakan golongan penonton
yg 'satu lagi' juga. Bila Soal Hati dan Soalnya Siapa meletup di box-office, itu bukti yg penerbitnya telah berjaya
mendapatkan formula bagi menarik penonton. Penerbitnya boleh saja untuk terus menggunakan formula yg
sama, dan jadi 'aku kaya'... tapi, kesanggupan Habsah Hassan untuk kembali membuat filem 'bukan
komedi' memang patut di 'respek sama dia'. Walaupun filem ni belum jadi
kenyataan, tapi ramai yg berharap Q&L untuk menyaingi Hati Bukan Kristal.
Yang lebih membanggakan, penerbit sanggup
ambil risiko untuk shooting di Afghanistan (tak salah kalau ada yg kata "gila ka
apa"). Kiranya, memang tak ambil mudah. Memang serius, apalagi bila keadaan
tak mengizinkan macam sekarang, mereka terpaksa menunda penggambaran mungkin beberapa bulan lagi.
Harap filem ni akan jadi 'real'. Pelakon utama: Azri Iskandar (pemuda Afghan), sorang heroin baru, dan juga ada Ellie Suriaty.
Pengarahnya Raja Ahmad Alauddin. Ceritanya? Hmm.. takkan macam laila majnun?
Tapi.. yg hampir pasti, latar cerita dan
konflik dalam Q&L ini mungkin akan jadi kekuatan utamanya, selain lakonan dan
arahan.
[teringat filem Selubung, set Beirut rekaan
Nasir Jani tu best kan? macam real jer walaupun shooting kat sini. tapi, untuk babak pendek cam tu boleh lah buat. Q&L
ni, 80% suasananya berlatarkan Afghan, mampus nak buat]

|