[TELEFILEM] - ZON 606 (VCD)


2004

30 Jun 2004
Permulaan telefilem ini berpotensi untuk menarik perhatian penonton mengikuti kisah seterusnya. Perhatikan babak2 awal semasa kredit, tanpa dialog, bermain dengan visual, bunyi dan muziknya. Memang menarik, hinggalah munculnya babak dalam kereta yg akan menjelaskan penyebab cerita ini, iaitu antara adegan yg dibuat dengan sungguh tidak menarik. Selepas itu ia semakin tak tentu arah dan di pertengahan cerita seakan hilang tumpuan. Adakah kerana suntingannya yg dibuat semula untuk mendapat kelulusan LPF telah menyebabkan ceritanya menjadi kurang menarik? Walau bagaimanapun, tak dinafikan terdapat banyak juga adegan2 yg kelihatan menarik dan dibuat dengan bagus, yg seterusnya telah membangkitkan tahap ingin tahu penonton. Seperti kebanyakan telefilem vcd lain, filem ini juga masih kurang serba-serbi dalam bahagian teknikalnya: rakaman bunyi, cahaya, muzik dll. Lakonan para pelakon juga sekadar boleh tahan, termasuk Nisda yg nampaknya cuba menjiwai wataknya tapi kurang berjaya, dan secara keseluruhan tiada seorang pun watak yg betul2 meyakinkan. Kalau nak tengok juga, bolehlah pinjam saja vcd ini.

30 Mei 2004
Akhirnya keluar juga VCD telefilem ni. Mungkin telah disunting semula mengikut panduan LPF? Entahlah, takkan gimik saja kot semua kekecohan itu dulu. Tapi kini VCD ini sedang berada di pasaran. Dapatkan segera. Sijil LPF nya meletakkan tajuk telefilem ini sebagai Enam Kosong Enam dan tiada perkataan Zon. Dan, telefilem ini lulus bersih (tanpa potongan) dalam kategori U. Akan ditonton.

7 April 2004
ZON 606 - akhbar Malay Mail (dan baru ni Berita Harian pula) kata telefilem vcd ini telah diharamkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Telefilem arahan Bryant Low ini banyak adegan ganas dan pembunuhan. Kisah sekumpulan pemuzik yg terkandas di sebuah tempat yg terpencil (bernama Zon 606) dan menjadi sasaran pembunuh saiko (tiba-tiba saja teringat filem Texas Chainsaw Massacre). Ada juga melibatkan kisah penganut ajaran sesat yg pernah tinggal di Zon 606 itu. Kalau banyak adegan tak lulus dan dipotong, tentu mengganggu jalan ceritanya, jadi mungkin kerana itu ia tidak dilulus(halal)kan. Dahsyat juga cerita tulisan Osman Ali ini. Mungkin pengarahnya Bryant juga tidak memikirkan tentang LPF lalu membiarkan daya imaginasinya keluar tanpa sekatan. Ini Malaysia lah brader. Malaysia tidak boleh - takkan sudah lupa.

18 Februari 2004
ZONE 606 - iklan dalam vcd OK dan Neon kata yang telefilem ni akan berada di pasaran pada Disember 2003. Dah keluar dah ke ni? (pengedaran vcd ni, sesetengah tempat kekadang lembab). Nantilah pergi cari. Macam tak konfiden pulaklah dengan vcd ni. Tapi, memikirkan hasil cerita Osman Ali, cubalah tengok juga nanti.


2003

24 Disember 2003
ZON 606 - sebelum ini ada disebut kaitan Osman Ali dengan produksi VCD ini. Sebenarnya Osman cuma penulis (cerita atau skrip?). Pengarahnya kalau tak silap Bryant Low. Tunggulah VCD ni keluar nanti.

12 November 2003
ZON 606 - telefilem VCD ini belum keluar lagi, tapi menarik untuk diperkatakan. Baru je diumumkan. Selepas Blok 404 dan Kem 505 (kedua-duanya arahan Silver), penerbitnya kini akan mengeluarkan Zon 606. Tapi, berita kurang seronoknya ialah, ia tidak akan diarahkan oleh Silver. Berita pertama mengatakan pengarahnya seorang berbangsa Cina, belum pernah dengar namanya sebagai pengarah VCD. Takpelah, mungkin bagi peluang orang baru. Tiba2 semalam Harian Metro tulis pengarahnya Osman Ali. Pelik tu... tapi, kalau betul memang ternanti-nanti lah, sebab ia akan memberi peluang Osman tunjuk bakatnya mengarah cerita triller, yg mungkin boleh jadi lebih real dan gempak dari banyak2 cerita triller sebelum ini. Tapi, macam mana pun kena tunggu VCD ni.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys