|
2005
25
Januari 2005
Oleh kerana saya tak tengok semua vcd telefilem
yg telah dikeluarkan, maka saya tak boleh nak katakan bahawa ini adalah vcd telefilem terbaik
sepanjang 2004 lalu. Tapi, vcd ini memang yg terbaik yg telah saya tonton, dari segi garapan cerita dan
juga keseluruhannya. Kalau saya mahu beri rating bintang seperti yg saya lakukan pada filem
wayang, maka Surat Untuk Bulan ini akan mendapat *****. Adegan2 awal di kampung setinggan dengan suara latar
budak perempuan menceritakan kehidupannya sahaja pun sudah berjaya memberi kesan
'mesti tonton' terhadap filem ini. Cerita ini ada fantasinya, walaupun persekitarannya
telah dibuat seboleh mungkin mendekati realiti. Jadi, penonton dapat lihat banyaknya unsur2 'main-main' di sebalik keseriusan penceritaan filem
ini. Macam tarian budak perempuan itu yg memfokuskan pada kaki, dan kita semua tahu seperti
mana filem2 melayu klasik dulu, kaki itu akan membesar, memperkenalkan penonton kepada heroin kisah cinta remaja
ini. Apa yg menariknya mengenai cerita ini selain selitan fantasinya, ialah kelainan yg jarang kita lihat dalam kebanyakan filem wayang. Tiada
lagi lokasi2 biasa, watak2 biasa, komedi2 biasa, orang2 jahat biasa, dan lain2. Ini adalah satu kelainan yg patut semua penonton lihat.
Malang sekali sekiranya vcd ini tidak mendapat sambutan, sedangkan pihak penerbitnya
sudahpun memberi sepenuh kepercayaan kepada pengarah Osman Ali utk kembali menyegarkan penerbitan vcd tempatan.
Jadi, 'mesej' yg diterima oleh penerbitnya ialah 'penonton tidak menyukai filem sebegini' walaupun
hasilnya memang lebih bagus daripada kebanyakan filem wayang. Agak merugikan juga kerana
kesanggupan penerbit seperti itu mungkin tidak akan muncul lagi utk memberi peluang seterusnya kepada karyawan lain
pula. Walaupun cerita ini panjangnya 2 jam 20 min (kalau filem, mungkin sudah dikira
sebagai suntingan pengarah), namun terasa begitu puas menantikan penamatnya. Nampaknya Osman Ali perlu lekas memunculkan
dirinya sebagai pengarah filem wayang pula, kerana dia mampu memberi saingan dan mungkin juga boleh memberi inspirasi supaya muncul lebih
ramai pengarah sepertinya yg ingin mengubah rupa filem kita utk tahun2 yg akan
datang.


2004
20 Julai
2004
Telefilem ini mungkin sudah pun berada di
pasaran. Karya pertama Osman Ali selepas menerima Anugerah Karyawan Muda FFM17. Saksikan!
7 April
2004
SURAT UNTUK BULAN - belum keluar. Telefilem vcd
arahan Osman Ali ini juga rupanya ada menyelitkan unsur fantasi dalam watak
Puteri Bulan. Kisah sorang awek yg menyimpan perasaan terhadap bos tempat
kerjanya dan cuma 'menghantar surat' (atau rintihannya?) untuk bulan. Puteri
Bulan akhirnya 'muncul' untuk 'membantunya'. Kisahnya bukanlah fantasi yg begitu
keluar dari realiti, mungkin ia sekadar simbolik saja.
2 Mac
2004
SURAT UNTUK BULAN - berita gembira. VCD telefilem
pertama arahan Osman Ali. Sedang dalam pembikinan. Target untuk dipasarkan bulan
depan. Audio One Entertainment akhirnya sedar akan kehadiran Osman Ali, juga
sedar dengan tahap kualiti telefilem VCD, akhirnya mereka cuba berubah, cuba
memberi cabaran kepada penerbit2 lain. Kisah permasalahan remaja, dengan judul
yg puitis. Lakonan Azizan dan Sazzy Falaq (Piala Untuk Mama)

|