[PAWAGAM] - SYUKUR 21


2001

21 Januari 2001
Syukur 21, walaupun telah mencapai kutipan RM1 juta tetapi masih dianggap gagal menarik para penonton. Filem seperti Pasrah dan Senario Lagi mampu membuat kutipan jauh lebih besar dengan masing-masing mendapat lebih RM3 juta dan RM5 juta. Bagaimanapun harus diakui Syukur 21 kurang menarik dari segi ceritanya (tambahan pula tiada unsur popular), cuma sistem bunyi yang hebat berjaya mencuri hati penonton. Sememangnya kita harus berbangga dengan kejayaan ini. Bayangkan menonton filem Melayu di pawagam dengan sistem bunyi hebat, memang seronok (walaupun cuma dengan 6 orang penonton!)
****1/2

1 Januari 2001
Filem Melayu terakhir yang ditayangkan dalam abad ke-20, Syukur 21 mula ditayangkan di Malaysia pada 27/12/2000. Tayangan di Indonesia bermula seminggu lebih awal. Syukur 21 juga sedang ditayangkan di Singapura dan Brunei.

The Making of Syukur 21 telah pun ditayangkan di TV3 dan TV1. Filem ni nampaknya memang menarik terutama dari segi kualiti gambar dan juga kesan khasnya (special effects). Peluang menonton di layar perak memang tak patut dilepaskan kerana filem ni juga menggunakan teknologi bunyi SDDS (pastikan pawagam yang menyokong sistem bunyi canggih ni... bukan selalu ada penerbit yang sanggup keluar berjuta RM untuk dapatkan kualiti antarabangsa macam ni, tak perlulah tunggu VCD keluar. Peluang ni mungkin hanya muncul sekali sahaja. Tetapi agak menghairankan juga kerana promosi terlalu lembab, hampir tiada, selain iklan di TV yang muncul sekali sekala.. Dah hampir seminggu Syukur 21 ditayangkan, cuti sekolah pun dah nak habis. Adakah penerbitnya terlalu yakin? Dengan modal RM3.5 juta??)


2000

23 Disember 2000
Filem Syukur 21 sedang ditayangkan di Indonesia dan akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada hari raya pertama.

17 Disember 2000
Syukur 21 akan ditayangkan pada Hari Raya pertama. Sesiapa yang ingin menonton petikan filem ini boleh menonton rancangan klip video di NTV7 yang menyiarkan lagu tema filem Syukur 21 berjudul Iktiraf nyanyian Raihan dan Yassin.

6 November 2000
Nampaknya cuma ada sebuah sahaja lagi filem Melayu untuk ditayangkan tahun ini iaitu Syukur 21 (pada Disember nanti). Jumlah filem tahun ini nampaknya sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak (atau sedikit?) 7 buah sahaja. Kebanyakkannya filem komedi (ringan). Semoga Syukur 21 bakal memberikan sesuatu..



www.filemkita.com © 1999-2005 khys