[TELEFILEM] - OK (VCD)


2004

18 Februari 2004
O.K - terbitan Gitu-Gitu Prod bersama Motion Planet. Arahan/lakonan: Apek. Pelakon lain: Kuman, Yassin Aku Kaya dan Tuty. Cerita ini sedikit gila-gila. Bermula dengan agak bagus. 30 minit pertama tak banyak dialog (sesuatu yang luarbiasa untuk cerita komedi). Tapi, cerita ini agak kehilangan arah bila masuk adegan kumpulan Adza. Bila sampai je adegan akhir, cerita ini terus tak tentu arah. Tak tahu ke mana harus dituju. Apek bawa 2 watak, dan dia tak banyak aksi slapstik. Bolehlah tengok setakat sambil-sambil buat kerja lain. Ada juga adegan yang boleh buat orang tergelak, walaupun ceritanya macam yang saya komen di atas. Lagi satu, judul OK ni sebenarnya dah pernah digunakan oleh sebuah filem walaupun maksudnya lain. Mungkin juga sebagai balasan kepada pembeli vcd Qudut Qatik yang tertipu dengan harga 2 cd untuk 1 cd, jadi pembeli OK akan dapat 1 free cd lagu. Selain daripada itu, tak payahlah beli vcd ni. Pinjam aje dari jiran sebelah ok?



www.filemkita.com © 1999-2005 khys