|
2004
7 April
2004
SERIAU - indah khabar dari
rupa. Tak seriau pun. OKlah, adalah serba sedikit imej-imej yg 'menyeriaukan' -
membabitkan wajah-wajah hantu Ellie Suriaty. Perjalanan ceritanya,
watak-wataknya, penggambarannya - semuanya kurang mantap, serta masih menurut
jejak dan perjalanan yg telah banyak kali digunakan oleh banyak telefilem vcd
lain sebelum ini. Nampak seperti tujuan utamanya sekadar untuk menakutkan
penonton. Ia bermula seperti hendak bercerita sesuatu (adegan di kampung) dengan
membiarkan penonton tertanya-tanya. Bila ceritanya beralih ke zaman sekarang, ia
masih lagi tidak mahu bercerita, atau sekurang-kurangnya menjelaskan sesuatu
supaya penonton ingin tahu selanjutnya. Semuanya samar-samar. Ditambah pula
kehadiran 3 orang lelaki (Zamarul, separuh botak & cina) memburukkan cerita
hingga tak tentu arah. Adegan mereka bertiga mempelawa seorang perempuan (nampak
sangat hantu) naik kereta sungguh entah apa-apa. Banyak telefilem/filem yg suka
tunjuk kononnya pelakon itu tidak nampak apa yg sepatutnya dia sudah nampak.
Bila mamat botak berhenti depan kubur cina, dia sepatutnya sudah nampak dari
jauh lagi, tapi lama kemudian, bila kamera dari pandangan jauh baru tunjuk yg
dia terkejut gila nampak kubur yg banyak sedangkan dia sepatutnya sudah boleh
nampak lebih awal lagi. Janet Khoo sebagai: perempuan cantik, pakai baju putih,
tengah malam buta, jalan sunyi sepi, tak bercakap sepatah haram, mata tak
berkelip - eh, dia ni hantu ke? (err.. apa? ulang lagi sekali soalannya. kena
berfikir panjang ni. hantu ke bukan? cis). Watak Serina lagi la entah apa-apa,
wataknya diadakan untuk mati. Takde apa sebab kewujudan watak dia - cuma alasan
untuk mengundang watak Zamarul dan 2 orang mamat tu untuk muncul di tempat hantu
itu dan akhirnya ramai yg mati (itu pun tak dijelaskan kenapa Zamarul perlu
pergi jumpa Serina). Akhir sekali, adegan 'bangun dari mimpi' berjaya
di'kabur'kan sedikit - apabila muncul kata-kata yg hantu itu masih
berlegar-legar antara langit dan bumi sambil ditunjukkan Ellie Suriaty sedang
merayau dalam hutan. Jadi, adakah yg bangun dan berjalan itu, manusia atau
rohnya? (nasib baik sedikit ada tanda soal dihujungnya. jadi tak lah terasa
tertipu seperti selalu, walaupun berharap suatu twist yg lebih baik dan susah
dijangka akan dapat dipersembahkan. mungkin untuk cerita akan datang).
2 Mac
2004
SERIAU
- perkembangan terkini, VCD telefilem ni akhirnya dilancarkan. Akan berada
dipasaran bila-bila masa dari sekarang. Arahan pertama Ellie Suriaty, dia juga
berlakon. Kisah seram, Janet Khoo jadi hantu (!).

2003
24
Disember 2003
SERIAU - dah lama juga dengar tentang projek telefilem VCD
ini. Arahan pertama Ellie Suriaty. Wow. Kisah seram. Tapi, macam dah lama tunggu
dah ni. Tersangkut ke?

|