[PROMOSI] - THE DEADLY DISCIPLE


2001

22 Disember 2001
The Deadly Disciple mula ditayangkan pada 1 November lepas. Sebuah lagi filem berbahasa Inggeris selepas Spinning Gasing. Sambutan dari pawagam dan penonton masih tidak berubah. Mereka tidak yakin dgn filem sebegini. Di mana silapnya? Bahasa, pelakon atau ceritanya? Yang pasti penonton tempatan kalau ingin menonton filem berbahasa Inggeris, mereka akan memilih Hollywood. Lainlah kalau pelakonnya glamour atau penyanyi popular, mesti ramai penonton. Tentang cerita pula, penonton Malaysia tak cerewet, asalkan tak memeningkan kepala sudah. The Deadly Disciple, bagi kebanyakan penonton yg selalu memenuhi pawagam, maksud judul filem itu pun belum tentu mereka tahu.. apa lagi tertera di poster pelakonnya Jesse Lim, Vishal Kotian, Sanjay Singh dan Christina Hoh? Siapa peduli untuk menonton? Penonton perlu lebih kenal filem ni sebelum ia ditayangkan. Mungkin pasarannya tiada di Malaysia. Lekas-lekaslah edarkan VCDnya sementara ada lagi yang masih ingat dan mahu menontonnya.

28 Mac 2001
THE DEADLY DISCIPLE - arahan S. Mohan (jurugambar jadi pengarah macam Badar jugak). Filem bahasa Inggeris kisah action fantasy (fighting) yg ada unsur-unsur Bruce Lee dan sedikit adventure. Pelakon utama semuanya baru dan dibantu oleh Jins Shamsuddin, Kuswadinata, Janet Khoo dll. Apa nasib filem ni... kita tunggu. Best ni!


2000

20 November 2000
Utusan hari ini melaporkan sebuah filem bahasa Inggeris terbaru terbitan syarikat Malaysia (SM Production) akan memulakan penggambaran pada Januari 2001. Filem berjudul Deadly Disciple tersebut akan diarahkan oleh S. Mohan dan akan menampilkan pelakon pelbagai kaum. Paling menarik, pelakon veteran Jins Shamsuddin telah pun pasti menjadi salah seorang pelakon selain Kuswadinata dan Raffi Hussein. Pelakon Hong Kong dan India juga dijangka terlibat. Filem bercorak aksi dan komedi (action comedy) itu disasarkan untuk pasaran tempatan dan luar negara. Semoga mereka berjaya..



www.filemkita.com © 1999-2005 khys