[PROMOSI] - TANGKAI JERING


2004

30 November 2004
AKAN DITAYANGKAN - 23 Disember. Bagus juga kita ada filem sebegini untuk dijadikan filem penutup tahun penuh warna-warni ini. Biasanya filem terakhir setiap tahun terlalu cepat dilupakan oleh penonton, kerana publisiti besar-besaran akan tertumpu kepada filem yg akan memulakan tayangan pertama pada awal tahun. Jadi, Tangkai Jering yg akan memulakan tayangan seminggu sebelum tahun baru diharapkan tidak akan menghantui penonton utk tempoh waktu yg panjang. Biarlah Januari 05 ditumpukan hanya kepada filem hebat Gangster. Tangkai Jering juga saya jangkakan akan jadi kayu pengukur utk meletakkan Razak Mohaideen di tahap terendah dalam kesemua filem arahannya. Amat malang sekali, dan tidak sepatutnya berlaku.

30 Mei 2004
AKAN DITAYANGKAN - 2 September. Pilihan yg bijak untuk menayangkan filem murahan ini selepas Hingga Hujung Nyawa (HHN). Jadi, ia tidak berpeluang mengubah pandangan penonton terhadap produk Metrowealth dan memberi peluang HHN untuk menarik seberapa ramai penonton. Jadi, kalau pun Tangkai Jering ini tidak mendapat sambutan, ia tidaklah merisaukan sangat penerbitnya. Walau bagaimanapun, filem ini mempunyai tarikan dari segi tema komedinya dan juga pelakonnya, Yassin. Sesuatu yg dapat difikirkan: kalau benarlah Puteri Gunung Ledang akan ditayangkan pada Ogos, ranaplah Tangkai Jering ni.

7 April 2004
AKAN DITAYANGKAN - sebuah lagi filem Metrowealth Movies Production yg baru memulakan promosinya. Sempat melihat iklannya disiarkan di TV3 (bersekali dengan Hingga Hujung Nyawa). Tiada tarikh, tiada bulan. Cuma ditulis "2004". Walaupun filem ini siap lebih awal dari filem Hingga Hujung Nyawa, tapi ia disasarkan untuk tayang cuma selepas HHN. Apa strategi penerbitnya pun entahlah. Mungkin mereka ingin meredakan suasana dengan sebuah drama serius dulu, sebelum kembali berkomedi dengan Tangkai Jering ini. Dari iklannya itu, kelihatan TJ dari segi gambar atau visualnya kelihatan lebih 'cantik' dari Jutawan Fakir, walaupun saya jangka ia mungkin lebih teruk atau menyamai JF dari segi kualiti penerbitannya kerana TJ sebenarnya sezaman dengan JF. Mungkin filem ini lebih bagus dari Kuliah Cinta, siapa tahu - walaupun pengarahnya Razak Mohaideen kini boleh 'berbangga' kerana sudah mendapat pengikut tetap yg tidak jemu-jemu mengkritik filem arahannya. TJ mengisahkan kehidupan belakang tabir sebuah produksi filem, dengan watak utama lakonan Yassin dan Elly Mazlein. Trailernya terdapat dalam VCD Kuliah Cinta.


2003

23 September 2003
TANGKAI JERING - macam mana boleh tertinggal filem yg satu ni? Sebenarnya filem ni dah siap lama juga. Tapi, mungkin tak mau kacau filem lain yg tengah tayang, jadi tak ramai tahu (termasuk saya). OKlah, sebenarnya filem ni terbitan Metrowealth Movies arahan Razak Mohaideen. Macam mana filem ni boleh siap ditengah kerancakan Mami Jarum, Mistik dan Cinta Kolestrol pun entahlah. Sebenarnya filem ni dibuat berturut-turut bersama-sama Kuliah Cinta dan Jutawan Fakir. Sebab banyak sangat filem gandingan Metrowealth-Razak, jadi filem ni mungkin disimpan dulu, sebelum dibuat kecoh tahun depan. tak banyak yg diketahui tentang TJ ni, apa cerita? Tajuk pun lain macam jer.. tahapapa. Tentang pelakon pula, kalau tak silap, nama dia Zahnita. Yang lain-lain, tak kisah siapa pun. Tunggu jer lah. Entah.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys