[VCD] - SARA


2001

14 September 2001
SARA.. walaupun ditayangkan di pawagam pada bulan Jun, VCDnya baru kini dikeluarkan. Sebelum ni, ASTRO (pengeluar filem SARA) menyiarkan SARA di saluran Astro Ria.. nak tarik pelanggan. VCD SARA panjangnya 2jam 13minit termasuk 25minit 'The Making of Sara'. Filem Sara biasa saja, tak banyak yg boleh diperkatakan. Sebagai arahan pertama Along, Sara tidak mengecewakan walaupun ceritanya kurang menarik. Mungkin janggal tengok Shamsul mempertahankan ke'serius'an wataknya. Diedarkan oleh Speedy Video (RM19.90).
**1/2

7 Julai 2001
Filem Sara sedang ditayangkan di pawagam mulai 28 Jun lalu. Lihat gambar-gambar menarik Sara di laman web promosi Radio Era...

24 Jun 2001
Filem Sara akan ditayangkan mulai 28 Jun ini (Khamis). Filem ini adalah arahan pertama Along Kamaruddin dengan pelakon utama Ida Nerina (sebagai Sara), Shamsul Ghau Ghau (watak serius bernama Manaf) dan Zahim Albakri. Filem komedi-romantik ini turut dilakonkan oleh para pelakon komedi dan juga beberapa pelakon baru.

The Making Of Sara telah ditayangkan di rangkaian ASTRO (filem ini terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd - anak syarikat Astro) dan akan ditayangkan di TV1 (RTM) pada hari Isnin 25 Jun 2001 jam 10.30 malam (selepas rancangan Gerak Khas). Filem Sara diedarkan di pawagam oleh Skop Productions/Yusof Haslam.

28 Mac 2001
SARA - arahan pertama Along Kamaluddin, terbitan Tayangan Unggul (anak syarikat Astro). Pelakon utamanya Ida Nerina (sebagai Sara), Shamsul Ghau Ghau (hero kampung) dan Zahim Albakri (hero bandar). Macam biasa Komedi Romantik... Sinopsis sudah di'update' di laman web. Pelakon baru: Siti Shahrizah (Eja - Roda Impian), Loloq (penulis lirik terkenal & penulis skrip Merah arahan M. Nasir), Zami Ismail (Pak Uda), dll. Tayangan bulan Mei (tiada tarikh rasmi).


2000

17 Oktober 2000
Sebuah lagi filem baru berjudul Sarah (ada disenaraikan dalam filemelayu) arahan Along Kamaruddin juga sedang dalam penggambaran. Baru terbaca dalam Berita Harian hari ini yang pelakon wanita utamanya ialah Ida Nerina! Filem ini terbitan Astro Shaw (filem kedua mereka selepas Nafas Cinta).



www.filemkita.com © 1999-2005 khys