[PROMOSI] - RABUN


2005

3 Ogos 2005
Lepas Sepet gempak kat wayang, baru GBSB berminat nak buat VCD. Siap print poster Sepet kat cover VCD Rabun ni. Dasar mengambil kesempatan :) Tapi, OK lar sebab tak potong, ada scene mandi-mandian berkemban.
http://www.mhzfilm.com.my/feature.html


2004

18 Februari 2004
RABUN - saya tak tahu pun hari tu Rabun akan ditayangkan. Saya dah kurang tengok TV sekarang ni. Masa makan malam je tengok TV. Jadi, hari Sabtu 10.30 malam saya On TV. Saya tahu masa tu Cerekarama. Tapi Cerekarama hari tu begitu sungguh tidak cerekarama. Sebenarnya saya sudah bertahun tak tengok cerekarama. Jadi, saya macam pelik - cerita apa ni? Akhirnya teringat pada Rabun. Bila muncul Kartina Aziz berborak dengan mamat Cina tu, memang confirm ini Rabun. Saya rasa ramai penonton setia cerekarama tak boleh terima Rabun - stail dan teknik yg digunakan memang sesuatu yg baru dalam mana-mana telefilem tempatan. Memang mulanya siapa pun akan rimas dengan kameranya yg statik - itu yg paling ketara. Teknik bercerita yg memerlukan penonton berfikir juga suatu yg bagus (sudah tentu ada penonton tak dapat terima cara ini, mereka mahu setiap satu perbuatan diperjelaskan). Rasanya adegan Mak Inom 'membelasah' Yem yg paling ramai orang komplen - kerana 'membelasah' itu tidak ditunjukkan. Banyak juga lagi yg tak ditunjukkan tapi perlu difikirkan. Dari segi kualiti penerbitan, memang Rabun No. 1. Lakonan pula memang menjadi. Cuma, dari segi cerita - ia bukanlah sesuatu yg 'hebat' sangat untuk di'filem'kan - walaupun hasil telefilem ini kelihatan seperti filem. Mungkin faktor tersebut juga menyebabkan penerbitnya tidak jadi menayangkannya di pawagam. Ceritanya ditulis untuk TV, jadilah ia sebuah telefilem - walaupun Rabun sebenarnya dipertandingkan di festival filem luarnegara sebagai sebuah filem - tapi di Malaysia ia sesuatu yg lain. Mungkin Rabun dapat bertanding dalam Festival Filem Malaysia (kategori telefilem) atau Anugerah Skrin TV3 nanti.


2003

24 Disember 2003
RABUN - ada yg tanya saya kenapa tak senaraikan tajuk ni dalam filemkita.com. Saya kata tunggu tajuk ni keluar di tanahair dulu. Kita tengok dia nak keluar dari kaca TV atau dia nak terpancar di layar putih (perak)? Kita tengok nanti. Lepas tu baru boleh senarai sama ada dalam kategori Telefilem atau Filem Cereka. [kalau terus ke VCD, rugi woo..].

30 September 2003
RABUN - entah apalah yang terjadi pada Rabun ni? Baru je diumumkan (Beritaharian) untuk siar dalam Cerekarama, esoknya Utusan pula keluar cerita yg penerbitnya, TV3 nak jual hak tayangan kat pawagam. OK juga la kalau nak siar kat pawagam, tapi kalau setakat kat KL jer.. emm, macam mana ye? Maksudnya, apa motif TV3 ni? Diorang nak 'aku kaya' ke? Kalau pun tayangannya seluruh negara, boleh untung ke, selepas transfer jadi filem dan tambah dengan promosi dll?? Atau sebab telefilem ni dah dapat pengiktirafan, jadi diorang nak angkat taraf Rabun tu jadi filem betul, tak mau le setakat taraf telefilem? Atau... err, dari tak dapat apa-apa tayang free kat TV, lebih baik masuk pawagam, sebab macam mana pun, pada suatu hari nanti, ia tetap akan tayang di TV juga kan?, jadi buat untung dulu, dipasarkan dalam VCD ke apa ke, lepas dah lama, baru tayang di TV? Macam tu ke? Apa-apa sajalah.. Tapi tarikh 11 Oktober tu memang confirm bukan milik Rabun lagi, tambahan pula setelah ia dijemput ke sebuah lagi festival filem antarabangsa tidak lama lagi. Ini sepatutnya berita baik, memang berita baik... walaupun kita terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikannya.

23 September 2003
RABUN - telefilem yg semakin diperkatakan setelah ditayangkan di festival filem Singapura yg lepas. Sudah juga ditayangkan di KL baru-baru ni. Ramai yg angkat filem ni. Mesti bagus. Dibuat untuk slot Cerekarama, dan akhirnya akan muncul juga di TV3 pada 11 Oktober nanti. Nampaknya bukan filem saja berentap di pawagam, Rabun pula akan berentap dengan Anugerah Era. Yang mana satu, pilihan hati (mestilah Anugerah Era.. Rabun tak glamerrr, pelakon tua. Haha). Apahal pun, tengok jer lah filem ni.. dari pengarah iklan petronas tuuu. Apa? Tak mau tengok? Aku sepak kang!!!



www.filemkita.com © 1999-2005 khys