[PROMOSI] - SEMBILU 2005


2004

20 Julai 2004
DALAM PEMBIKINAN - ada sesuatu yg lain kali ini, dari arahan Yusof Haslam. Ramai yg tahu Sembilu dan Sembilu II adalah filem paling laris setakat ini. Selepas itu muncul Tragedi Oktober yg merupakan Sembilu 3. Siri TV-nya yg bermula tahun ini adalah Sembilu 4. Dan sepatutnya lah filem ini menjadi Sembilu 5. OK, saya terima judul Sembilu 2005 ini, walaupun ia tiada kaitan dengan siri-siri sebelum ini. Tapi, Sembilu 2005 ini pun bukanlah tiada langsung kaitan dgn yg lepas-lepas, ada kaitan.. tetapi cuma dari segi pelakon. Mungkin mulut saya atau lebih tepat lagi keyboard saya masin (nanti jap nak rasa), kata-kata/tulisan "we want Awie" apasal entah akhirnya menjadi kenyataan (?). Masa pelancarannya, memang pun disahkan yg Awie akan muncul sebagai pelakon undangan. Hah, nujum pak belalang betul! Selain pelakon asal filem Sembilu, pelakon lainnya ialah dari siri TV-nya. Sayang sekali Yusof melupakan wakil Sembilu 3 nya (walaupun filem itu bukan arahan Haslam tetapi Kelana) iaitu Amy Mastura, dan memang agak terlambat rasanya untuk saya jerit "we want Amy" pula sekarang ini (adakah Yusof terlupa tentang 'kuasa' Amy, atau tak mahu dikatakan tamak?). Publisiti mengenai pelancaran Sembilu 2005 ini juga banyak menyebut tentang 'Filem Malaysia', iaitu sesuatu yg saya tak harap akan keluar dari publisiti sebuah filem Yusof Haslam. Nampaknya Yusof cuba untuk memberi sebuah kisah Malaysia? Ye ker? Sembilu 2005 dikatakan sebagai kisah percintaan gadis Melayu (Hetty Sarlene) dengan lelaki berbangsa Cina (Vincent). Ini membuatkan saya tertunggu-tunggu bagaimanakah 'Filem Malaysia' di tangan Yusof Haslam. Banyakkah perubahan yg akan dipaparkan nanti? Akan adakah lagu-lagu Cina? (haha). Semoga Yusof dapat membuktikan sesuatu melalui filem blockbuster 2005 ini. Rasanya tak mustahil dan mungkin juga tak susah untuk menjadikan ini sebagai Sembilu yg terbaik di antara semuanya. Mengenai watak lain, Erra akan membawakan watak guru (sekolah menengah?) di mana para remaja tersebut bersekolah (naik pangkat nampaknya Erra, dari asalnya guru tadika dalam GGP), Ziana pula membawakan watak kakak Hetty yg tak 'ngam' dengan adiknya (nampaknya Yusof kekal dengan trademark 'hubungan kakak & adik perempuannya' yg telah sekian lama diperjuangkannya :) OKlah tu... janji ada trademark, percaya dengan apa yg dia buat). Dan, Angeline Tan (Pi Mai Tang Tu) akan membawa watak ibu Vince. Heheh.

1 Jun 2004
Tentang pelakon2 baru dalam Sembilu 2005 termasuk bebudak Akademi Fantasia (AF) : Kalau banyak pelakon muka-muka baru memang bagus. Tapi.... bila dengar yg budak-budak AF tu yg akan berlakon, rasa macam tak best sangat. Sedangkan penyanyi lama yg jadi pelakon pun kita boleh nampak sangat yg mereka tu 'sedang berlakon', inikan pula penyanyi yg di'cipta' untuk jadi penyanyi - tak dapat bayangkan akan jadi macam mana nanti..

Kan lebih bagus kalau Yusof Haslam memilih para pelakon baru, adakan uji bakat (untuk kali pertama?), kemudian betul-betul pilih pelakon mengikut kesesuaian watak yg dia cipta, tanpa mengira penyanyi ke, model ke, popular ke, apa ke. Itulah saja cara untuk dapatkan lakonan yg meyakinkan.

Dalam komen saya tentang Gila-Gila Pengantin Remaja, saya dah pun 'buat lawak' mengenai apa yg saya bayangkan mengenai proses pemilihan pelakon dalam filem Yusof Haslam. Dulu lagi saya dah kata yg Yusof Haslam suka ambil jalan mudah. Salah satunya ialah dengan menggunakan nama-nama popular untuk mempopularkan filem dia. Muncul saja sesiapa yg popular, dialah dulu yg akan sambar. Tapi, saya senyum lebar kerana hingga kini Yusof Haslam tak berjaya, diulangi TAK BERJAYA untuk mendapatkan Siti Nurhaliza :)

31 Mei 2004
Ada orang tanya "kenapakah Awie tidak akan berlakon lagi untuk Yusof Haslam?" : Hmmm... kisah lama ni! Sudah lupa sebenarnya, tapi bila ditanya baru teringat semula.

Awie berlakon dengan Yusof Haslam kali terakhir dalam Bara (1999). 'Kekecohan' itu berlaku masa Yusof nak buat Pasrah (2000). Penulis mana entah yg sudah mengandaikan yg jalan cerita Pasrah tu mempunyai persamaan dengan kisah hidup Erra. Lepas tu ada pula yg kata filem tu 'berdasarkan kisah hidup Erra', kononnya lah. Mungkin juga ada persamaan sikit, itu pun mungkin kebetulan. Jadi, dari situlah Awie macam tak puas hati sikit dengan Yusof sebagai penulis cerita Pasrah tu (kerana kalaulah itu kisah Erra, bermakna melibatkan kisah Awie juga). Al-kisahnyaaa...

Lepas tu, semua orang pun dah tak suka Awie sebagai pelakon. Sebab tu saya kata kalaulah Awie tersenarai dalam Sembilu 2005 ini, mungkin ramai yg tak mahu sokong/tonton. Dan sebab itu juga saya cadangkan "We want Awie" sekadar untuk tengok reaksi penonton sekiranya ia benar-benar jadi kenyataan walaupun sekadar cameo. Macam mana agaknya? Beranikah Yusof? (muzik suspens)

30 Mei 2004
SEMBILU 2005 - Projek terbaru Yusof Haslam. Projek mega! Sempena ulangtahun ke-10 kejayaan Sembilu. Tak cukup dengan Siri TV, muncul pula filem yg masih menggunakan judul Sembilu yg bila difikirkan semula adalah sebuah judul yg aneh. Filem ini belum dilancarkan secara rasmi, tapi nama pelakon yg telah disebut ialah Erra Fazira dan Ziana Zain. Lengkapkah Sembilu tanpa Awie? Ya, Awie tak mungkin akan berlakon lagi dengan Yusof Haslam, mungkin juga kemunculannya bakal merosakkan sambutan penonton/peminat terhadap filem terbaru ini. Tapi, mungkinkah Awie boleh muncul sebagai cameo. Come on la Yusof, bagi chance la. "We want Awie!" (haha). Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yg Sembilu 2005 ini tiada kena-mengena jalan ceritanya dengan filem sebelum ini (mahu pun Siri TV nya?). Jadi, kenapa meneruskan judul yg sungguh mengelirukan ini. Ini sesuatu yg tak baik, cuba mengaut keuntungan dengan memberi gambaran yg ia adalah sambungan atau mempunyai kaitan dengan filem sebelumnya. Lain-lain pelakon pembantu terdiri daripada para penyanyi popular. Semua yg popular ada dalam filem ini. Yg tak popular jangan nak menyibuk. Tunggu tayangan filem ini tahun depan. 2005: pertembungan dua gergasi - Sembilu 2005 dan Puteri Gunung Ledang. Pecah box-office punya laa...



www.filemkita.com © 1999-2005 khys