|
2004
18
Februari
2004
ATAS NAMA CINTA - saya ingat telefilem arahan Osman Ali ini akan
diulang tayang pada hari raya hujung tahun ini. Rupanya lebih awal dari itu.
Ditayangkan
semula pada raya haji yg lepas, setelah pertama kali tayang hujung tahun lepas.
Filem cinta stail Osman Ali ni dah macam ada
satu bentuknya yg tersendiri. Atas Nama Cinta (ANC) sebenarnya tak susah untuk diterima ramai penonton.
Ceritanya senang je - kisah cinta 3
segi, macam biasa lah kan? Tapi, menariknya ANC ni ialah cara penceritaannya yang luar biasa sikit - kisah di sebuah
kampung, pertembungan nilai moden dan desa. Ada guru bahasa Inggeris, guru ugama - diorang tak fanatik, boleh lagi main
gitar, nyanyi-nyanyi, tapi masih sedar batasan mereka. Ada ustazah, anak-anak gadis yg baru
nak kenal cinta. Ini kisah remaja la, tak banyak melibatkan orang tua.
Perjalanan cerita ni selamba saja, hinggalah tibanya konflik
bila munculnya Ustaz (Zamarul) yang menjadikan cerita ini makin menarik.
Endingnya tragik juga, kerana cinta, manusia hilang
kewarasan. Watak-watak sampingan muncul tanpa mengganggu cerita utama - unsur hiburan ada di situ.
Lakonan pun boleh tahan. Mungkin
ada yg kata 'loghat utara lagi!', tapi saya boleh katakan yg ia tidak kedengaran janggal kali
ini, mungkin kerana Osman juga asalnya dari utara, begitu juga heroin Fasha Sandha - yang saya rasakan berjaya
membawa wataknya dengan begitu baik - pastinya hasil arahan Osman. Saya sebenarnya agak
terkejut dengan lakonan power Fasha setelah menyaksikannya 'terhegeh-hegeh' dalam Black Maria (pastinya dia akan
jadi perhatian dalam Berlari Ke Langit nanti). Zamarul seperti biasa membawa watak
'panas baran' dengan berkesan. Perubahan dari watak mamat cool menjadi mamat frust gila - menarik walaupun agak
cepat. Cuma, pelakon baru (hero nombor 2) agak kurang bermaya lakonannya. Juga, ada
sesiapa mahu komplen yg penggambaran ANC terlalu cantik? (macam poskad) - kerana gambar yang cantik biasanya mengabaikan aspek
lain (yg saya kurang nampak). Satu lagi, ada apa-apa ke tentang kepiah putih (hero nombor 2) dengan songkok (Zamarul) - kepiah putih
menang di akhir cerita, walaupun cedera. Dan kenapa judul asal Dengan Nama Cinta
terpaksa diubah, walaupun dialog 'dengan nama cinta' dikekalkan? Kesalahan bahasa, atau Dengan Nama Cinta menjurus ke arah
maksud 'bertuhankan cinta'? (?)
2003
24
Disember 2003
DENGAN NAMA CINTA - ini satu lagi telefilem terbitan ntv7 yg
ditayangkan pada hari raya lepas. Odisi terlepas, yg ini pun terlepas. Yang lebih 'terharu' tu ialah kerana DNC ini arahan Osman
Ali. Judul asalnya Atas Nama Cinta, tapi ditukar (?). Kena tunggu raya tahun depan lah nak
tengok ulangan. Tollgate Girl dah 3 kali raya dah ulang tayang, baru keluar VCD.
Nampaknya DNC terpaksa tunggu
lama lah nak keluar VCD (?)

|