|
2003
24
Disember 2003
BLOK 404 - antara VCD telefilem pertama yg dikeluarkan kira-kira 3
tahun lepas. 404 juga pencetus genre triller 'siapa-bunuh-siapa' tempatan yg pertama sekali keluar. 404 juga adalah produk tempatan yg
pertama sekali dikeluarkan dalam format DVD. Ya, DVD. Selepas berjaya mendapat sambutan hebat dalam format VCD (sampaikan TV3 tayang dalam
slot Cerekarama), filem Blok 404 ni telah diedarkan pula dalam format DVD. Bukan baru sebenarnya.
Dah bertahun juga lah DVD ni keluar. Cuma
baru2 ini saja saya 'tukar gear'.. kira-kiranya macam 'upgrade' lah untuk layan DVD
plak. Kebetulan pulak DVD banyak muncul bila VCD banyak kena rampas dalam operasi tahun ni.
Jadi, tak
semena-mena... DVD Blok 404 ni macam boleh ada balik selepas bertahun-tahun lalu
saya lihat ia di jual. Jadi, apa lagi.. sambar satu, original RM29.90 (saya bayar RM20
je). Saya rasa logo DTS pada cover itu tak betul punya... tak kisahlah, sebab boleh
layan satu disc pun dah puas hati. Penerbit 404 juga, selepas itu telah mengeluarkan DVD untuk judul
Neurose Dwi, Laman Maut dan
Pembunuh Misteri. Yg lain, saya tak pasti. Saya juga pasti semua DVD ini tidak
dicetak lagi, yg ada semuanya stok lama. Beli untuk koleksi je OK?
2002

2001
26 Ogos 2001
Ingat lagi e-mel saya sebelum ni tentang VCD
'Block 404'? Khabarnya mendapat sambutan yg menggalakkan. Walaupun judul tersebut dibuat
dalam bentuk video (bukan filem) dan dijual terus dalam bentuk VCD tapi idea ini memang menarik kerana mereka boleh mempelbagaikan cerita tanpa perlu memikirkan sangat
tentang kerugian besar yang bakal ditanggung sekiranya ditayangkan di pawagam. Maksud saya, cerita 'Block 404' ni kalau ditayangkan di pawagam
sudah tentu tak ramai yg akan tonton. Kenapa? Kerana ia termasuk dalam kategori (genre) thriller, atau cerita2 yang mendebarkan dengan unsur2
menakutkan, suspens serta ngeri. Saya rasa tak banyak filem melayu dalam genre ni. Jadi bagi peminat2 filem thriller sekarang bolehlah menambahkan koleksi filem thriller tempatan
dengan menonton 'filem' ini walaupun cuma di kaca TV. Bagi yang sudah jemu dengan filem drama, cinta dan komedi juga boleh mencuba melihat sejauh mana kreativiti
orang Malaysia dalam membuat cerita suspens thriller. Selepas menonton VCD 'Block 404'
ni, saya rasa mereka memang boleh buat dalam bentuk filem
kalau mahu, tetapi sengaja dibuat dalam bentuk VCD kerana faktor kecenderungan penonton tempatan yg lebih menyokong filem-filem cinta dan komedi. Bagus jugak idea
mereka ni. (FAKTA: filem thriller tempatan memang tak boleh jual di pawagam).
BLOCK
404: filem ni diberi label 18SG. Kisah thriller remaja ataupun 'teen-slasher movie' (betul ke ni?) macam Hollywood suka buat tu.
Banyak bunuh-bunuh... tak tahu siapa
pembunuh sebenarnya yg cuma akan muncul di akhir cerita dan benda-benda misteri yg akan membuatkan penonton tertanya-tanya, resipi biasa filem thriller.
Bagi
saya, filem ni boleh tahan... mereka seboleh-bolehnya mahu lari dari imej cerekarama, walaupun dibuat dalam bentuk video.
Walaupun dari segi cerita kurang mantap tapi secara
keseluruhannya nampak usaha yg bersungguh-sungguh untuk menghidupkan cerita ni -dari segi muzik, bunyi, cahaya, lakonan dan gambar yg menarik. Ha, lagi
satu.. banyak darah laa. Dapatkan di pasaran!
10 Ogos 2001
Baru-baru ini ada sebuah syarikat penerbitan menerbitkan 'filem' terus ke VCD (seperti yg
dikhabarkan). 'Filem' tersebut BLOCK 404 tidak ditayangkan di pawagam tetapi dijual dalam bentuk VCD. Sudah beli dan tonton? (saya cuba ulas dalam e-mel akan
datang ok..).

|