|
2005
21
September
2005
Dah pun ada komen awal
pasal Salon. Agaknya banyak lagi yg akan share rasa yg sama ni nanti...
"I may sound a bit harsh, tapi after dgr
filem mcm Salon (directed by Woo Ming Jin) nak kuar, I mean, c'mon la. Takde ke
filem/ citer yg potray successful women dlm industri lain, y'know, like
accounting ke, engineering ke, medicine ke, teaching profession ke (bukan mcm
cikgu cikgi Sembilu 2005, ok), government agencies ke? Apa ? Kehidupan diorang
tak mencabar ? Kalau buat filem panggung kosong ? Oh. Patut la…" - http://mamaikmal.blogspot.com
18
September
2005
Judul filem: SALON -
Mungkin ramai dah tahu pasal filem ni. Mungkin tak. Tahu takpe. Masa aku baru
tahu pasal filem ni, aku terfikir... 'Benda ni' dah mula nak jadi agaknya. Benda
ni? Maksud aku, kalau dua tiga tahun lepas 'filem-filem macam ni' akan terus
keluar dlm VCD jer. Sekarang ni filem VCD dah pun pupus. Jadi, aku rasa amat
bagus, syarikat2 besar macam Grand Brilliance ambil langkah pertama utk
tonjolkan filem2 yg kalau keluar dua tiga tahun lepas akan jadi produk VCD je,
tapi sekarang ni sudah pun diberi peluang main di layar perak. Maksud aku lagi,
filem VCD yg bagus macam Surat Untuk
Bulan tu (dan mungkin Neon), sebenarnya
terawal keluar je, jadi terlepas peluang macam ni. Mungkin juga masa tu produk
VCD masih laris dan penerbit tak nampak apa yg sepatutnya mereka nampak lebih
awal lagi. Kini, akan keluar tak lama lagi, filem berjudul Salon. Yang aku tahu,
ini filem bajet kecil, filem ni pun dibuat tanpa publisiti, mungkin satu dua
artikel je yg tulis. Apa pun, aku amat menantikan promosi filem ni yg mungkin
keluar di TV3 dan 8TV tak lama lagi, walaupun dlm hati aku dah pun terdetik 'takde
nama popular, penonton takkan pergi ramai2' ataupun 'ini sebuah lagi kes Gol &
Gincu, penonton luar bandar tak minat'. Aku rasa, macam aku betul jer, entah la
(ntah apa2 kan?). Apahal pun, jomlah promo filem ni reramai jom. Soundtrack akan
keluar tak lama lagi, Flop Poppy dan erm.. Boboy :) Tapi, website dah pun siap..
pergilah download wallpaper "Saya mahu lembu itu", cam best jek!!
http://www.salonthemovie.com

|