|
2005
3 Ogos
2005
AKAN DITAYANGKAN 2006: Hmm,
macam kurang gempak je tahun depan ni. Mungkin sebab Yusof Haslam, Aziz M. Osman
dan Razak Mohaideen dah stop bikin filem. Tu yg macam mendung semacam je nanti...
Yg macam menarik dan mungkin menyelamatkan keadaan pun ialah
Diva Popular (Erma Fatima). Mamat
Khalid pun ada satu lagi filem, Man Laksa,
tapi tu la.. faktor gempak tu takde langsung!
Yg ada harapan tinggi pun mungkin dari generasi baru la. Dah ramai tunggu
Gubra (Yasmin Ahmad),
Puaka Tebing Biru (Osman
Ali), Susuk (Amir Muhammad/Naeim Ghalili)
dan Gong (Sandosh Kesavan). So, ada
harapan juga laa tahun depan. Tak dilupakan arahan pertama penulis skrip Syed
Azidi, terbitan Nizarman, judul awalnya
Persona Non Grata
(skrip mungkin gempak la, tapi arahannya hmm.. susah nak kata). Lagi best kalau
Rain Dogs (Ho Yuhang) dapat release kat Malaysia.
Selain tu, ada beberapa filem komedi kecil akan menyelit di sana-sini, utk
melengkapkan slot tayangan je la kot. Contohnya
Salah Bapak (Badul), memang dah
tahu nasib dia.
Last sekali, mungkin tahun depan juga akan muncul filem low profile gandingan
Bade-Rosyam, judul Bilut, kisah drama.
So, macam ok la.. dah tak banyak filem2 merapu, merepek, gila-gila,
gempak-gempak semua tuh. Memang kita sebagai penonton wayang akan dianggap
bertuah dapat tonton filem2 yg disebutkan sebagai tak gempak tuh. Tak le macam
tahun ni dgn segala Sembilu 2005nya, Pontianak Menjeritnya, Cinta Fotokopinya,
Lady Bossnya, GK3nya dan TOTOnya. Macam gempak sangatlah kononnya kan?
Jadi, memang tahun depan semuanya akan tak gempak punya. Semuanya dah macam lain
dah kot. Tak tahulah pula kalau2 tiba2 muncul filem2 Yusof Haslam, Aziz M. Osman
dan Razak Mohaideen. Masa tu mungkin matahari akan menyinar semula dan filem
kita akan kembali gempak? Hmm.. saja jer. Fikir2 sekejap.
AKAN DATANG 2007?
http://www.mff.com.my/spfc.htm
Tengok senarai tu. KRU pun dah dapat dana nak buat filem! Dahsyat tuu..
Malaysian Snow (Uniti Films) tu pulak projek Mansor Puteh. Pergh! Biar betul ni...
apa maksud dia Dana 12 juta? Tapi, Misi: 1511 tu macam menarik giler je..
Entahlah kan..
25
Januari 2005
2004 adalah tahun kebangkitan filem Malaysia. Bangkit dari segi
kuantiti, kualiti, semangat, kejayaan di luar negara, sokongan penonton, penonjolan teknologi dll. Dari segi kualiti, peningkatannya
mungkin boleh dipertikaikan kerana masih banyak penerbit/karyawan yg masih mahu kekal dan juga selesa berkarya dalam gaya lama tanpa
mempedulikan masa yg bergerak pantas meninggalkan mereka. Malah semuanya itu mungkin juga berpunca dari kualiti penonton itu sendiri,
citarasa mereka yg masih tidak jemu2 dgn hidangan yg sama. Walau bagaimanapun secara
umumnya kita dapat saksikan peningkatan kualiti dalam hampir kebanyakan filem, dan sekiranya kita berjaya utk tidak
menghiraukan kehadiran filem2 yg terlalu rendah mutunya, maka filem2 2004 bolehlah
utk dibanggakan walaupun masih tidak bertaraf antarabangsa. 2004 sebenarnya menyaksikan kehadiran banyak filem yg
bukan komedi. Terdapat 6 buah filem bercorak seram/misteri/thriller! (Trauma, Di
Ambang Misteri, Pontianak HSM, Makar, Visits, 7 Perhentian - kebanyakannya mendapat sambutan ramai). Selain itu ada
filem2 drama yg bagus seperti Berlari Ke Langit, PGL dan Buai Laju-Laju yg kesemuanya
memberi kepuasan terhadap para penontonnya. Itu semuanya bagaikan satu saingan terhadap filem2 komedi yg selama ini
mendapat sambutan hebat walaupun agak ketinggalan dari segi kualiti. Mungkinkah itu satu
petanda bahawa masanya sudah tiba utk melahirkan lebih banyak filem2 komedi yg bermutu pula.
Selain banyak kejayaan yg dicapai di luar negara, tambahan pula usaha tidak putus2 dari arena filem independen tempatan (termasuk banyak
filem pendek yg mendapat perhatian antarabangsa), filem Malaysia secara keseluruhannya sudah mula membuka tangan menerima teknologi2
baru terutamanya video digital. Bukan hanya karyawan independen yg gigih menyokong teknologi baru ini, tapi filem2 seperti Makar, Di
Ambang Misteri dan Pontianak HSM telah mula menggunakan teknologi penggambaran HD (dgn kamera digital High Definition). Beberapa filem
lain turut menggunakan video digital seperti Ah Lok Kafe, Aku No.1, Buai
Laju-Laju dan Visits. Malah Visits menjadi pelopor filem tempatan yg pertama
ditayangkan di pawagam dlm format digital. Bukan hanya pembikin filem, tapi pihak
pawagam (Golden Screen Cinemas) turut tampil menyokong dengan membuka ruang utk teknologi
baru dan memperkenalkan pawagam digital di KL dan Penang. Selain itu ada penerbit yg sudah sedar kepentingan kualiti
bunyi dlm filem, contohnya Tayangan Unggul yg terus menerus menggunakan sistem bunyi Dolby Digital bermula dari filem pertama
2004 lagi iaitu Trauma dan diikuti filem2 seterusnya. Tidak ketinggalan Pontianak HSM bersama
surround sound, dan sudah pastinya PGL yg sepenuhnya menyokong penghasilan sebuah filem berkualiti
antarabangsa. Tidak lama lagi filem terbaru GK3 dan beberapa buah lagi juga akan mula menggunakan
teknologi Dolby Digital. Selain itu, teknik kesan visual CGI juga semakin tidak asing lagi hinggakan
sebuah filem komedi seperti Buli turut menggunakannya secara maksimum. Bagaimana pula dengan teknik direct
sound? Sekiranya filem terakhir 2004, Tangkai Jering juga sudah berani menggunakan teknik
sebegitu (hinggakan seorang pengulas filem terkeliru dan menyatakan yg filem itu membuat dubbing yg
bagus), bagaimana pula penerimaan pembikin filem yg lain?
Penonjolan watak2 penyanyi dalam filem sudah berjaya dikurangkan. Bagaimanakah kalau sekiranya dapat dikurangkan pula aksi2 komedi
slapstik? Pengarah2 baru yg berani melontarkan idea dan berkreatif sudah berjaya dilahirkan, begitu juga ramai pelakon2 baru yg nampak
berpotensi. Tetapi di manakah terpendamnya skrip2 berjiwa baru utk menyokong kehadiran mereka semua? Adakah penerbit filem hanya mahu
jadi ahli perniagaan semata-mata? Akan adakah perubahan yg besar dalam tahun 2005 ini? Semua persoalan itu bakal terjawab tidak lama
lagi. Saya sebenarnya masih belum menonton 4 buah filem 2004 iaitu Hingga Hujung Nyawa, I Know WYD Last Raya, 7 Perhentian dan Tangkai
Jering (secara kebetulan semuanya arahan Razak Mohaideen), tapi ada 3 filem yg mengandungi 4 bintang dalam setiap komen saya iaitu PGL, BKL
dan BLL, itulah 3 filem 2004 pilihan saya menurut turutan. Jadi, bagaimana pula dengan 2005?
Gangster dan Chemman Chaalai sedang
ditayangkan. Selain itu ada 2 buah filem independen terbaru yg baru saja ditayangkan
- Sanctuary dan
The Year Of Living
Vicariously (dokumentari). Sebagai penutup bulan Januari pula, penonton akan diajak bergelak
ketawa bersama T.O.T.O (arahan
Badul). Belum pun sempat anda menghela
nafas, Februari akan menjelma dengan lagi hebat bersama GK3 dan
Sepet. Dan penerbit paling kaya Metrowealth akhirnya membuka tahun
ini dengan Potret Mistik pada Mac nanti (permulaan cuti sekolah
semester 1). Tak siapa pun tahu apakah lagi tayangan filem seterusnya, namun yg pasti 2005 ini tidak
langsung mahu menunjukkan pengurangan dalam jumlah filem, cuma pertanyaan sama ada tahun ini
akan lebih bagus dari 2004 itu akan terjawab hanya setelah anda menonton kesemua filem2 yg akan
ditayangkan nanti. Antara filem yg akan menjadi tumpuan penonton sudah pastinya KL Menjerit
1, Qaisy & Laila, dan filem harapan box-office -
Sembilu 2005. Akhir sekali, sempena menyambut tahun baru
ini saya berjanji akan menonton kesemua filem tempatan di pawagam sepanjang tahun ini KECUALI filem2
yg menampilkan artis2 Akademi Fantasia sama ada sebagai pelakon utama mahupun
undangan. Hmm... nanti sekejap. Kalau begitu, nampaknya saya tidak akan menonton mana2
satu pun filem tahun ini!! Haha.. Apa ni, tak adil.. Nasib baik ada Qaisy & Laila dan Sepet (tolonglah jangan
beritahu yg 2 filem ini pun menampilkan artis AF)
2004
20 Julai
2004
Wisel permulaan untuk separuh tahun kedua telah pun ditiupkan. Filem
manakah yg akan score, filem mana pula yang akan 'gol'? Siapakah yang akan berjaya menerobos ke gawang box-office tanpa belas kasihan?
Pemain manakah yang akan menjadi tumpuan penonton - adakah Puteri FC, pasukan ayam tambatan baru berharga jutaan ringgit, atau
mungkinkah sorotan spotlight 4 penjuru tetap berpihak kepada Madya FC, pasukan jaguh kampung yg masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya
sejak beberapa tahun lalu. Apakah lagi perkara menarik yg akan berlaku dalam gelanggang wayang gambar kali ini? Jangan lepaskan siaran
secara langsung ini. Dapatkan tiket anda di gelanggang berdekatan. Helmet dan botol air mineral tolong letak kat luar OK. Handphone
tidak perlu dimatikan. Harap maklum!
30 Jun
2004
Setengah tahun 2004 sudah pun berakhir. Setengah tahun awal yg
sungguh meriah, terasa bagaikan hujung tahun. Filem2 baru ditayangkan silih berganti semacam satu perayaan. Err... salah, bukan satu, tapi
12 perayaan!! Ya, itulah jumlah filem yang berjaya ditayangkan di pawagam sehingga hujung Jun ini. Jumlah yg sememangnya
banyak. Tapi, tidaklah sebanyak filem luar yg juga berjaya ditayangkan dalam masa
yg sama - beratus-ratus. Filem kita masih dibelenggu oleh masalah pawagam.
Terhimpit, tersekat dan lain2 ter lagi. Para lanun 'cuba membantu' dengan mencuri dan menjual filem2 baru dari luarnegara yg
masih belum ditayangkan di pawagam, tapi 'kuasa' filem luar nampaknya terlalu kuat
untuk mengenepikan filem kita dalam setiap persaingan di box-office pawagam. Mengapakah ini berlaku? Benarkah filem luar
terlalu kuat, atau sememangnya filem kita yg terlalu lemah. Kenapa? Satu perkara ketara yg
membezakan filem luar dengan filem kita ialah kualiti penerbitan. Selain itu, faktor cerita dan promosi juga
menyebabkan bukan saja penonton, tapi pihak pawagam seakan terpaksa memberi lebih perhatian pada filem
luar. Penyelesaian mudah (tetapi dengan kos yg tinggi) sudah tentulah dengan menyediakan lebih banyak
pawagam, supaya filem kita dapat terus ditayangkan walaupun kekurangan penonton?
Begitu? Mungkin tidak. Bagaimanakah kalau tiada sebarang penyelesaian dapat dicapai dan
filem kita perlu terus bersaing dalam situasi sekarang? Kalau begitu, terpaksalah berbalik
semula pada persoalan kualiti penerbitan, cerita dan promosi. Mungkin dengan meningkatnya ketiga-tiga aspek tersebut maka
filem kita akan mendapat lebih perhatian daripada pawagam dan juga penonton. Kualiti
penerbitan tahap drama swasta perlu ditinggalkan sebagai sejarah. Cerita menarik perlu direka supaya penerimaannya lebih
meluas. Lupakan 'kisah2 biasa', di manakah 'kisah2 luarbiasa'? Mana? Penonton ingin rasa tercabar. Begitu juga halnya dengan
promosi. Ucapkan selamat tinggal pada strategi pemasaran lapuk. Tiada siapa yg akan
percaya dan tertarik dengan filem yg muncul menjual muka dan nama pelakon di saat-saat akhir. Atau filem2 yg bergantung pada nama
pembikin filem terkenal. Selalunya itu semua tidak cukup meyakinkan. Walau bagaimanapun, apa pula alasannya sekiranya ada filem yg
berkualiti, dengan cerita dan promosi hebat tetapi malangnya masih perlu bertungkus-lumus di pawagam, seperti
Pontianak HSM? Filem itu
tidak gagal, cuma mungkin kejayaan besar yg didam-idamkan masih belum mampu untuk menjadi kenyataan buat masa sekarang. Mungkin sekarang
ini proses pembelajaran untuk menyokong filem tempatan yg bagus tidak begitu meluas lagi. Penonton dan pawagam perlu menyokong filem
tempatan yg bagus, kalau belum, nampaknya mereka masih perlu terus belajar untuk menerimanya.
Secara ringkasnya, filem yg telah ditayangkan setakat ini kebanyakannya adalah dalam kategori komedi mahupun kisah cinta, yang
hanya berlegar dalam persoalan yg kecil. Cuma Trauma, Pontianak HSM &
Di Ambang Misteri memberi sebuah kisah yg agak berbeza. Begitu juga
cubaan membawa persoalan besar melalui komedi Buli membuktikan yg
filem komedi malaysia sesungguhnya masih ada harapan dengan meletakkan kreativiti sebagai penggerak cerita. Malangnya sebuah
filem malaysia yg telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu Min
masih tidak diberi peluang untuk ditayangkan kepada umum dan hanya sekadar menumpang
dalam keriuhan festival seni perancis.
Bagaimana pula separuh kedua tahun ini? Lebih meriah atau sekadar mengisi slot wajib tayang yg telah disediakan? Bulan Julai bakal
menyaksikan Hingga Hujung Nyawa memulakan cabaran box-office
juta-juta. Tapi, senarai seterusnya tak lebih dari sekadar untuk suka-suka: Makar,
Aku No.1, Tangkai Jering &
Cinta Luar Biasa. Memang 'luar biasa' sungguh separuh kedua ini. Sukar untuk membuat
pilihan, kerana tiada satu pun yg betul2 mencabar. Apatah lagi untuk menonton
kesemuanya. Bisa gila wey....
Puteri Gunung Ledang, Buai Laju-Laju dan
Sepet: tolong selamatkan kami semua!!
tolonglah...
21 Januari
2004
Selamat tahun baru, tahun empat. 2 buah filem terakhir tahun lepas -
Jutawan Fakir dan Gila Bola, sudah pun tamat tayangan di serata pawagam. Tiba masanya 2004 muncul dengan lebih meriah, dengan lebih
banyak filem...
2003 bermula dengan Gila-Gila Pengantin. 2003 ada 16 buah filem yang
ditayangkan di pawagam seluruh negara. 2003 berakhir dengan Gila Bola. 2003 gila, haha... Kita sudah kembali seperti zaman 89/90
dengan jumlah filem yang mampu ditayangkan sebanyak 2 buah untuk beberapa bulan.
2003 ada segala-galanya: ada filem Awie (Iskandar), siapa sangka kan? Dia bertahan dari 93 hingga 03, dari zaman rock
tengah gila, sampai zaman rock tengah gila semula. Mungkinkah Iskandar filem
terakhirnya? Kita tunggu 2004. Apa lagi ada dalam 2003? Gandingan Metrowealth-Razak Mohaideen mengganas dengan 4
filem, semua gila, dengan jumlah kutipan keseluruhan hampir RM10 juta! Kesemuanya filem
komedi, termasuk Mistik, antara filem komedi favorite saya sepanjang tahun lepas. Salah satu dari filem
Metrowealth tersebut dilakonkan oleh Erra Fazira. Satu saja, iaitu Cinta
Kolestrol, di mana Erra (maksud saya Fazira) dijadikan gemuk gila dalam filem itu. Tapi itu belum gila
lagi, cuba lihat ini: 5 buah filem lakonan Erra dalam tahun 2003! Ini sudah jadi
macam zaman filem klasik, seorang pelakon muncul dalam banyak filem dalam
setahun. Begitu juga Razak Mohaideen, macam pengarah dulu-dulu, setahun mengarah beberapa filem, memang
gila. Walaupun begitu, ini semua adalah tentang kuantiti sahaja, untuk menilai kualiti
tunggu FFM nanti (?). Errm.. apa lagi? Tayangan Unggul OK lagi, tak gila, 2 filem saja. Mereka simpan banyak filem best untuk 2004. Yusof Haslam
pula, walaupun cuma muncul satu saja filem arahannya (Janji Diana), tapi tahun 2003 juga mencatat sejarah yang tak kurang gila sebab dia
terlibat sebagai penerbit bersama untuk 3 buah filem lagi! Banyak tu... dia mana
pernah buat filem usahasama sebelum ini. Rosyam Nor pun tak kalah dengan 3 filem, masih lagi hero nombor satu yang juga
banyak simpan filem untuk 2004. 2003 juga ada penerbit baru yg bercita-cita besar tapi
gagal (Black Maria - dengan gandingan pelakon allstar), ada juga penerbit lama yg tup-tup muncul kembali (Gila
Bola - Nizarman). 3 pengarah lama juga muncul semula (Zul M.Osman, Yusof Kelana & Zul Said), selain
pengarah drama melangkah ke arena filem (Mamat Khalid, Din CJ, Murali &
Ambri). Adman Salleh (Paloh) muncul semula dengan harapan tinggi setelah hilang 8 tahun, tapi disebabkan
'kerja gila' orang lain, tak pasal-pasal je dipermainkan (tak patut...). Sorang lagi yg saya
terlupa, pelakon berkarektor komedi, Saiful Apek - 5 filem! Sama dengan Erra. 4 buah filem
terakhir 2003 ada muka dia ni.
Awal tahun lepas, mesej yang saya hantar bertajuk - Ada Apa Dengan
2003? Jawapannya: 2003 ada gila. Bagaimana pula dengan 2004? Kalau 2003 bermula dengan Gila-Gila Pengantin dan berakhir dengan Gila
Bola, 2004 akan bermula dengan Trauma. Kesimpulan awal, 2004 akan
dipenuhi dengan 'trauma' (?). Siapa yang akan menjadi 'trauma'? Penonton ker? 'Trauma' yang macam mana tu.. Adakah kita mampu
memberikan sokongan padu terhadap banyak filem-filem yang serius seperti Trauma,
Berlari Ke Langit, Pontianak HSM,
PGL, Buai Laju-Laju
dan Gangster? (3 dari filem tersebut keluaran Tayangan Unggul -
respek!). Kesemua filem tersebut perlu mendapat sekurang-kurangnya RM1 juta bagi menunjukkan
bahawa filem bertema serius memang ada penontonnya dan boleh dijual dalam situasi
sekarang. Arrggh... 'trauma' lah macam ni. Kalau 2003 banyak filem komedi yang kurang serius (tapi dapat sambutan
ramai!), kini kita menghadapi situasi yang agak 'mencabar' (terutama sekali untuk
penggemar komedi ringan itu). Sudah sampai masanya kita 'menukar angin'. Penerbit
sudah mahu membuat filem serius, adakah penonton sudah bersedia. Kita perlu bersedia. Filem Trauma bakal menjadi
'kayu ukur' untuk filem-filem serius seterusnya tahun ini. Kalau Trauma berjaya mencapai RM1
juta, maka harapan untuk filem seterusnya akan pasti terbuka luas. Tapi, bila difikirkan semula, seminggu selepas Trauma
ditayangkan, akan muncul pula Kuliah Cinta - hahah... spoil
jer. Hmm, lupakan je lah. Kita semua pun sudah tahu keputusannya.
2003
23
September 2003
HUJUNG TAHUN BHG. 3 -
Seperti yg semua sudah tahu, tarikh tayangan beberapa filem telah
dipinda. Ini cuma sebagai rekod saja. Dalam e-mel yg lepas, disenaraikan bahawa terdapat 3 lagi filem akan ditayangkan tahun ini
bermula November nanti. Lepas tu, 3 filem pula disenaraikan untuk Januari 2004.
Tapi, itu dulu. Sekarang dah tukar. 2 filem dari Januari itu sudah ditarik ke
hadapan, iaitu Disember menjadikan hujung tahun ini macam 'pesta Filem Malaysia'.
Bermula 25 November
hingga 25 Disember, dalam masa satu bulan jer, akan terdapat 5 buah filem, hah!
Ini semua gara-gara nak
untung lebih. Nak 'aku kaya'
(promosi sikit. masih di pawagam lagi kan filem ni). Macam-macam alasan yg diberi oleh mereka dan keluarga
mereka. Akhirnya, inilah dia...
MR CINDERELLA 2 - 25 November
MX3 - 25 November
LANG BUANA - 4 Disember
JUTAWAN FAKIR - 18 Disember
GILA BOLA - 25 Disember
Orait! tunggu je lah 'pesta filem' yg jarang2 muncul ni.
14 Ogos
2003
HUJUNG TAHUN BHG. 2 - Baru je baca Berita Harian hari ni tentang tarikh
tayangan filem-filem baru sehingga Januari 2004 nanti. Yang pelik sikit ialah, alasan
kenapa Jutawan Fakir tidak dipilih untuk ditayangkan pada Hari Raya (November) ialah kerana ia terbitan Metrowealth yg akan tayang
Cinta Kolestrol pada 25 September, jadi peraturannya tak boleh tayang berturut-turut filem dari penerbit yg sama (walaupun jarak tayangan
adalah 2 bulan?). Peliknya, kerana Mistik dan
Mami Jarum Junior boleh pula tayang berturut-turut pada April dan Mei lepas. Bila tengok
website Finas, penerbit Mistik ialah Metrowealth dan Mami Jarum Junior pula ialah
MIG Production. Pandai betul.. tukar nama! Sedangkan MIG tu pun ialah singkatan untuk Metrowealth International
Group, syarikat yg sama. Apahal pun, dengan berita gembira itu bermakna ada 6 buah filem lagi
akan ditayangkan tahun ini bermula dengan Diari
Romeo, 2 minggu lagi... Jumlah keseluruhan filem yg
sedang dalam penggambaran dan menanti tayangan ialah sebanyak 22 buah! Demam Filem Malaysia.
12 Ogos
2003
HUJUNG TAHUN BHG. 1 - Siapa baca Harian
Metro semalam (Isnin). Ada artikel tentang (kononnya) "teori konspirasi" filem yg bakal berentap pada Hari
Raya hujung November nanti. Filem-filem yg terbabit ialah:
Lang Buana -
Grand Brilliance
Jutawan Fakir - Metrowealth Movies
MX3 - usahasama Skop Productions
Mr Cinderella 2 (MC2) - usahasama Skop Productions
2 buah filem yg dicanangkan (oleh pemukul canang) bakal ditayangkan
pada Hari Raya nanti ialah Lang Buana dan Jutawan Fakir. "Teori konspirasi" nya ialah: hari raya 2001, Lagi Lagi Senario
(Grand Brilliance) dapat RM6 juta; hari raya 2002, Mami Jarum (Metrowealth
Movies) dapat
RM3 juta. Oleh kerana itu, kemungkinan besar filem dari 2 penerbit itu tak akan dapat lagi "wang besar" hari raya nanti
(kemungkinan saja tau..). Tapi, bila fikir balik.. dahsyat juga orang Unit Wajib Tayang ni. Itu takpe
lagi, filem yg tinggal ialah MX3 dan MC2 - dua-dua ada cap jari Yusof Haslam (dia keluar modal buat
usahasama dengan syarikat lain daa..). Tapi, OK apa kalau MX3 dan MC2 berentap? Nanti dulu, Harian Metro juga
kata, Yusof Haslam adalah orang kuat Unit Wajib Tayang! Macam mana tu? Dilema
betul.. takkan dua buah filem dia sekaligus. Apahal pula dengan Disember.. filem
mana akan jadi penutup tahun nanti agaknya.
3 Jun
2003
PERTENGAHAN TAHUN - Separuh pertama tahun 2003 hampir berakhir.
Banyak filem-filem menarik sedang dibuat dan menanti tayangan. Malangnya, tak banyak (atau tiada?) filem-filem menarik yang telah
atau sedang ditayangkan. Gila-Gila Pengantin,
Iskandar, Laila
Isabella dan Mistik semuanya hiburan semata-mata. Betul ke? Rasanya,
takdelah terhibur sangat-sangat pun. Sekarang, Mami Jarum Junior
(MJJ) pula sedang atau cuba mahu menghiburkan penonton. Setelah tertipu dengan Laila Isabella dan Mistik, adakah peminat filem akan
memberi peluang kepada MJJ? Mungkin tak perlu, kerana sebagai filem sambungan, MJJ
telah ada penontonnya sendiri. Mereka berpusu-pusu ke pawagam untuk mengetahui nasib Rita (MJJ).. sementara yang lain
menanti Black Maria (BM) dan Paloh. Poster BM telah ada di pawagam.
27 Januari
2003
ADA APA DENGAN 2003? :
Tahun lepas - 2002 dibuka dengan KL Menjerit, gelagat muda-mudi
pelumba motorsikal jalanan. Secara peribadi saya memilih KL Menjerit sebagai filem pilihan 2002 yang boleh dibanggakan. Harapan saya
tinggi untuk melihat KL Menjerit menggondol beberapa anugerah di Festival
Filem Malaysia akan datang. 2003 pula bakal dibuka dengan komedi Gila-Gila Pengantin bermula Khamis (30
Jan) ini. Sebagai perantaraan Soalnya Siapa? (lakonan Eera Fazira)
dan Gila-Gila Pengantin (lakonan Erra Fazira), penonton Malaysia mendapat bonus awal
tahun dalam bentuk tayangan filem paling laris Indonesia 2002 - Ada Apa Dengan
Cinta? (AADC?).
Komen tentang
AADC?
Apa relevannya Ada Apa Dengan Cinta? dengan filem Melayu/Malaysia? Seperti yang saya katakan ia bonus untuk penonton filem di Malaysia.
Siapa mahu menyaksikan 2 filem Erra Fazira berturut-turut? :) Ia juga baik untuk pembikin filem tempatan kerana tanpa
saingan, kemajuan tidak akan tercapai dan kita akan terus menyaksikan filem yang sama
walaupun 10 tahun akan datang.
2002
Tiada
filemelayu.cjb.net
direhatkan
2001
1 Januari 2001
Selamat menyambut tahun baru (2001) dan alaf baru (new millenium - the real one). Nampaknya filem Melayu akan kembali meriah tahun 2001 ni. Dengar cerita
Johnny Bikin Filem dan Kaki Bakar pun akan turut serta (harap betullah kali ni). Beberapa buah
festival filem juga akan berlangsung tahun ini termasuk Festival Filem Malaysia ke-15.
Nantikan sahaja...
2000
15 Mei 2000
PERTENGAHAN TAHUN - Dunia filem Melayu pada tahun ini
nampaknya kurang meriah apabila cuma 2 buah filem ditayangkan setakat hari ini iaitu
Pasrah dan Mimpi
Moon. Beberapa hari lagi filem terbaru arahan Aziz M. Osman pula akan ditayangkan iaitu sebuah road
movie komedi berjudul Senario Lagi.
Selepas itu berkemungkinan filem Anaknya Sazali pula akan menyusul.
Pada masa yang sama beberapa buah filem baru sedang disiapkan seperti Soal Hati,
Syukur 21, Lt. Adnan dan
sebuah filem bebas berjudul Lips To
Lips. Daripada senarai filem-filem di atas nampaknya filem-filem komedi dan bertema ringan bakal menguasai
pasaran kecuali filem sejarah perang Lt. Adnan. Bagaimana agaknya nasib dan peluang filem
Kaki Bakar yang masih belum ditayangkan itu?
Rasanya tahun ini paling sesuai untuk ditayangkan kerana sejak filem Jogho dan Perempuan Melayu
Terakhir menemui penonton pada tahun lepas, tidak ada lagi filem bercorak drama berat ditayangkan
sehingga sekarang - khys
24 January 2000
AWAL TAHUN - Tahun 2000 menampakkan petanda bahawa dunia filem Melayu akan kembali meriah. Bermula dengan tayangan umum filem
Pasrah pada Hari Raya Aidilfitri pertama (8/1/00), di mana sehingga sekarang kutipan kasarnya telah melebihi RM2
juta. Pada masa yang sama, filem Dari Jemapoh Ke Manchestee memulakan tayangan tengah malamnya di Singapura dan memulakan tayangan umum pada 13/1/00 dan bakal ditayangkan di Malaysia pada bulan Mac. Sementara itu, beberapa filem baru telah pun
dilancarkan. Antaranya ialah filem
Anaknya Sazali
(penggambaran sedang berjalan) dan Syukur
21. Filem Leftenan Adnan pula akan memulakan penggambaran pada bulan Februari. Filem-filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi termasuklah filem
Moon (berkemungkinan pada Hari Raya
Aidiladha), Putih (filem animasi), Senario Lagi dan tidak ketinggalan filem 'Jemapoh'. Diharapkan tahun 2000 bakal menyaksikan filem-filem yang telah sekian lama tertangguh penggambarannya
(seperti Pasir Salak) dan juga filem-filem yang telah sekian lama disiapkan seperti
Kaki Bakar dan
Johnny Bikin Filem diberi peluang untuk turut sama memeriahkan dunia perfileman Malaysia - khys

|