|
2005
24 Ogos
2005
VAT
69 - semalam, first time aku tertengok drama bersiri VAT 69 di TV1. Boleh
tahan gak aa drama tu, menarik persembahannya. Takde langsung muka popular. Ada
stail la.. Cerita pun boleh tahan, memang tumpukan sepenuhnya kisah bagaimana
operasi menentang komunis masa zaman darurat dulu. Jangan terkejut kalau ada
split screen ala siri 24. Lepas tu, aku juga suka stail penggambaran dia. Muzik
pun simple la, lakonan boleh tahan. Aku akan cuba ikut lagi utk minggu depan,
sebab yg semalam tu memang nampaknya takde lagi sub-plot mengarut tah apa2,
unsur2 cinta semua tu. Takde juga komedi tempelan dll. Aku juga nak tunggu
tengok penampilan khas Jins Shamsudin dlm watak Ketua Polis Negara! Penerbit dan
pengarah drama ni ialah S. Mohan (jurukamera Bukit Kepong), dan Rafie Hussein
juga turut mengarah dan berlakon. Dan sekarang aku kena pergi search apa
kebendanya VAT 69 tuh! (buta sejarah la katakan.. tapi merdeka tetap merdeka.
haha..)
2004
1 Oktober
2004
Baru tonton melalui VCD:
VILLA DR. BROWN - pernah disiarkan dalam Cerekarama. Sixth Sense
Melayu! Power gak arahan Jinggo ni. Muzik best bangat. Sheila Rusly patut dapat watak utama dalam filem akan datang.
3
September
2004
Rumah Itu Dunia Aku - arahan Osman Ali - di TV1 Jumaat 9
malam. Mula ditayangkan hari ini. Sebuah lagi filem yg di'siri TV'kan. Sebelum ini ada Maria Mariana dan
awal tahun ni ada Sembilu.
Sumber rujukan: Rumah Itu Dunia Aku - Dari layar perak ke kaca TV (Oleh KHADIJAH IBRAHIM), Utusan Online 3 September 2004
7 April
2004
NERAKA
CINTA - telefilem terbaru arahan Erma Fatima. Sekali lagi Erma
membuktikan dia memang suka buat kontroversi (Afdlin Shauki dalam Buli
menunjukkan Erma mengarahkan filem Pancutan Terakhir! Haha). Watak pelacur masih
'melekat' pada hasil kerja Erma yg terbaru ini (saya tak kata setiap kerjanya
kontroversi atau berkaitan dengan pelacur, tapi lihatlah Hati Bukan Kristal,
Bintang Malam, Rozana Cinta 87, Embun dan banyak hasil bukan filem lagi -
mungkin kebetulan. Ya, memang kebetulan). Neraka Cinta kisah pelacur lakonan
Ellie Suriaty, watak yg Erma "sendiri tidak sanggup melakukannya".
Kata Erma lagi, "Telefilem ini dijayakan oleh Ellie Suriaty dan saya amat
respek dengan komitmen yang diberikan Ellie dalam telefilem ini. Dia bukan saja
menyimpan bulu ketiak untuk menggambarkan pelacur murahan malah sanggup
merangkak dalam jamban kotor di lorong belakang. Lorong Haji Taib menjadi lokasi
utama cerita ini". Itulah kata Erma dalam Harian Metro ("komitmen"
tu, jangan main-main). Hahaha, Erma, Erma.... Neraka Cinta - Akan ditayangkan
tidak lama lagi (ye ker? Ada perkataan 'neraka' kat depan tu macam mana. Tak
serik-serik lagi. Kalau saya pula: semua filem yg ada judul 'cinta' akan
diharamkan judulnya, atau disensor menjadi C**** - itu boleh. Haha, nampak lain
macam lah pulak kan?).
2 Mac
2004
SUTERA BINTANG YANG SERIBU - ini bukanlah produk
VCD, bukan juga sebuah telefilem. Tapi ia sebuah drama bersiri 13 episod.
Sengaja disenaraikan di sini sebab pengarahnya ialah Ismail Yaacob. Susah sangat
nak tengok kerja arahan dia ni (inilah nasib pengarah harapan - tidak diberi
harapan). Jadi, daripada tak dapat tengok filem atau telefilem, drama bersiri
pun jadilah. Sebuah lagi kisah remaja, tapi dibuat secara serius dan bukan
komedi main-main. Pelakon yg saya ingat cuma Fasha Sandha. Target untuk
disiarkan di TV2 bulan depan (elok sangat lah tu, kalau boleh ganti terus siri
Sembilu tu, bagi prime-time dekat SBYS ni pula, sebab biasanya drama yg serius
sikit macam ni mesti slot sebelah pagi atau petang, Yusof Haslam je yg boleh
dapat prime-time. entah apa-apa).
2003
20 Oktober
2003
SEMBILU - setelah tak dapat tonton Rabun dan Odisi, kini muncul pula
Sembilu - The Siri. The Siri tu saja tambah... Ramai dah tahu yg filem Sembilu sudah pun dikitar semula menjadi sebuah siri TV.
Disiarkan setiap Selasa di TV2 bermula minggu lepas 9.30mlm. Mungkin bukan satu kejutan
sangat, sebab sebelum ni pun Maria Mariana pernah
jadi siri TV dan disiarkan oleh TV3. Tapi, Sembilu ni special sikit sebab kemunculannya
selepas 10 tahun filem tu menggegar pawagam. Kira macam sambutan ulangtahun pula. Saya tak tengok minggu lepas, tapi
iklannya tunjuk zaman sekolah Awie dan Wati. Mungkin watak mereka dikembangkan dalam zaman tu, dan bukanlah membuat semula babak-babak
yg orang semua dah tonton dalam filemnya. Bagus juga, kira macam prequel pula. Cubalah tengok esok malam kalau nak tahu siapa jadi
Awie dan Wati. Faizal Hussein pun ada, mungkin jadi abang Wati? Pelakon asal yang
dikekalkan, sorang je - Roy Azman. Pengarahnya Along Kamaludin. Semuanya 26 episod
(Apa ni? Takkan tunjuk sampai
diorang tua. Mesti cerita meleret-leret ni. Dialog mesti berulang-ulang).
2 Januari
2003
Sabtu nanti Cerekarama TV3, Afdlin Shauki dan Ako Mustapha
berlakon. Tajuknya Raya Lagi. Dalam banyak2 filem yg akan ditayangkan tahun ni, kenapa satu pun tak ambil Ako berlakon. Rasanya dia lagi OK
dari Rasyid Salleh?

|