[VCD] - SH3


2005

25 Januari 2005
Ada ulasan yg tidak menyenangi judul filem ini. Memang judul ini secara mudah berjaya mengelirukan kebanyakan penonton. Kalau tidak dibantu oleh posternya yg menggambarkan isi kandungan filem ini, mungkin filem ini tidak akan ada langsung penontonnya. SH3 adalah untuk Skateboard, Handphone dan Hip Hop - kesemuanya lambang muda-mudi kota masa kini. Jadi, apa sebenarnya masalah filem ini bila ia tidak menggunakan sepenuhnya elemen popular tersebut? Masalah utamanya ialah pada skrip. Saya sebenarnya agak simpati kepada para pelakon yg tidak menyedari bahawa skrip filem ini belum cukup layak utk difilemkan. Ada banyak pelakon2 baru, malah ada yg mencuba sedaya upaya, walaupun ada juga yg tidak berjaya. Mereka semua berlakon utk sebuah cerita yg tak tentu arah dan tujuannya. Mungkin filem ini telah jadi satu latihan yg berbaloi utk mereka, tapi malangnya kepada penerbit yg harus menanggung kerugian yg begitu besar. Filem ini bermula dengan paparan aksi skateboard yg menjadi kegilaan remaja lelaki. Seterusnya kisah kehidupan para pelajar, yg ke sana ke mari, agak sukar difahami pergerakan mereka. Muncul dalam pakaian yg berimej hip hop, ada pertandingan skateboard, dan utk beberapa kali menunjukkan penggunaan handphone. Filem ini tiada arah tujuan. Kemudian ada cubaan utk menunjukkan hubungan cinta remaja - Khairul dan Nelly, yg sebenarnya sesungguh-sungguhnya tiada apa2 hubungan. Dan paling menyedihkan bila saya telah terlupa bagaimana penamat filem ini. Kenapa tidak diberi perhatian saja kepada elemen popular skateboard, handphone dan hip hop itu secara semaksimum mungkin? Bagaimanakah elemen popular itu mempengaruhi remaja kini, dan apa kesannya? Cuma aksi skateboard sahaja diberi sedikit perhatian, walaupun tanpa sebarang penjelasan lanjut mengenai minat Khairul terhadap skateboard dan kesannya terhadap kehidupannya sebagai pelajar. Adakah dia sekadar menjadi pengikut, apa perlunya hero filem ini meminati skateboard. Seterusnya penggunaan handphone di kalangan remaja patut ditonjolkan kepentingannya, bagaimana ia mempengaruhi cerita ini. Dan akhir sekali, hip hop dalam filem ini sekadar melengkapkan gaya, dan bagi membolehkan penampilan kumpulan Ruffedge sebagai sebahagian pelakon. Ia menggambarkan seolah-olah hip hop itu sememangnya berasal dari sini dan bukanlah satu budaya asing yg entah bagaimana boleh menyerap ke dalam kehidupan remaja. Saya cuma berharap filem ini akan dapat menjelaskan serba sedikit mengenai kekeliruan identiti para remaja kita. Malangnya dalam SH3, kekeliruan itu telah menjadi semakin rumit. Sekiranya filem ini mewakili sudut pandangan orang dewasa terhadap remaja, maka mereka gagal, kerana mereka cuma melihat ia dari sudut yg ingin mereka lihat sahaja, dan lebih teruk lagi sekiranya mereka berharap itulah juga yg sepatutnya penonton lain lihat semata-mata.
1/2 (setengah bintang)


2004

30 November 2004
AKAN DITAYANGKAN - 2 Disember. Bermula Khamis ini. Filem ini tidak lagi menggunakan judul Shhh! The Movie, sebaliknya cuma SH3, tindakan yg amat berpatutan dan mungkin juga boleh menarik perhatian. Saya bercadang menonton SH3 di pawagam hujung minggu ini setelah lebih 2 bulan tidak berpeluang ke sana. Ini adalah filem kisah remaja yg ke-5 utk tahun ini. Mungkin saya patut beri peluang walaupun 4 filem remaja sebelum ini semuanya kurang menarik perhatian saya (semuanya sekadar lebih kurang 1 bintang). Saya gemar melihat idea2 baru dan mungkin juga filem ini dapat memberi apa yg saya harapkan. Mungkin. Turut tidak menghampakan ialah trailer filemnya. Bolehlah, walaupun jalan ceritanya tiada apa yg boleh dibanggakan. Pelakon muka2 baru pula mungkin memberi sedikit warna kepada filem ini nanti walaupun mereka juga tidak mustahil boleh menjahanamkan filem ini. Kita tengok saja nanti. Lihat trailer di laman web...
http://www.sh3movie.com

20 Julai 2004
Sasaran tayangan pada bulan Julai hampir tidak akan jadi kenyataan. Laman web rasmi juga takde langsung perkembangan, sekurang-kurangnya sinopsis atau apa saja. Apa masalah filem ni? Penerbit baru banyak masalah sebegini, macam Black Maria dulu. Kenapa? Mungkin mereka ini betul2 cuma 'bikin filem', dan melupakan 'tayang filem'?

30 Mei 2004
SH3 - filem ini mensasarkan tayangan pada Julai. Tapi, ia belum disahkan oleh Finas. Takkanlah filem ini juga bermasalah dengan LPF seperti Buai Laju-Laju? Mungkin ada masalah lain. Bulan Julai adalah bulan yg sukar untuk sebuah filem tempatan. Cuma filem Erra-Yusry mampu berjuang. Tapi SH3 (Shhh... The Movie) ini pun apa kurangnya, ada bintang Hip Hop / Skateboard, juga ada Fasha Sandha (ya, mungkin penerbitnya agak gusar dengan berita terbaru pelakon ini. Sekiranya Berlari Ke Langit OK, SH3 tak perlu risau. Tapi BKL pasti OK hanya kerana Rosyam, bukan Fasha). Jadi kita tunggulah apa strategi filem ini. Laman web nya sudah ada tapi belum siap. Perhatikan seorang pelakon wanita yg membawakan watak Mawar (klasiknya nama!).
http://www.sh3movie.com

2 Mac 2004
Betul ke filem ni akan ditayangkan Mei ini? Masih belum dapat dipastikan. Baru-baru ni dalam 8TV ada video muzik terbaru nyanyian Ruffedge berjudul Ridin' yg turut memuatkan petikan filem ini. Walaupun siaran kurang jelas, daripada apa yg dipaparkan, nampaknya filem ni memang 100% menampilkan kehidupan remaja kota. Tak dapat dikomen lebih lanjut, sebab adegan2 yg ditayang semuanya dipilih mengikut kesesuaian dengan lagunya. Tapi, ada satu adegan 'jatuh kolam' (?) yg rasanya memang jadi adegan wajib kot dalam mana-mana filem remaja (atau komedi)? Kita tunggu dan lihat sama ada filem ini ada isi (cerita) atau cuma mahu menghiburkan.


2003

3 September 2003
SHHH...! THE MOVIE (SH3) - filem remaja terkini. Remaja kota. Remaja hip hop!! Yo. Judul yang pelik - huruf H tu kena ada tiga, jangan silap. S(kateboard), H(andphone), H(ip), H(op) - tu dia. Arahan pertama pengarah telefilem Zek Zukry. Produser yang baru, dengan pelakon semuanya muka baru kecuali Fasha Sandha yang dah berlakon sebelum ni. Kalau dipasarkan dengan betul, filem ni akan dapat perhatian ramai remaja. Tengoklah nanti. Jalan cerita mudah, berlegar di sekitar SHHH. Nampaknya ini pertama kali gaya hidup bebudak hip hop akan difilemkan. Sebelum ni yang banyak pop, disko, juga ada rock, tak ketinggalan dangdut dan underground. Nampaknya penerbit dah pandai mencari pasaran, bukan lagi memberi apa yang dah terbukti diterima ramai. OKlah tu.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys