[TELEFILEM] - NEON (VCD)


2004

18 Februari 2004
NEON - kalau boleh saya ingin mengatakan yg ini adalah sebuah telefilem VCD paling bagus yang pernah saya beli dan tonton. Kelainannya begitu ketara. Terutama sekali tentulah berkaitan penggambarannya yang menggunakan steadycam. Opening kredit sungguh bergaya - mengalahkan filem wayang. Shot-shot yang diambil - menunjukkan kesungguhan dan memang memberi kesan kepada penonton. Pelakon lelaki utama berjaya menghidupkan wataknya, walaupun pelakon budak lelaki tu nampak agak kekurangan. Sebagai bonus, ada 60 lebih pelakon popular (sesetengahnya tak popular - tipu ka?) membuat penampilan istimewa dalam banyak babak pendek. Respek kepada penerbit vcd ini yang berjaya mendapat sokongan banyak pihak untuk menjadikan ia satu produk yang bagus. Bayangkan para pelakon 'popular' mahu bekerjasama cuma untuk sebuah telefilem vcd, bukan filem. Sudah tentu mereka yakin dengan projek ini. Kebanyakan karyawan yg membikin telefilem ini juga kebanyakannya ahli AFM (akademi filem malaysia?), dan nampaknya mereka semua berpotensi dan patut diberi peluang yang lebih besar dan banyak. Nak komplen tentang apa ya? Hmm.. Sound effect bila adegan gerak-pantas kedengaran sedikit 'menyakitkan telinga'; 'suntingan terlompat-lompat' pada mulanya nampak bergaya (bila hero berjalan ke arah heroin yang sedang duduk atas tangga) tapi bila digunakan keterlaluan (hero-heroin berborak sambil jalan dalam satu babak panjang) rasa sungguh terganggu, terutama dialognya. Lagi satu, api yang digunakan untuk 'menghiasi' jalan dan lorong macam kurang sesuai dan memang kelihatan terlalu diada-adakan. Selain itu, telefilem ini berwarna-warni dengan pelbagai watak kecil - dari pemandu teksi, bangla, pondan, pelacur, gay (projek dalam toilet), pengemis, penyangak, hinggalah mat motor, orang-orang kaya (melayu saja?), kutu rayau, kaki gaduh, banduan, kedai bergerak (Apek) dan banyak lagi. Dari segi cerita, memang terkawal dan disusun dengan menarik: kisah hero yang bernasib malang dan titik perubahannya bila dompetnya dicuri oleh seorang budak. Dari situ hero melalui pelbagai peristiwa dan berjumpa ramai orang, pelbagai watak. Hero semakin jadi orang lain bila dia jumpa heroin, sambil terus menyelesaikan masalahnya dengan bantuan budak tadi. Kiranya cerita ini tak boring langsung, walaupun sampai satu ketika kita tertanya: biar betul semua ini berlaku dalam satu malam? Tapi, tak mustahil kan? Berbalik kepada 'hiburan' yang disampaikan melalui 60 lebih pelakon 'popular' tadi: ada beberapa pelakon saya tak sempat 'tangkap' - macam Izi Yahya, Ako dan pengemis (yang kutip tin kosong tu, bukan Abby). Saya paling suka 2 watak itu: pengemis (tengok sendiri kalau nak tahu siapa dia - memang tak dapat 'cam' dia dengan mulut herot, comot dan jalan terseret-seret - lawak betul masa nak ambil tin tu, jadi real), sorang lagi iaitu yang paling best: banduan (Norman Hakim) - dia ni yg paling lawak, saya suka watak dia, sampai saya rasa patut buat satu cerita tentang dia saja (macam mana dia boleh kena tangkap? apa kesalahannya? dia kata dah selalu kena penjara kan?). Dan banduan ni pun otak ada sedikit tak betul (masa hero keluar dari bilik Insp. Jalal tu dan tiba giliran banduan tu, saya terfikir agaknya macam manalah Jalal nak kena handle Norman tu - patut dibuat cerita tentang dia la, memang). Muka pun macam saiko sikit. Lawak saiko lah banduan tu - yeah! yeahhh!!

21 Januari 2004
NEON - ada orang komen yang telefilem ini bagus ceritanya. Saya tidak tertarik untuk menonton kerana semua publisiti untuk VCD ini lebih membesarkan tentang kisah pelakon paling ramai dalam sebuah telefilem (apalagi dengan mendapat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia - ?) . Tiada langsung publisiti tentang apa isi ceritanya (sehingga sekarang saya tak tahu ceritanya). Memandangkan ada yang suka ceritanya, saya akan cuba tengok. Kalau OK baru saya recommend nanti.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys