|
2004
7 April
2004
SEPI ANGIN KE KOTA LONDON - telefilem
yg ramai orang suka tu. Boleh lihat poster promosinya di laman web penerbit. Takde apa lain
maklumat sangat, selain senarai pelakon. Gambar itu sebenarnya bersaiz besar, tapi
di'resize' oleh browser. Klik link di bawah sekali untuk lihat saiz sebenar.
http://www.cosmovision.com.my/Synopsis%20Sepi%20Angin.htm
http://www.cosmovision.com.my/Sepi%20Angin%20k%20Kota%20London.jpg
18
Februari
2004
SEPI ANGIN KE KOTA LONDON -
telefilem ini masih menggunakan teknik dan gaya lama. Kerana permintaan ramai, ia diulang tayang cuma dalam
masa sebulan setelah kali pertama ditayangkan Januari lepas. Cerita yang sungguh
ringkas. Cerita begini memang kegemaran ramai. Masukkan saja babak sedih, sentuh hati penonton, dan kita kita ada
pemenangnya. Telefilem 2004 pilihan penonton setakat ini. Walaupun begitu, telefilem ini
agak menarik susunan ceritanya, perjalanan ceritanya cepat (adegan pendek, tak membuang masa), dan penting sekali ia jujur mahu
bercerita. Buktinya pemilihan pelakon-pelakon baru yang memegang watak-watak
utama. Mereka ini semuanya berlakon sepenuh hati. Watak lelaki utama (hero) dan 2 orang cina (termasuk heroin) adalah pelajar teater dari
USM. Tak hairanlah mereka berlakon tak seperti pelakon, tetapi menjadi watak
mereka. Yang paling ketara pengucapan dialog mereka yg jelas. Pelakon tumpuan utama sudah tentunya hero - dia patut diberi
peluang yg lebih banyak, kerana tak ramai pelakon lelaki kita yang berdialog dengan tepat
dan jelas macam dia (contoh lain seperti Eman Manan, atau pun Nasir Bilan Khan).
Mungkin nada suara mereka memang
sebegitu atau hasil latihan? Hero popular Rosyam Nor juga tidak berdialog begitu, mungkin yg
ada sekarang ialah Zamarul Hisham. Berbalik pada cerita, ya, saya dengar ada yg kata
'loghat utara lagi!!'. Siapa boleh salahkan pembikin filem sekiranya mereka rasakan
yg 'cerita kisah kampung' sesuai berlokasikan Kedah (atau perlis?). Mungkin itu realitinya, atau pembikin filem
merasakan sememangnya ceritanya lebih hidup dalam suasana dan lokasi sebegitu.
Tapi, best apa dengar awek cina cakap loghat utara yang real punya (bukanlah seperti banyak filem yg menyelitkan loghat utara
sebagai komedi sampingan). OKlah, ceritanya tentang seorang pelajar (hero) yg ditawarkan menyambung pelajaran ke England, kisahnya
berlegar dalam seminggu sebelum hari dia berangkat. Lepas tu, adalah diselitkan kisah cinta yang berakhir dengan tragedi.
Simple saja kan? Saya
cuma harap ditunjukkan lebih sikit 'kebijaksanaan' hero hingga dia berjaya dalam pelajaran.
Kita cuma diperlihatkan dia ajar kelas tusyen
budak-budak, lepas tu flashback tunjuk zaman sekolah dia jumpa awek cina tu.
Tapi, takde pun ditunjukkan tentang 'asal-usul' kebijaksanaan dia tu - banyak membaca ke (dok main dengan member je..), cara belajar
dia yg lain ke, apa ke.. Sedar-sedar je terus dah nak pergi London, mungkin dia dilahirkan pandai, atau pelajar lain semua tak begitu
pandai, jadi dia terpilih atau apa (semua ini tak ditunjukkan, jadi kepandaian dia tu agak
kurang menyerlah, wataknya tak membina). Ya, memang cerita ini nampak sangat bermodal rendah.
Mungkin kerana
setting 70-an, jadi diorang tak mahu tunjuk sangat zaman sekolah dia, dan lain-lain detail
lagi. Begitu juga endingnya yg sepantas kilat. Tiba-tiba je muncul perompak (diorang rompak apa di pekan kecil
tu? siap berpistol segala..), dan penamatnya di kedai itu - yang mana masih menggunakan idea lama
- flashback. Sempat lagi nak tunjuk itu semua (stail hindustan) - sebab nak melayan perasaan
penonton. Sekadar itu sahaja, cuma ada sedikit adegan flashback yg rasanya cuba meneroka hubungan hero-heroin, di
mana ditunjukkan zaman kecil mereka. Tapi, semuanya seakan terlambat. Ceritanya simple.
Mungkin
terlalu simple. Mungkin ia perlukan teknik dan gaya baru supaya nampak sedikit pembaharuan dan kelihatan
segar. Akhirnya apa yg penonton ingat adalah kesedihan, penamat yang membuatkan penonton
ingin mengulangi babak-babak gembira di awal cerita (tu yang hantar surat kat Utusan minta RTM ulang
tayang). Bahagian yg menarik dalam telefilem ini ialah bila hero di rumah guru silatnya dan bersembang
tentang hari yang bakal dia lalui nanti (gurunya ingat dia nak ke Skot-land).
Sebaik saja hero berlalu pergi, api pelita di
anjung rumah beralun-alun, angin sepoi-sepoi bahasa, dan akhirnya api pun padam.
Simbolik betul.

|