[PAWAGAM] - SENARIO LAGI


2000

16 Julai 2000
Senario Lagi khabarnya telah menamatkan tayangan dengan kutipan tiket mencecah RM5 juta. Tahniah buat 'team' Senario Lagi terutamanya sutradara Aziz M. Osman!

20 Jun 2000
Sebab tak puas menonton kali pertama, saya menonton sekali lagi. Tak ramai penonton kali ini. Ada sekumpulan pelajar sekolah keturunan India, beruniform, turut sama bergelak ketawa dalam panggung...

14 Jun 2000
Filem Senario Lagi dilaporkan mencecah kutipan sebanyak RM3.8 juta pada awal minggu ini mengatasi kutipan filem Pasrah pada Januari lepas iaitu sebanyak RM3.2 juta. Senario Lagi telah ditayangkan selama 3 minggu dan mungkin bertahan beberapa minggu lagi untuk mengatasi rekod box-office Senario The Movie sebanyak RM5.4 juta - khys

1 Jun 2000
Filem Senario Lagi sedang ditayangkan di seluruh Malaysia sejak 25 Mei yang lalu. Setelah seminggu berlalu kutipannya masih belum diketahui umum. Namun begitu filem ini dijangka telah pun mencapai kutipan 'box-office' berikutan kebanyakan pawagam penuh sesak dengan peminat filem terutamanya pada hujung minggu yang lalu. Walaupun Senario Lagi terpaksa bersaing hebat dengan Shanghai Noon lakonan Jackie Chan tetapi promosi hebat yang dijalankan di bandar-bandar utama diharapkan dapat membantu menarik para peminat filem semua.

29 Mei 2000
Hari ini hari kelima tayangan. Hari Isnin yang bukanlah hari cuti umum, tapi penonton punyalah ramai walaupun tayangan sebelah tengahari. Dahsyat! Saya dapat tempat duduk barisan ketiga.. dari depan!!



www.filemkita.com © 1999-2005 khys