[PAWAGAM] - SEPET


2005

12 Oktober 2005
GSC blockbuster re-runs: Sekali lagi Sepet mengejutkan kita apabila dipilih oleh pawagam GSC untuk ditayangkan dlm program "blockbuster re-runs" mereka. Kebiasaannya filem2 yg dipilih ialah filem2 yg membuat keuntungan besar, contohnya boleh dilihat dlm senarai filem2 luar negara yg akan turut serta diulang tayang bersama-sama Sepet. Tahun lepas PGL menjadi pilihan GSC dan pada 2003 Laila Isabella diulang tayang. Tetapi tahun ini nampaknya GSC tidak memilih filem tempatan 'box-office' sebaliknya memilih sesuatu yg lebih berkualiti. Satu pilihan yg amat bagus dan wajar mendapat sokongan para penonton. Sesiapa yg belum pernah menonton Sepet di pawagam, inilah peluang anda utk menonton versi LPF yg hebat diperkatakan suatu masa dulu. Lagi pun tak elok menonton versi asal Sepet melalui VCD dlm bulan2 puasa begini. Pergilah menonton di pawagam kerana anda tak perlu melihat seluar dalam Pak Atan, paha putih Orked, mahupun mendengar perkataan2 lucah. Semuanya telah ditapis utk kebaikan anda dan keluarga2 mereka. Program "GSC blockbuster re-runs" selama 2 minggu ini akan bermula esok di pawagam2 terpilih. Sila semak jadual tayangan utk mengetahui tarikh, masa dan tempat di mana filem Sepet akan ditayangkan. Tiket RM5 jek! Senarai filem lain di...
link

21 September 2005
Anugerah ERA 05 (17 Sept) - Cuma nak bagi tahu pada siapa-siapa yg belum tahu. Pilihan pendengar/penonton yg paling banyak ialah utk filem Sepet. Tapi, rasanya patut juga umumkan kedudukan ranking 2-5, boleh juga buat kajian sikit pasal citarasa penonton ni.. sebab rasa macam pelik sikit la. Kalau tengok dari segi box-office, sebenarnya Sepet adalah yg paling sikit, maksudnya penonton Sepet di pawagam adalah paling sikit. Macam mana pula ramai penonton boleh undi Sepet ni? Adakah ramai pengundi ni semuanya penonton VCD saja ke? Jangan diorang ni undi saja tau, tapi sebenarnya tengok yg cetak rompak sudah la...

10 Mei 2005
Pasal DVD Sepet - Ini mesej Yasmin Ahmad dalam comment blog beliau:
sepet dvd already being sold all over singapore. got 'making of' video and trailer as special features summore.
yasmin | 05.08.05 - 12:41 pm | #

26 Februari 2005
Sebaik saja tamat menonton Chemman Chaalai, saya bergegas ke pawagam yg lain pula untuk menonton Sepet. Perjalanan agak jauh, setelah membeli tiket, saya pergi membasahkan tekak di luar bangunan. Seorang pakcik menegur, memberi salam. Sambil meneguk air saya menjawab perlahan. Tiba-tiba, "Eh, anak ni Cina ka?". Dalam hati saya, 'eh, eh.. pakcik ni', sambil tersenyum berkata "Melayu", dan dalam hati lagi, 'dah la nak pergi tengok Sepet ni, bila masa pulak mata aku jadi sepet, mungkin sebab lain kot'. Sebelum pakcik tu buka topik lain, saya terpaksa pergi kerana tayangan akan bermula. Dalam panggung, kelihatan penonton Melayu dan Cina, walaupun tak seberapa, tapi sudah cukup sebagai bukti yg filem ini menarik perhatian pelbagai bangsa, dan seorang penonton Cina di barisan hadapan saya nampaknya memang suka ketawa (dia sukakan filem ini kerana bila lampu dinyalakan di akhir filem, saya lihat dia berjalan keluar sambil tersenyum walaupun penamatnya sedih)
****

17 Februari 2005
Peluang menyaksikan tayangan perdana Sepet pada Selasa 22 Feb, minggu depan. Pas masuk terhad ditaja oleh Bata (kasut tu la.. bukan batu). Maklumat lanjut dlm mesej di...
[filemkita] Fwd: Jom SEPET Premiere!

26 Januari 2005
4 minggu lagi saja. So, aku pun pergi IMDb.com dan dapat beberapa benda nak share...

Recommendations: Mekanik (1983), Hanya Kawan (1997)
Di atas ini adalah 2 filem tempatan yg secara otomatiknya disyorkan oleh IMDb kepada sesiapa yg suka Sepet dan sebaliknya. Kalau anda suka Mekanik dan Hanya Kawan (macam saya), maka kemungkinan besar Sepet akan jadi filem kesukaan anda juga.

