[TELEFILEM] - INTAN MAHSURI (TV)


2004

2 Mac 2004
INTAN MAHSURI (IM) - akhirnya telefilem ni diulang tayang di ntv7 pada 2hb Muharram lalu. Nak siar pada cuti umum Awal Muharram tak boleh, nanti kacau slot Hindustan. Jadi IM disiarkan pada hari Isnin 2ptg. Pasti ramai yg terlepas. Saya terlebih suka IM berbanding arahan Osman Ali yg pertama Tollgate Girl. Walaupun macam ada persamaan antara keduanya, kisah gadis kampung yg merantau ke kota dan kerja sambilan lalu jatuh cinta dengan orang kaya... Tapi, IM lain sikit sebab persembahan dia lebih menarik. Unsur kegembiraan dan kesedihan yg dibuat sama rata, selain pertembungan unsur moden dan desa, kehidupan kota, kehidupan kampung - semuanya jadi satu adunan yg menghidupkan cerita. Walau bagaimanapun, telefilem ni juga ada masa-masanya macam bergerak terlalu perlahan (adegan Intan bersama Mustakim), macam nak suruh penonton sama-sama ikut melayan perasaan (agak boring bagi sesetengah orang). Tapi, nasib baik ada lagu tema yg boleh tahan juga melodinya (kredit akhir tak tulis penyanyinya, takkan Umie Aida?). Ending di kampung memang best, walaupun macam mengulangi Tollgate Girl, dan kali ini juga Rashid Salleh lagi.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys