[TELEFILEM] - SKUAD ELIT SPECIAL EDITION (VCD)


2003

27 Oktober 2003
Sebuah lagi VCD telefilem yg sempat ditonton - "Skuad Elit (Special Edition)". Sudah lama sebenarnya mencari VCD ni. Sejak ia menang award dalam satu pertandingan dulu, menang kategori Animasi dan Kesan Visual. VCD ni sebenarnya berdasarkan siri TV Skuad Elit, kisah anggota kastam pencegah penyeludupan. Dalam VCD ni, ia tentang penyeludupan senjata api. Menariknya VCD ni ialah persembahannya yg banyak mencuba teknik baru (di Malaysia) dalam penggambaran. Di akhir VCD, ada The Making Of yg banyak ditumpukan tentang pembikinan kesan khas yg dikatakan merujuk kepada filem Matrix. Pengarahnya Azizi nampaknya memang fanatik dengan filem aksi Hollywood dan Hong Kong, dan dia mencuba memasukkannya ke dalam produk tempatan. Agak rugi sekiranya tidak mendapat perhatian penonton Malaysia. Teringat satu temubual dengan Azizi di kaca TV dulu, dia kata 'Malaysia sebenarnya sudah boleh buat filem macam Matrix'. Mungkin benar, tapi kita masih belum mampu dari segi kos, idea dan paling utama - cerita. Memang VCD Skuad Elit ni banyak inspirasi luar, ada juga ditunjukkan peluru masuk badan dan nampak x-ray ala-Romeo Must Die, dan begitu banyak gerak kamera ala Matrix, juga grafik komputer tersusun di sana-sini. Kiranya, memang bagus sangatlah dari segi itu, nampak real walaupun boleh dikesan. Dari segi cerita, biasa saja walaupun ada usaha mengkaburkan sedikit hubungan watak-watak, tapi mudah difahami. Perlu juga disebut tentang aspek lain yg turut diperkatakan dalam The Making Of, iaitu perkara2 yg diberi perhatian atau membentuk konsep telefilem ini - iaitu pakaian yg bergaya, senjata api, kereta mewah (Ferrari dll), serta muzik yg terkini dan bertenaga, dan segar. Dapatkan SE sekarang.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys