|
2004
30 Mei
2004
KELIBAT - telefilem seram paling bagus sehingga kini. Arahan dan
lakonan Afdlin Shauki. Banyak muka-muka Buli ada dalam telefilem ini. Kisah bermula dengan misteri, beserta teknik yg luar dari kebiasaan
telah digunakan untuk menimbulkan suasana misteri tersebut dan ia sangat bagus. Memang penonton akan takut kepada sesuatu yg tidak
nyata. Sama seperti mana dalam dunia realiti. Perasaan penonton dimainkan sepanjang cerita ini. Kelibat juga dibuat seakan gaya
sebuah filem. Teknik bercerita yg mengadunkan siri-siri pengalaman watak-watak pembantu
menjadikan telefilem ini lebih mudah diterima. Penonton dibawa melihat kisah pembantu hotel (lakonan Aziz M. Osman),
kemudian kisah pencuci hotel, pelayan, pengurus... semuanya ada cerita masing-masing yg
memainkan penonton kerana ia berdasarkan pandangan watak itu yg hampir sama, tapi berbeza sedikit dari cerita
watak-watak lain. Penonton menerima cerita-cerita itu yg tidak dapat dipastikan yg mana satu yg
benar. Tugas watak Afdlin dan temannya lakonan Riezman ialah menyelesaikan misteri itu. Kisahnya mengenai
rahsia pembunuhan pekerja hotel yg dikatakan menjadi hantu dan semua yg terlibat dilihat
mempunyai potensi menyebabkan kematian itu, tetapi watak Afdlin dan Riezman perlu mencari siapakah 'hantu' itu
sebenarnya dulu sebelum memerangkap pembunuhnya. Dalam telefilem Kelibat ini, mereka berdua
(watak Afdlin dan Riezman) sebenarnya adalah pembikin telefilem seram yg cuba membikin sebuah cerita yg
luarbiasa tidak seperti telefilem seram yg lain yg kelihatan serupa. Dan, telefilem Kelibat ini sebenarnya adalah
hasil kerja mereka. Walau bagaimanapun, adegan di rumah bomoh Din Beramboi agak panjang
dan tidak perlu. Cuma untuk 'menganiaya' Patrick Teoh (kesiannya..). Lagi satu, masa Afdlin dan Riezman menyamar untuk
tinggal di hotel berhantu itu, dan Patrick sebagai pengurus hotel terpaksa melayan
kerenah mereka berdua adalah antara babak paling menarik. Lakonan para pelakon yg selamba dan tidak terikat dengan dialog juga
OK. Dan, seram juga masa Afdlin tidur di hotel itu - perhatikan di atas almari: perlahan-lahan ia muncul. Hahaha. Tonton segera hanya
sekiranya anda tidak perlu menghuni mana-mana hotel untuk masa terdekat ini :) VCD Kelibat boleh ditonton di sebelah siang
hari, kerana 'kelibat' sebenar suka menjelma di waktu gelap (betul atau tidak,
cubalah)


|