|
2001
26 Ogos 2001
Ingat lagi e-mel saya sebelum ni tentang VCD
'Neurose Dwi'? Khabarnya mendapat sambutan yg menggalakkan. Walaupun judul tersebut dibuat
dalam bentuk video (bukan filem) dan dijual terus dalam bentuk VCD tapi idea ini memang menarik kerana mereka boleh mempelbagaikan cerita tanpa perlu memikirkan sangat
tentang kerugian besar yang bakal ditanggung sekiranya ditayangkan di pawagam. Maksud saya, cerita 'Neurose Dwi' ni kalau ditayangkan di pawagam
sudah tentu tak ramai yg akan tonton. Kenapa? Kerana ia termasuk dalam kategori (genre) thriller, atau cerita2 yang mendebarkan dengan unsur2
menakutkan, suspens serta ngeri. Saya rasa tak banyak filem melayu dalam genre ni. Jadi bagi peminat2 filem thriller sekarang bolehlah menambahkan koleksi filem thriller tempatan
dengan menonton 'filem' ini walaupun cuma di kaca TV. Bagi yang sudah jemu dengan filem drama, cinta dan komedi juga boleh mencuba melihat sejauh mana kreativiti
orang Malaysia dalam membuat cerita suspens thriller. Selepas menonton VCD 'Neurose Dwi' ni, saya rasa mereka memang boleh buat dalam bentuk filem
kalau mahu, tetapi sengaja dibuat dalam bentuk VCD kerana faktor kecenderungan penonton tempatan yg lebih menyokong filem-filem cinta dan komedi. Bagus jugak idea
mereka ni. (FAKTA: filem thriller tempatan memang tak boleh jual di pawagam).
NEUROSE DWI: filem ni diberi label 18SG. Judul yg menarik.
Ceritanya lebih berat dari 'Block 404'... dan lebih menarik. Sesiapa yg suka filem thriller mesti tonton filem ni!
Sesiapa yg tak
biasa dengan genre ni pula, anda kenalah bersabar sehingga penghujung cerita kerana kepuasannya terletak di sana. DWI pada judulnya merujuk pada dua watak
berbeza, baik dan jahat. Kisah tentang doktor, split personality, pembunuhan dan penyiasatan.
Seperti 'Block 404', filem ini juga dibuat dengan mementingkan kualiti.. DAN mereka
sungguh berbangga dengan hasil kerja mereka sehingga dimuatkan 'The Making of Neurose Dwi' di akhir VCD ni... ada ditemubual pengarah, penerbit, ada para pelakon
memberi pendapat tentang watak masing-masing dan ada behind-the-scene. RM19.90
sahaja.
10 Ogos 2001
Baru-baru ini ada sebuah syarikat penerbitan menerbitkan 'filem' terus ke VCD (seperti yg
dikhabarkan). 'Filem' tersebut NEUROSE DWI tidak ditayangkan di pawagam tetapi dijual dalam bentuk VCD. Sudah beli dan tonton? (saya cuba ulas dalam e-mel akan
datang ok..).

|