[TELEFILEM] - ODISI (TV)


2003

24 Disember 2003
ODISI: TOMI CINTA DELIA - masih lagi menjadi misteri - kehilangan Odisi. Tiba2 pada hari raya lepas muncul filem ini. ntv7 lah, mana lagi. Saya terlepas menonton filem ini. Ye lah kan, hari raya. Tapi memang rugi jugak lah sebab saya memang nak tengok lakonan kanak2 tu (mungkin bagus?), sebab lakonan kanak2 dalam telefilem2 lain macam tak boleh harap langsung je. Ada lagi ke pelakon kanak2 yg terer2.

30 September 2003
ODISI - entah apalah yang terjadi pada Odisi ni? Saya tak salah bila mengatakan Odisi pasti muncul pada Sabtu terakhir setiap bulan. Memang betul. Bermula 31 Mei lalu dengan Piala Untuk Mama, diikuti dengan Bulan Jadi Saksi (Jun), Rambutan.. (Julai) dan The Son (Ogos). Sabtu terakhir September telah pun berlalu. Baru berlalu. Pukul 9.30 malam, ntv7 - pabila jari menekan channel 7 pada remote, akhirnya.. muncullah..., bukan Odisi, tapi... err.. Rancangan Masak-Masak??. Erkk, apa ni? Cis, ntv7 sungguh tak patut. Slot Odisi boleh jadi rancangan masak-masak?? Biar betul. Huhuhu.. sedih betul! Memang tak percaya, rancangan masak-masak. Lawak aaa.. penat je promosi. Tapi, ehhmm (serius balik), Odisi tetapi akan dinantikan. Antara judul yg bakal muncul ialah: Sungai Nibong, Lang Suri, Nasib Oh Nasib, Min, Tomi Cinta Delia, Tetangga dan Tebing Biru (cerita misteri arahan Osman Ali). Ada 2 lagi judul tak dapat di cari, sebab Odisi musim pertama ni dikatakan terdapat 13 siri. Yang pasti, Sabtu nanti rancangan masak-masak tetap muncul jua, dan bukannya Odisi. Jadi, tak perlu le tunggu.

23 September 2003
ODISI - Cerekarama versi pendek? Mungkin tidak, sebab langsung tak macam Cerekarama. Dah berapa siri yg keluar ha? Mari menguji ingatan, hmm.. Piala Untuk Mama, Bulan Jadi Saksi, Rambutan Direct Selling, My Son (tak mengikut turutan?). Rasa macam tertinggal satu judul pulak. Tak kisahlah. OK, siri Odisi ni macam muncul tak tetap kan? Tapi, sebenarnya Odisi ni disiarkan pada Sabtu terakhir setiap bulan. Kalau macam tu, Sabtu ni ada lah kan? Iklannya belum keluar lagi. Cerita apalah pulak lepas ni... Mesti ramai yg menantikan cerita yg diarahkan oleh Osman Ali kan?, sebab yg tayang sebelum ni semuanya cuma diterbitkan oleh beliau, tapi arahan orang lain. Odisi, mereka cuba cari (dan beri) kelainan, direct ke ruang tamu setiap orang, jadi kita kena tengok - Odisi!



www.filemkita.com © 1999-2005 khys