Plot Keywords: pop-culture, schoolgirl-romance, slum, unplanned-pregnancy, bazaar, cellphone, fast-food-restaurant, gangster, gunshot, housemaid, interracial-romance, middle-class, mixed-culture, motorcycle-accident, movie-fan, party, poetry-reading
Di atas ini adalah kata-kunci utk cerita dalam Sepet. Eh, ada eksiden motor?

References:
Ying huang boon sik (1986) - A Better Tomorrow (John Woo - pengarah)
Chong qing sen lin (1994) - Chungking Express (Wong Kar Wai)
Duo luo tian shi (1995) - Fallen Angels (Wong Kar Wai)
Tian mi mi (1996) - Comrades: Almost a Love Story (Peter Chan)

Di atas ini adalah filem2 yg menjadi rujukan atau mungkin juga sekadar disebut dalam Sepet. Semua cerita cina ni...

Gross: SGD 13,000 (Singapore) (27 October 2004)
Filem Sepet telah ditayangkan sepanjang bulan Oktober 2004 di Singapura. Di atas adalah kutipan kasar box-office. Kalau tukar RM jadilah berapa puluh ribu kot. Hmm.. ada harapan ni dapat beberapa ratus ribu RM kat Malaysia nanti. Tapi biarlah dapat RM1 juta kan, sebab apa, sebab kita nak tengok filem Yasmin Ahmad seterusnya menjadi kenyataan walaupun masih belum menonton Sepet ini.

*ok-lah, maklumat2 terbaru akan ditambah lagi kalau ada nanti..

25 Januari 2005
AKAN DITAYANGKAN - 24 Februari. Akhirnya filem ini akan menemui penonton. Penonton yg ramai - itupun kalau pasukan pemasarannya melakukan tugas dengan cemerlang. Sedar atau tidak, walaupun filem ini sudah menjadi buah mulut para peminat filem (yg betul2 minat filem), dan menjadi kesayangan festival2 filem antarabangsa, begitu juga sudah pun menemui penonton umum di Singapura, namun Sepet sebenarnya masih begitu jauh daripada pengetahuan para peminat filem di Malaysia, terutama peminat filem hiburan, yg mana sehingga kini adalah merupakan penyumbang besar kepada box-office pawagam di seluruh negara. Penonton yg kebiasaannya menonton filem tempatan secara beramai-ramai dan berkali-kali sebenarnya masih belum mengenali Sepet. Ya, 'masih belum' wahai penerbit/pemasar/pengedar filem sekalian. Masanya sudah seakan suntuk dan banyak juga masa telah terbuang melayani 'publisiti percuma' berkaitan masalah dengan Lembaga Penapisan Filem baru-baru ini. Kini saya terfikir bagaimanakah pula dengan promosi (sebenar) filem ini? Ya, laman web rasminya sudah lama wujud, semua orang yg pandai internet sudah pun melihat trailernya (tapi, yg sebenarnya laman web itu tujuannya lebih kepada mempromosi filem utk festival antarabangsa). Jadi, saya kini ternanti-nantikan bentuk promosi yg akan muncul, kalau boleh biarlah secara menyeluruh kerana semua orang perlu tahu. Rancangan 'The Making Of' sudah hampir menjadi kewajiban kini - mengambil kira 'budaya menonton tv' yg telah bertapak kukuh. Promosi jelajah pawagam juga agak popular, pasti mendapat sambutan dan terbukti boleh menarik penonton secara langsung (juga mempunyai kaitan dgn 'budaya shopping kompleks') - keajaiban hebahan mulut terdapat dgn cara tersebut, namun kos dan tajaan yg besar begitu diperlukan. Selebihnya, biarlah pakar pemasaran filem memikirkannya. Cuma ada satu lagi teknik promosi yg sekiranya berjaya dilakukan, akan membuktikan yg pemasaran filem itu telah berjaya sampai ke kemuncaknya, satu bentuk promosi yg atas sebab tertentu tidak diguna pakai oleh PGL (mungkin juga secara kebetulan, PGL gagal mendapat pulangan, tapi mereka yg kaya memang tak perlukan cara ini). Mahu tahu caranya? Sharifah Amani & Ng Choo Seong, dua pelakon utama Sepet, hero dan heroinnya, utk mempromosikan filem ini cuma perlu tampil sebagai cover majalah URTV! Hahaha.... serius ni. Gerenti boom!! Secara tiba2, yg tak tahu terus tahu, dan "Jom tengok Sepet" mungkin akan jadi kenyataan. Kalau nak fikir secara realistik, itulah dia. Yang penting, biar seberapa ramai orang tahu kemunculan Sepet (suratkhabar, budak2 muda tak baca ok. itulah rahsia DY Haslam)


2004

15 Oktober 2004
Tak dapat tengok filemnya, tengok trailer pun jadilah! Trailer filem dalam format QuickTime ini panjangnya 1 minit dan bersaiz 30MB!! (right-click and save as)
http://www.sepet.com.my/trailer/sepet_320_240.mov

2 September 2004
DOWNLOAD: Poster original filem Sepet - tak dapat disiarkan di laman web kerana agak besar. Rugi juga kalau tak dikongsi bersama. Poster ini diberi oleh pengendali blog ulasan filem Skrin (http://mahhass.blogspot.com) yang telah mendapatkannya daripada pengarah Yasmin Ahmad.
http://groups.yahoo.com/group/filemkita/files/Sepet.jpg

30 Jun 2004
AKAN DITAYANGKAN - 9 September. Tarikh ini ditetapkan untuk tayangan di Singapura sahaja. Nampaknya orang luar begitu berminat dengan kisah Sepet ini. Apa agaknya yg menarik perhatian mereka? Mungkinkah kredibiliti Yasmin Ahmad atau sememangnya cerita sebegini mempunyai pasaran yg luas di sana? Penonton Malaysia pasti tak sabar menanti Sepet, tambahan lagi sekiranya tayangan di Singapura nanti mendapat sambutan ramai.

30 Mei 2004
Filem ini yg sasarkan tayangan pada September juga nampaknya macam terpaksa ditunda, kerana jadual tayangan hampir penuh. Atau mungkinkah berulang tayangan 5 filem dalam sebulan yg kecoh seperti tahun lepas itu. Saya harap filem ini ditayangkan dalam tahun ini juga. Mungkin hujung tahun waktu yg sesuai.

19 Mei 2004
"Sepet, dunia impian Yasmin" oleh Noor Azam Shairi. Diterbitkan oleh Mingguan Malaysia pada 11 April 2004. Artikel ini tiada dalam Utusan Online. Klik gambar di bawah untuk download imej (saiz: 842KB)

 

7 April 2004
Lama dulu, dah pernah dengar tajuk ini yg dikatakan akan difilemkan. Tapi, itulah saja, cuma judulnya. Tak tahu apa benda lain yg berkaitan dengan tajuk ini. Akhirnya keluar cerita tentang penyanyi/pelakon yg 'tidak boleh dipopularkan' - Adibah Noor, yg dikatakan telah berlakon watak tambahan dalam filem Sepet ini. Nama-nama lain yg disebut sebagai pelakon ialah Harith Iskandar dan Ida Nerina. Paling tidak dijangka ialah pengarahnya - Yasmin Ahmad (Rabun). Bukan sebab apa, tak jangka itu hanya kerana tak nampak mana-mana penerbit yg 'gila box-office', yg aktif sekarang ini, yg mahu memberi peluang kepada pembikin filem seperti Yasmin Ahmad ini. Rupa-rupanya Grand Brilliance masih ada sedikit perasaan dan mahu untuk 'melabur' (mengeluarkan modal tanpa mengharapkan keuntungan?) untuk sebuah lagi filem yg bukan senario. Saya tak tahu kisah lanjut cerita Sepet ini, tapi ia pasti tak dapat lari dari kisah 'perwatakan manusia' dan 'perasaan mereka' (sepertimana Rabun - ?). Tunggu jer lah filem ini keluar nanti. Cadangan tayangannya pada tahun ini juga. Judulnya -Sepet- bagi saya agak 'membuka MATA' (berani), seperti mana kaitan MATA terhadap perkataan sepet (malah rabun) itu sendiri. Ada 2 URL berkaitan Sepet...

http://apadia.blogspot.com/2004_03_14_apadia_archive.html
[ada ulasan mengenai tayangan percubaan Sepet. Mungkin penulisnya sudah pun memaklumkan perkara-perkara yg dirasakan kekurangan kepada pembikin filem Sepet ini untuk dimantapkan sebelum tayangan sebenar nanti. Jadi, yg tinggal untuk dibaca disini semuanya yg elok-elok sahaja]

http://gambar.blogspot.com/2004_03_14_gambar_archive.html
[gambar-gambar berkaitan filem Sepet dan tayangan percubaannya]



www.filemkita.com © 1999-2005 khys