[PAWAGAM] - TAK ORI, TAPI OK


2005

29 Januari 2005
Menonton di pawagam. Semasa kecil, saya suka menonton filem Badul. Dan hari ini buat pertama kalinya saya menonton filem arahan Badul di pawagam. Saya berada di pawagam yg kosong ini hanya kerana Badul. Walau bagaimanapun, saya amat terkejut bila Badul sekarang sudah berubah. Tak macam dulu lagi, tak lawak macam dulu lagi. Badul tidak lawak! (mungkin saya patut letak tanda soal dan bukannya tanda seruan). Tak Ori Tapi OK (TOTO) bermula dengan lagu dan puisi persembahan kumpulan Kopratasa. Lokasinya di sebuah jeti, tepi pantai, matahari hampir terbenam. Nampak pelik utk permulaan sebuah filem komedi. Kemudian muncul puisi pendek Badul, iaitu penghargaannya kepada bintang filem lama. Ini sudah jadi serius ni. Saya hampir percaya yg filem ini tidak akan jadi komedi dgn permulaan sebegitu. Tapi, sebaik saja judul filem ditayangkan, muncul paparan slapstik pertama, seorang buta lakonan Hamid Gurkha berlari di tepi pantai lalu terjatuh dlm sebuah perigi buta. Apa maksudnya? Atau ia sekadar ingin memberitahu yg Badul asal sudah kembali? Seperti dulu-dulu. Atau Badul cuba 'menguji' penonton. Masih adakah lagi penonton sekarang yg sukakan gaya slapstik fesyen lama sebegitu? Itu cuma permulaannya, jangan risau. Cerita seterusnya adalah drama ringan, disulami dgn komedi yg tidak keterlaluan, malah watak Badul tidak membuat sebarang lawak langsung. Cuma adegan2 yg melibatkan Apek saja mungkin digemari oleh ramai penonton sekarang. Penyakit 'a-a-aaa..' watak Nasha Aziz mungkin kelihatan cuba mengundang ketawa mudah penonton, tetapi ia sebenarnya adalah sesuatu yg serius, seperti dibuktikan dlm adegan di mana watak Badul pertama kali tahu mengenai keadaan Nasha, dan Badul jadi kehairanan, jadi serius. Bayangkan 10 tahun lalu, watak Badul mungkin sudah ketawa berdekah-dekah (sambil menepuk-nepuk meja) terhadap Nasha, tetapi dlm filem ini Badul cuba membantu Nasha. Badul tidak mahu penonton juga ketawa terhadap Nasha (walaupun saya sendiri ter). Selain itu, kisah utamanya cuba menyingkap di sebalik citarasa penonton filem yg begitu gemarkan aksi2 pelakon lama seperti P. Ramlee dan Tompel, dan Badul cuba menimbulkan sebuah idea tentang bagaimana kalau penonton disajikan dgn lakonan pelakon2 yg menyerupai bintang2 filem lama. Adakah penonton akan suka walaupun ia tidak 'ori', kerana barang2 yg tidak 'ori' pun sebenarnya masih lagi 'ok' dan sememangnya digemari ramai orang di zaman sekarang. Idea yg ditimbulkan itu memang menarik, tetapi cara garapan Badul sebagai pengarah filem ini mungkin kurang menyerlah dan filem TOTO ini boleh dikatakan hanya sekadar memeriahkan suasana. Secara umumnya filem ini sudah ketinggalan zaman. Idea OK, filem tak OK. Tapi, filem ni ori, ok lah.
*

25 Januari 2005
AKAN DITAYANGKAN - 27 Januari. Tayangan awal/tambahan telah pun diadakan beberapa hari sebelum pembukaannya. Saya tak pernah menonton filem arahan Badul di pawagam. Ye lah, filem terakhir arahannya ialah Harry Boy pada tahun 1991, lama dah tu... Jadi, mungkin saya akan cari masa utk menonton filem ini yg akan bermula Khamis ini. Ada ulasan mengatakan yg filem ini masih mengekalkan gaya lama 80-an. Sekiranya poster filem dapat memberitahu sesuatu, memang poster T.O.T.O ini kelihatan seperti kebanyakan filem Badul sebelum ini, mungkinkah juga gaya filemnya juga masih kekal serupa? Tapi, sekurang-kurang poster ini tidaklah menjual muka-muka para pelakon semata-mata jadi ia boleh dikatakan menarik walaupun teramat biasa. Apa yg lebih menarik perhatian ialah bagaimana ceritanya, bagaimana komedinya, dan adakah Badul akan terikut-ikut dengan gaya komedi filem sekarang atau membawa kembali komedi era lama yg mungkinkah masih boleh diterima oleh penonton baru masa kini? Sudah banyak pengarah baru yg gagal di box-office, bagaimana pula dengan pengarah lama ini yg baru muncul kembali? Sekiranya dipasarkan dengan betul, T.O.T.O boleh mendapat perhatian ramai kerana adanya dua nama yg begitu popular, Nasha Aziz dan Saiful Apek. Masih kuatkah tarikan nama2 mereka?


2004

Takde cerita, Tapi OK.


2003

24 Disember 2003
TAK ORI, TAPI OK - kalau tak salah, ini filem komedi (?). Pelakonnya Nasha Aziz. Pengarahnya Badul. Akhirnya Badul kembali ke jalan yg benar... haha, maksud saya kembali mengarah filem la. Saya juga kurang pasti adakah filem ini terbitan Badul sendiri (?) sebab tak ada company besar yg hebahkan tentang filem ini. Sedang dalam penggambaran. Kita tunggu idea2 lama Badul. Kalau dia boleh keluar idea baru, memang dia terer. Cerita kena mantap untuk 'orang lama' macam beliau. Baru orang respek.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys