|
2005
25
Januari 2005
THE 3rd GENERATION - ini adalah sebuah filem Kantonis yg disasarkan
utk pasaran pawagam Malaysia, juga dibuat dengan harapan utk membawa nama negara ke festival filem antarabangsa, malahan ia merupakan
sebuah filem Malaysia yg ingin menonjolkan corak hidup dan kebudayaan masyarakat cina tempatan. Walaupun bukan berbajet tinggi, tapi filem
ini sebenarnya sebuah cerita period yg merangkumi 3 zaman dan memaparkan corak kehidupan 3 generasi berbeza dalam sebuah keluarga
cina. Agak merumitkan sebenarnya utk membuat kisah bercorak sebegini dgn hanya bermodal sederhana. Ia boleh dilakukan tapi terpaksa
membataskan banyak perkara, dan mungkin akan menjejaskan keaslian zaman yg cuba dipaparkan. Tapi, itulah sebenarnya cabaran yg
sememangnya disedari oleh penerbit filem ini, dan mereka cuba utk menjadikannya satu kenyataan. Penerbit filem ini ialah blackbox
pictures, diarahkan oleh C.L. Hor dan para pelakonnya terdiri daripada Nicholas
Teo, Carmen Soo, Amber Chia dll. Lokasi penting filem ini berlatar belakangkan Pulau Pinang dan mengisahkan kehidupan
keluarga cina zaman dahulu yg mempercayai bahawa kekayaan yg dimiliki mereka tidak
akan dapat bertahan melebihi generasi ke-3. Saksikan nanti kisah jatuh bangun keluarga Chan ini yg disasarkan tayangannya
pada pertengahan tahun ini.

|