[TOPIK] - ADA APA DENGAN CINTA?


2004

25 November 2004
ntv7 sekali lagi tayang Ada Apa Dengan Cinta masa Raya baru ni. Macam tahun lepas juga, adegan Dian Sastro menangis tu kena potong juga, terlompat-lompat muzik latar. Apasal ntah. LPF dah lulus, ntv7 pulak potong?

Tidak diluluskan "Saya sayang bangat sama kamu..."


2003

12 Jun 2003
Akhirnya ntv7 dapat tayang sebuah filem Indonesia (dan beribu-ribu filem Bollywood) selepas tak boleh tayang filem Christine Hakim tu (tak tahu ejaan, jadi tak tulis) dulu. Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ditayangkan pada harijadi Agong (happy belated birthday Tuanku). Sebenarnya tulisan ni berpunca daripada sesuatu yang bermain di fikiran saya masa menonton filem itu di ntv7. Ia berkaitan penapisan filem. Versi yang diluluskan oleh LPF telah ditayangkan di pawagam Malaysia dan VCD aslinya pula diedarkan oleh sykt SRC - suntingan kedua-duanya sama, cuma gambar VCD 1000kali lebih cantik dari di pawagam: suntingan LPF tersebut telah membuang adegan cium di akhir cerita, cuma kelihatan Rangga pegang muka Cinta dan terus pergi naik kapalterbang. OK, tak apa. Bila ntv7 tayang versi suntingan mereka sendiri, kita dapat lihat Rangga pegang muka Cinta DAN mendekatkan mukanya ke muka Cinta (sebelum tu beberapa adegan di buat gerak perlahan supaya muzik latar tidak terganggu), dan shot seterusnya dari jauh kelihatan muka Rangga menjauhi muka Cinta, kemudian dia pergi naik kapalterbang. Jadi, kita tahu diorang sudah cium. OK, tak ada apa-apa. Biasa je. Tak kisahlah kalau ntv7 nak luluskan scene yang LPF potong walaupun saya sedikit musykil. Cuma - ada satu lagi scene yang LPF sudah lulus tapi ntv7 pulak potong! Ini yang bermain di fikiran saya hingga sekarang. Adegannya ialah selepas Alya masuk hospital: Cinta berasa kecewa dan sedih, dia duduk dalam bilik, dia tengok gambar dia dengan Alya. Kemudian ditunjukkan buku Aku (versi fotostat) - kelihatan tangan Cinta mengambil buku Aku dan TIBA-TIBA buku Aku terpelanting ke lantai. Kenapa TIBA-TIBA? Sebab ia telah dipotong. Apa yang sebenarnya ada semasa TIBA-TIBA itu? OK, begini: kelihatan tangan Cinta mengambil buku Aku, (bahagian berikut dipotong) dari jauh kelihatan Cinta mendekatkan buku tersebut ke wajahnya dan merenung tajam buku tersebut, secara perlahan diiringi lagu latar, timbul kemarahan di wajahnya, Cinta mengangkat buku Aku dan membalingnya ke arah kiri kamera dan (bahagian berikut diluluskan) kelihatan buku Aku terpelanting ke lantai. Heh! Apa ni? Itu pun nak potong? Entah apa-apa je.. Satu je yang dapat saya fikirkan: mungkin sebab Cinta ketika itu memakai seluar pendek hitam di mana dalam keadaan bersila dan berbayang-bayang, dia kelihatan seperti tidak berseluar (??) walaupun pada awalnya telah ditunjukkan yang dia memang berseluar pendek di rumah. Atau ada sebab lain?? Konfius sekejap.. Nampaknya penapis ntv7 lagi teruk dari LPF!

27 Januari 2003
ADA APA DENGAN 2003? : 2003 bakal dibuka dengan komedi Gila-Gila Pengantin. Sebagai perantaraan Soalnya Siapa? dan Gila-Gila Pengantin, penonton Malaysia mendapat bonus awal tahun dalam bentuk tayangan filem paling laris Indonesia 2002 - Ada Apa Dengan Cinta? (AADC?).

AADC? mula ditayangkan sejak 16 Januari lalu. Setelah bertahun lamanya filem Indonesia tidak ditayangkan di pawagam Malaysia, AADC? hadir dengan harapan yang tinggi. Untuk pengetahuan semua, AADC? mula ditayangkan di Indonesia pada Februari 2002. Sekitar bulan May, VCDnya tersebar meluas di seluruh Malaysia. Dari situ pengaruh AADC? semakin meluas, seakan berjangkit dari seorang ke seorang. Tidak dinafikan AADC? berjaya membentuk kelompok peminatnya tersendiri dalam masa yang begitu singkat. Tiada siapa mengharapkan AADC? akan ditayangkan di Malaysia selepas hampir 6 bulan VCDnya diulang cetak dan dimiliki hampir setiap peminat filem melayu di Malaysia. Tetapi pada Disember lepas, Columbia Tristar (pengedar antarabangsanya) mengumumkan tayangan AADC?. Mendapat tahu berita tersebut, saya membuat kesimpulan segera sama ada peminat2 AADC? akan melonjak gembira dengan membanjiri pawagam atau sebaliknya tauke2 cetak rompak pula yang akan gembira mengaut keuntungan hasil promosi besar-besaran media cetak dan elektronik secara percuma. Saya harap media cetak akan mengumumkan kutipan AADC? tidak lama lagi (sekarang masih terlalu awal) untuk membuktikan kesimpulan awal saya tadi kerana yang pastinya semakin sukar untuk melihat VCD AADC? di pasaran yang mungkin begitu laris lalu kehabisan stok agaknya. Siapa yang rugi/untung? Para karyawan AADC? yang hadir mempromosikan filem mereka di KL 2 minggu lepas pasti gembira dengan sambutan luarbiasa peminat mereka (sebaliknya pembikin filem Malaysia pasti cemburu/marah dengan situasi tersebut), tetapi mereka pasti resah memikirkan sambutan sebenar di pawagam sekarang.

TRIVIA:
Siapa tonton Ada Apa Dengan Cinta? di pawagam? Terdapat sarikata (subtitle) bahasa melayu, barulah faham secara menyeluruh dialog mereka. Tahukah anda dialog "ada apa dengan cinta?" (daripada puisi Rangga kepada Cinta di akhir filem) dialih bahasa menjadi "mengapa dengan cinta?".

*Bagaimanapun tajuk e-mel ini memang "Ada apa dengan 2003?" bukannya "Mengapa dengan 2003?" :)

17 Januari 2003
Tonton di pawagam...



www.filemkita.com © 1999-2005 khys