|
2004
20 Julai
2004
J-BON JR. (Jebon Junior) - pakej telefilem Senario ini mungkin nampak
menarik, tetapi tidak isinya. Saya cuma tertarik bila mendapat tahu tentang penglibatan Asia Pacific Videolab (APV) di dalam penerbitan
VCD ini. Kualiti penerbitannya boleh dikatakan memuaskan hati, tetapi tidak kualiti cerita (skrip) nya. Apa yg sebenarnya ingin
diceritakan? Bila masuk Disc 2, ceritanya masih berlegar-legar tanpa arah tujuan. Bukan tiada
arah tujuan langsung, tetapi arah tujuannya itu kalau nak diikutkan boleh saja ditamatkan dalam Disc 1 lagi.
Ceritanya amat mudah, kisah penyiasat yg tidak menyiasat. Bertambah pelik bila ancaman Orang Jahat
dalam filem ini adalah untuk memusnahkan manusia, tetapi pergerakan cerita ini seperti tiada
ancaman yg akan terjadi. Apa yg kelihatan, telefilem ini cuba menjurus ke arah komik, seperti Batman. Takde
salahnya kalau dibuat betul2 ke arah itu, tetapi nampaknya telefilem ini lebih ke arah
untuk menjual Senario, dan sasarannya kepada kanak2 yg cuma mahu melihat muka Mazlan, Wahid dan Azlee (Saiful Apek bukan
anggota tetap Senario). Ceritanya bermula dengan agak menarik. Ada juga stail dalam
memperkenalkan watak-wataknya. Selain itu, penonton dihidangkan dengan banyak lawak slapstik yg tidak mampu langsung
untuk mengundang ketawa. Oleh itu, dapatkan sekarang.. VCD sitkom Senario musim awal
(sebelum mereka muncul dalam Senario The Movie). Gerenti lawak. Lupakan J-Bon Jr ini walaupun penamatnya membayangkan
kemungkinan adanya sambungan yg akan dibuat secara bersiri (tolonglah jangan). Kalau anda ingin menonton juga, perhatikan pelakon perempuan
bernama Natasha Hudson itu yg akan muncul dalam filem Dayang - boleh ke tu...?



|