|
2001
14 Jun 2001
Seri Dewi Malam telah tamat tayangannya di tempat saya lebih seminggu yg lepas, selepas cuma 14 hari
ditayangkan (mungkin ada tempat lain yg ditamatkan tayangannya lebih awal kerana kekurangan
penonton. Mujur ada Skim Wajib Tayang yg memaksa pihak pawagam menayangkan filem melayu
sekurang-kurangnya seminggu sekalipun tiada penonton). Saya berkesempatan menonton Seri Dewi Malam
pada hari terakhir, hari Rabu.. hari ke 14. Tiket RM4.00, penonton lebih 20 orang. Pada pendapat
saya, 1 jam pertama filem ini kurang menarik, tiada apa yg istimewa... malahan babak 'jatuh dari menara' juga tidak
memberi kesan cemas yg sepatutnya, begitu juga sehingga babak 'melarikan Seri dari hospital' juga kurang
berkesan (mungkin penulis cerita sengaja menyimpan bahagian2 yg menarik utk akhir cerita agar lebih
saspen atau sememangnya tiada idea). Saya rasa ceritanya mula menarik sebaik saja Azri dan Izad keluar
mencari antibiotik untuk Seri, sehinggalah Izad kemalangan dan kemudian Dewi
'mendengar' ucapan terakhir adiknya Izad. Adegan kematian Izad dibuat dengan bekesan sekali, kemudian muncullah adegan2
ilusi menggunakan teknik CGI yg rasanya satu lagi pencapaian terbaik filem tempatan walaupun tidak
setaraf Hollywood. Harap2 VCD yg bakal keluar nanti ada The Making of Seri Dewi Malam
(macam Gerak Khas The Movie tu.. 3 disc) sebab saya terlepas menontonnya di TV3 pada 25 Mei lepas... Saya rasa
penonton tentu berminat melihat bagaimana adegan2 menarik tersebut
dilakukan... bukannya seperti The Making of GKTM yg tiada apa hendak diperlihatkan selain mengajak penonton membanjiri
pawagam.

28 Mei 2001
Seri Dewi Malam sedang ditayangkan mulai 24 Mei lalu. Suatu percubaan berani oleh Aziz M. Osman kerana filem dengan unsur-unsur mistik seperti Seri Dewi Malam ini
jarang dibuat dan sekiranya ada, filem sebegini tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Mungkin pendapat ini salah. Mungkinkah penonton di Malaysia sudah bosan
dengan filem komedi romantik lalu memberi perhatian pada filem yang agak berat pengisiannya?
Atau sememangnya Seri Dewi Malam ditujukan pada kelompok kecil
penonton filem dan bersedia menanggung risiko kerugian? Tahniah atas keberanian dan keyakinan pembikin filem Seri Dewi
Malam.
28 Mac 2001
SERI DEWI MALAM - arahan dan skrip Aziz M. Osman. Mesti tonton kerana Aziz muncul dengan genre drama misteri yang lain dari yang lain (saya sentiasa berharap suatu hari
nanti akan muncul filem-filem yang simple tetapi penuh dengan kejutan dan saspen seperti The Sixth Sense atau yg serupa dengannya.
Mungkin ini bukan filemnya. Mungkin masih
terlalu awal, tapi siapa tahu..). Kisahnya tentang kuasa psikik seorang gadis buta yang dapat menyelami hati seorang wanita yang sedang koma. Suami kepada wanita koma jatuh
hati pada gadis buta tersebut. Ada unsur cinta 3 segi tapi dalam bentuk yang berbeza serta diadun dengan unsur tragedi. Pelakon utama: Hairie Othman (dia lagi? sejak Puteri
Impian, dia asyik berlakon dengan Aziz saja kan). Pelakon baru: Jeslina Hashim (ganti Amy Mastura sebagai gadis buta - Dewi), Maya Karin (pengacara TV belakon sebagai wanita
koma), Danny (penyanyi X-Factor sbg adik Dewi). Pelakon yg dah lama menghilang: Ahmad Tarmimi, Redzuan Hashim, Jasmine Deo (Black Widow), Shukery
Hashim. Lain-lain pelakon: Khatijah Tan (Soal Hati) dan Rashidi Ishak (Moon). Mesti tonton Mei ini (mungkin
Jun?)

2000
25 November 2000
Filem ni dah habis shooting, sekarang mungkin tengah dubbing
kot? Akan ditayangkan tahun
depan, 2001. Gambar-gambar yang dikepilkan di sini dipetik daripada Majalah RTM.
Buat masa sekarang belum di'update' ke dalam website, tapi disimpan sementara dalam eGroups khas untuk ahli
eGroups filemelayu sahaja (sila login di eGroups.com dan masuk menu Files).
20 November 2000
Khas untuk ahli eGroups filemelayu, nantikan gambar-gambar dari filem Seri Dewi Malam (arahan Aziz M. Osman). Akan dihantar dalam minggu ini.

|