[TELEFILEM] - SAYANGNYA LIYA (VCD)


2003

23 September 2003
SAYANGNYA LIYA - ulasan Utusan kata filem ni tiru Diabolique (Sharon Stone?). Entah, tak tengok pulak filem lagi satu tu. Betul kot (sebab, Malaysia kan boleh). Tapi, dalam VCD ni, kalau tak silap, ada tunjuk TV cerita Wild Things. Kononnya macam ada kaitan le. Selain itu, yg agak menariknya ialah VCD ni dibuat stail filem. OKlah tu. Cuma, kalau cerita tu lebih original, pasti gempak. Ini sudah macam tak best sikit bila keluar ulasan cam tu.

3 September 2003
Tak jumpa Najwa, sambar pula Sayangnya Liya (walaupun ada logo NSR - syarikat rakaman muzik yg biasanya keluar VCD hampas, tapi untuk telefilem ni, NSR cuma pengedar dan tiada penyanyi sebagai pelakon). OK ke? Entah.

15 Ogos 2003
Satu lagi VCD yg saya harap akan jadi bagus (kos penerbitan pun sampai RM180,000?) ialah Sayangnya Liya (18SG). Best kot? Akan keluar bila-bila masa.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys