[TELEFILEM] - VCD


2005

25 Januari 2005
SUWA SUWEI KAMUNING - saya tak tahu kenapa Aziz M. Osman boleh terlibat dalam mengarah vcd ini. Mungkin ini adalah antara cerita kecil tak bermaya yg Aziz mahu lakukan sekurang-kurangnya sekali. Kalau nak katakan yg kisah sebegini 'ala fiksyen luar biasa yg macam Tim Burton suka buat tu' pun tak boleh juga, sebab ia kelihatan sungguh tak tentu arah apa yg sebenarnya ingin disajikan kepada penonton. Kalau nak buat 'ala komik, kartun, atau tak logik, fantasi sikit' pun nampak seolah mahu jadi sebuah cerita yg biasa seperti cerekarama. Tambahan pula, dgn adanya paparan kisah manusia zaman batu menunjukkan yg filem ini mahu jadi pelik, tapi malangnya ia tak menjadi. Akhirnya dengan segala kekurangan dan perancangan yg tidak sempurna, keseluruhan kandungan vcd ini jadi membosankan.

VOLKSWAGEN KUNING - susah betul nak cari vcd ni. Yang cetak rompaknya banyaklah pula. Tapi, nampaknya filem ini diedarkan oleh Speedy, jadi pergilah cari di sana. Saya suka filem ni. Walaupun hampir di penghujung ceritanya agak kurang bermaya, tapi boleh dikatakan hampir keseluruhannya, permulaan dan pertengahan cerita, semuanya dibuat dengan menarik. Filem ini berdasarkan kejadian benar gangguan 'hantu volkswagen kuning' di lebuhraya berhampiran Jelapang. Kisah ini dirujuk daripada majalah Mastika (inilah antara cerita adaptasi yg saya harapkan, sama seperti vcd Keris Lama tu), dan ia digambarkan secara sederhana. Penuh misteri tapi bukan untuk menakut-nakutkan, dan tiada adegan mimpi (entah kenapa saya rasa perlu beritahu itu). Banyak adegan2 yg saya suka dalam filem ini. Lakonan pun ok, sesedap rasa. Kalau skrip cerita ini betul2 padat dan berisi, saya rasa patut juga pengarahnya Shadan Hashim diberi peluang lagi utk bikin versi filem wayang pula. Tapi, sudah tentu masalah LPF menjadi penghalangnya. VCD ini pun rasanya sudah menjadi mangsa sebab tempoh tayangan agak pendek.

JEMBALANG YANG HILANG - setelah melihat vcd Volkswagen Kuning yg menarik juga itu, ini adalah satu lagi vcd arahan Shadan Hashim, yg malangnya patut dilupakan saja. Mungkin masalah vcd ini ialah pada skripnya. Seolah-olah tiada apa yg ingin diceritakan. Hantu kanak-kanak bernama Jamilah yg muncul utk membalas dendam terhadap rakan2 nya setelah 18 tahun! Rakan2 nya ketika itu sudah pun lewat 20-an. Apa agaknya yg terjadi dalam masa 18 tahun itu? Semuanya tidak dijelaskan. Cerita ini terlalu nipis. Yang menjadi keutamaan penulisnya ialah membiarkan watak2 nya berahsia utk mewujudkan kesan misteri dan tanda tanya. Hantu Jamilah sebenarnya tidaklah mengancam kehidupan pun. Tidak langsung! Ye lah, budak kecik kan. Setakat main kejar-kejar dalam rumah, pastu pergi bertenggek kat mana2, buat muka bodoh, dan harapkan mekap mata lebam utk beri kesan takut. Tak dilupakan rambut palsu yg janji rock tu! (takutnyaa...) Saya tak faham langsung kenapa orang2 dewasa dalam cerita ni takut sangat (ye lah, memang mereka ada buat salah dulu) kat budak tu. Tapi, patut tunjukkan juga la usaha mereka utk membebaskan diri dari gangguan hantu budak tu. Bukannya terus-terusan biar hantu tu main-mainkan mereka. Dah 18 tahun baru la nak pergi cari 'kubur' budak tu. Tah apa entah! Ini semua adalah kemalasan penulis skrip. Asal boleh je nak buat cerita hantu, kalau menakutkan takpe la jugak!!


2004

30 November 2004
Baru tonton:
SKANDAL GLAMOUR - lakonan Nasha Aziz, Jalaluddin Hassan dan Sheila Mambo. Mengandungi unsur2 18SX. Tapi, jalan cerita entah apa2. Penamat pun macam tak logik, menunjukkan seolah-olah pihak polis tak pandai menjalankan penyiasatan, dan begitu mudah tertipu. Telefilem ini tidak sepatutnya ditamatkan selagi tidak ditunjukkan penyiasatan terhadap Nasha sendiri, kerana kemungkinan penganiayaan berlaku dlm setiap kes jenayah, pasti ada.

TEMBUNG - arahan Fauziah Nawi, dgn cubaannya yg begitu ikhlas utk menonjolkan silat dan remaja, selain memberi pendedahan kepada para pelakon baru. Malangnya, segala-galanya seperti tidak menjadi. Lakonan macam lakonan, dan silat seolah-olah menjadi kelebihan kepada remaja2 yg sedang bercinta di pusat pengajian tinggi. Berebut awek pun nak bersilat. Bergaduh, tunjuk terer. Lebih teruk bila adanya kisah seorang pesilat handalan (Wan Shades) yg menyeleweng dan jadi ketua orang jahat. Tak faham betul apa yg sebenarnya ingin dipersembahkan dalam telefilem ini. Cinta? (tak bercinta pun) Aksi? (tak beraksi pun) Seni? (tak berseni pun). Tembung?

NAYANG - haha.. lawak la cerita ni! Kisahnya seperti Nang Nak. Suami (Ako Mustapha) masuk penjara. Orang jahat rogol dan bunuh isteri dia (Ani Maiyuni sebagai Nayang). Suami keluar penjara dan meneruskan kehidupan biasa dengan 'isteri' dia. Nak tiru boleh, tapi masalahnya banyak behagian yg boleh membuatkan penonton ketawa. Susunan ceritanya, babak2 melibatkan suami dengan 'isteri'nya, banyak yg tak kena. Lebih teruk, lakonan. Ako berlakon macam tak cukup makan. Bila hantu Nayang mengamuk, lagi la lawak. Dah tu ada pulak adegan keluar perigi macam Ringu. Nampak sangat malas mencari idea baru.

ZOOMING INTO TWILIGHT ZONE - saya tak tahu apa2 tentang judul ini. Tak tahu sama ada ini sebuah telefilem atau apa, tapi ada semacam satu amaran pada cover nya mengenai kandungan VCD ini yg mungkin menakutkan para penonton ke tahap maksimum. Ketika itu, saya agak mungkin ini sebuah produk keluaran Indonesia, versi originalnya pun tidak kelihatan dijual. Apabila ditonton, rupanya ini sebuah dokumentari (itulah kata pengacaranya, Kenji). Terdapat dua siri di mana setiap siri mengandungi 3 buah kisah misteri/takut. VCD ini memang terbitan Malaysia tetapi kredit akhirnya menunjukkan yg ia diedarkan oleh produksi Indonesia. Dan, saya tak pasti sama ada ia telah ditapis atau tidak. Dokumentari ini seolah-olah menggabungkan realiti dan rekaan. Setiap siri, pengacaranya mengundang 3 orang gadis remaja (kesemua mereka diberi pakaian yg seksi), dan mereka semua ditugaskan untuk 'menyiasat' beberapa perkara misteri yg sesetengahnya pernah benar2 terjadi dan ada juga yg kelihatan diada-adakan bertujuan menakutkan 3 peserta itu (dan juga penonton). Antara siasatan mereka ialah di sebuah lombong yg dikatakan telah meragut banyak nyawa (beberapa keratan akhbar ditunjukkan). 3 peserta disuruh berenang dalam lombong itu dan menceritakan pengalaman mereka. Ada lagi satu lombong, dikatakan boleh membawa manusia ke alam lain, dan mereka melakukan eksperimen itu (haha.. lawak). Tapi, yg paling menariknya, kunjungan mereka bertiga ke rumah Mona Fandey. Saya kurang pasti adakah itu lokasi sebenar, tapi agak meyakinkan juga. Siap tunjuk tempat lubang mayat yg terdapat dalam rumah itu, dan lain2 tanda sekitar lokasi tersebut. Ada juga sedikit temubual dengan penduduk kampung. Sekumpulan 3 lagi peserta pula disuruh menyiasat Highland Tower. Lawak juga melihat adanya patung mainan dalam almari buruk yg sudah tentu diletakkan di situ oleh krew penerbitan. Tapi, usaha mereka utk 'menyiasat' walaupun tidak se'rasmi' kajian Misteri Nusantara bolehlah dipuji kerana idea dan cubaan dalam memberi satu persembahan yg begitu berbeza amatlah diperlukan. Antara kejutan yg mendebarkan pula ialah apabila salah seorang peserta telah hilang semangat akibat tidak bersedia dengan kejutan yg telah dirancang oleh krew. That is so real! Baca fatihah, dik..

Baru beli:
SUWA SUWEI KAMUNING - arahan Aziz M. Osman. Tak pasti sama ada ini terbitan baru ataupun pernah ditayangkan di TV. Diterbitkan oleh Grand Brilliance. Akan ditonton.
JEMBALANG YANG HILANG - cerita hantu
KAMI TAK BODOH - cerita budak2
MISTERI BALAN-BALAN - cerita seram

1 Oktober 2004
Baru tonton:
KERIS LAMA - akan disenaraikan dalam laman web. Syabas Opie!
SAKINAH - Sheila Rusly memang layak dapat pelakon komedi terbaik.

Akan ditonton:
DARAH & ANGKARA (DNA)
IGAU
ROHAYA ROY
SATRIA MAYA
SYAIR SI PARI-PARI

30 Jun 2004
SALI'S JANDA - Sekali sekala saya akan tengok juga benda2 macam ni. Judulnya sangat bodoh, cuba nak mengaitkan dengan Charlie's Angels. Siap ada gaya yg meniru filem itu di mana tangan yg membuat simbol peace (V) diletakkan di belakang. Teruk. Tak bagus, tak menghiburkan, tak lawak, tak cantik. Tak nak!

18 Februari 2004
MERAUNG - ada sesiapa beli dan tengok cerita ni ke? Oh tidak. Saya tidak tengok, tapi sekadar ingin beritahu yang telefilem ini arahan Silver. Adakah dia terpaksa mengarahkannya, atau bayarannya lumayan, atau dia ingin cuba pelbagai genre cerita? Atau penerbitnya berharap cerita ini akan jadi bagus dan mendapat sambutan ramai kalau Silver yg mengarah? Tak tahu apa yg saya katakan ke? OK, sebenarnya pelakon utamanya ialah 'budak-budak baru' (baru apa pun entahlah). newboyoz.


2003

24 Disember 2003
KISAH HANTU TERLAMPAU - kisah komedi seram. Tak pasti siapa pengarahnya, tapi penerbitnya ialah Nizarman. Produk VCD pertama keluaran mereka. Kalau tak silap antara pelakonnya ialah Apek. Tak kisahlah... Macam mana pun, produk Nizarman memang saya tak sabar menanti.

2 Disember 2003
HANTU BUNGKUS VS PONTIANAK - saya tak pernah dengar tajuk ni. Dah keluar vcd ke? Mesti banyak hantu2 yg berkeliaran kan? Takde modal lain ke diorang ni? Hantu2 tu semua mesti kita dah kenal sangat dah. Mesti tak takut sangat pun. Mesti last sekali mimpi, atau ada orang tengah cerita dekat orang lain.

VCD hantu yg last sekali saya tengok ialah Misteri Jeram Lesung (terbitan Grand Brilliance). Saya tak pernah komen cerita itu sebab tak berapa puas hati walaupun nampak ada potensi dari segi idea dan stail. Saya akan tunggu cerita hantu yg tak ada hantu. Mungkin saya akan tengok Momok 3 sebab saya pernah tengok Momok 1, walaupun saya tak pernah tengok Momok 2. Momok 4 bila nak keluar? Cantik nombor tu!



3 DARA PINGITAN - kalau mengingatkan pada zaman Gila-Gila (nama majalah, bukan filem tu), memang rasa macam nak tengok sangat vcd ni. Tak banyak watak2 kartun atau komik yg berjaya difilemkan. Mungkin saya akan tengok juga cerita ini nanti. Tapi, bila memikirkan yg ia sebuah produksi telefilem vcd (bukan telefilem TV), macam tak berbaloi pula rasanya (saya tak beli cetak rompak untuk vcd telefilem. Kalau rasa tak berbaloi, saya tak beli langsung). Saya cuma takut satu je - lawak bodoh dari mula sampai habis, ceritanya entah ke mana. Saya akan dapatkan komen orang lain dulu sebelum cari vcd ni. Harap2 lepas ni banyak lagi komik dan kartun akan difilemkan.

p/s - lagi satu vcd hantu yg saya tunggu ialah.. kalau tak silap judulnya Volkswagen Kuning, terbitan Raja Azmi, lakonan Janet Khoo. Apa nasib vcd ni pun tak tahu, mungkin tak diluluskan. Ia dikatakan berdasarkan kisah benar. Saya rasa diorang terlupa buat adegan mimpi diakhir cerita. Saya harap diorang buat adegan tu segera sebab saya dah lama tunggu.

3 September 2003
Terkejut juga bila tengok ada hampir 10 judul telefilem VCD yang baru-baru semuanya, sudah pun dipamerkan di kedai-kedai VCD. Semuanya tajuk lebih kurang sama - macam bodoh jee... siapalah nak beli tu. Diorang ni buat VCD, asal ada saja. Cover VCD tu pula semuanya berwarna-warni, lepas tu tempel muka pelakon yang sungguh tidak terkenal itu. Macam bagus je..

12 Ogos 2003
Tentang telefilem VCD dan Azura : Ada kaitan sebenarnya dalam topik telefilem VCD dan filem Azura. Ya betul, VCD filem Azura ada dipasaran. Telefilem VCD yang hampas pun banyak di pasaran. Dari pemerhatian saya, di antara VCD hampas tersebut, banyak dikeluarkan oleh Syarikat Rakaman muzik dan lagu yg tiada kepakaran atau sekurang-kurangnya minat dalam seni penceritaan. Motifnya cuma keuntungan selain mempromosikan penyanyi dan artis mereka.. sebab orang sekarang dah kurang beli album (kaset/CD). Sekarang ini, kalau penerbit telefilem VCDnya adalah mana-mana Syarikat Rakaman, VCD yg keluar nanti, tak perlu susah payah untuk dinilai, kerana ia boleh terus diletakkan dalam kategori Gred C. Itu yang keluar segala Achik + Siti Nordiana (Helah), XPDC (Apa Nak Di Kata - teruk!) dan muka-muka tu saja.. Tak payah cakap tentang N*w B*y* atau klonnya B*b*y (The Movie?).

Berbalik pada Azura, syarikat rakaman Warner Music (artisnya Jamal Abdillah) mengumumkan untuk menyertai 'pesta membuat VCD hampas' bila keluar berita yg filem Azura akan disambung dalam telefilem VCD - Azura 2003. Sememangnya ini merupakan susulan kejayaan rakaman semula lagu soundtrack Azura, dan sempena kemunculan semula Ogy (tapi dia tak berlakon rasanya.. orang lain). Maka, diciptakanlah kisah-kisah susulan drama muzikal Zek dan Azura yg tiada siapa mahu peduli lagi. Orang yg terpengaruh (atau nak ambil tahu) tetap akan beli. Baru-baru ni, syarikat rakaman SRC ke yg keluar VCD Airmata Ibu - drama airmata (?) yg jual lagu Siti (artis mereka)? Hampas juga? Walau bagaimanapun, ada juga beberapa penerbit VCD yg tunjuk kesungguhan yg tinggi dan mereka semua patut bermatlamat untuk sampai dapat buat filem. Sebab, buat VCD siapa pun boleh. Syarikat Rakaman pun boleh. Cuba buat filem.

Saya sedang menyenaraikan telefilem VCD yg akan dimuatkan dalam laman web Filem Malaysia nanti. Saya ada senaraikan "Aku Cinta Padamu", tapi ada yg kata tak best. Mungkin saya kena fikirkan semula. Saya pun dah tengok "Gosok". Oleh kerana ada yg kata seronok, saya mungkin senaraikan juga. Macam mana dengan "Cinta 3 Musim"? Aziz M. Osman sendiri kata cerita tu bukan taste dia. Siapa boleh layan cerita macam tu? Saya tak sanggup tengok.. tapi mungkin bagus juga. Apa lagi agaknya VCD yg patut di senaraikan.

Saya ada "Syair Si Pari Pari". Beberapa bulan dulu dah beli, tapi terperap tak tengok. Baru-baru ni saya tengok "Amukan Puaka". Kalau siapa boleh tahan boringnya Jelangkung, patut tengok Amukan Puaka. Ceritanya bukan terlalu menakut-nakutkan (macam Mistik) tetapi lebih kepada misteri. Kategori 18PL. OK juga walau ada babak yg berulang-ulang. Boleh tahan juga skrip pertama Nasrizal Ngasri (budak Kaki Bakar tu). Adegan mimpi tu pula nampak macam 'dipaksa' dimasukkan. Babak akhir pula ada imbasan Nang Nak. Special effect pun sempoi. Apa lagi telefilem VCD yg ada, bolehlah bagi cadangan. OK?

Memang betul kalau nak hapuskan VCD hampas, caranya ialah jangan beli. Sekali dua terkena, mesti dah beringat bila nak beli judul yg lain pula. Pembeli akan lebih cerewet memilih. Dengan itu, mungkin bertambah VCD yg bagus hingga boleh dinaik taraf menjadi filem pula. Tak sabar tunggu perkembangan tentang VCD Makar dan Di Ambang Syurga arahan Silver yg 'dikatakan' akan dinaik taraf menjadi filem. Begitu juga khabar angin VCD arahan U-Wei, Buai Laju-Laju yg juga bercadang dinaik taraf menjadi filem. Sama-samalah kita tunggu perkembangan yg mungkin memberi arah baru kepada penerbitan telefilem VCD di masa hadapan.


2002

13 Januari 2002
Saya masih mengikuti perkembangan VCD thriller keluaran Motion Planet (ingat tak saya pernah ulas filem Block 404 dan Neurose Dwi? Selepas itu mereka telah pun mengeluarkan 3 lagi filem: Laman Maut, Kepulangan dan Pembunuh Misteri). Ulasan VCD di atas akan disiarkan lain kali sebab banyak yg akan diperkatakan.


2001

14 September 2001
Saya dah dapatkan filem direct-to-VCD terbaru berjudul LAMAN MAUT.. tapi belum tengok. Ulasan dalam e-mel akan datang.

26 Ogos 2001
Berita terkini melaporkan penerbit 'Block 404' dan 'Neurose Dwi' telah pun mengeluarkan VCD terbaru dalam siri cerita2 thriller mereka dengan judul LAMAN MAUT - kisah permainan dalam laman web yg menjadi perangkap maut para pemainnya... lebih kurang macam tu lah. Cyber-thriller lah tu... kena cari ni!



www.filemkita.com 1999-2005 khys