[TOPIK] -
APA YG PENONTON NAK LIHAT DALAM SESEBUAH FILEM?


2005

21 September 2005
"Apa yg penonton nak lihat dlm sesebuah filem?" Kalau nak kaji betul2, kena senaraikan jenis2 penonton dulu. Ada berapa jenis yg suka ke pawagam ni, dan jenis mana yg suka tonton filem tempatan pula? Tapi, aku tak nak kupas topik tu lah, aku nak cuba faham tentang topik satu lagi, iaitu..

Apa yg penonton (tak kira samada luar bandar, kampung atau lain2. itu boleh bincang utk topik lain) nak lihat dlm sesebuah filem?

APA YG PENONTON NAK LIHAT DLM SESEBUAH FILEM? - kelmarin, masa aku cuba nak baca satu majalah ni, mata aku tengah tengok satu mukasurat, tapi fikiran aku pergi ke topik ni (entah apa2) dan aku dapat satu perkataan, mungkin juga satu jawapan.

JUJUR - pada pendapat aku, inilah yg penonton cari. Tak kiralah sama ada filem tu bodoh, pandai, berterabur atau biasa2 je.. Tapi, semua orang nak tengok filem dan cerita yg jujur.

- tak nak sesuatu yg terlalu dibuat-buat
- tak nak sesuatu yg meniru-niru
- tak nak sesuatu yg mengada-ngada
- tak nak sesuatu yg menunjuk-nunjuk
- tak nak sesuatu yg perasan bagus
- tak nak sesuatu yg cuba mengaut untung secara mudah
- tak nak sesuatu yg mengajar

TAK NAK SESUATU YG...
Terlalu dibuat-buat: filem tu mesti sederhana, tak terlalu (over) dlm menyampaikan sesuatu. Apa2 yg terjadi dlm jalan cerita mesti bersebab. Kalau nampak sangat macam sengaja 'dibuat-buat macam tu', malaslah. Perlu jujur.

TAK NAK SESUATU YG...
Meniru-niru: ini mungkin kes Gol & Gincu, tiada identiti sendiri. Nampak macam cuba nak buktikan 'kepandaian'. Jangan macam tu, perlu jujur. Kalau tak tiru, boleh tak? Rugi juga sebab filem tu pembikinan dan promosinya bagus. Kalau penonton dah mula kata "ini macam filem bla-bla-bla ni...", habis la kan. Tambah pula, kalau pembikinnya sendiri kaitkan dgn filem lain (terutama Hollywood), macam 'act' je kan?

TAK NAK SESUATU YG...
Mengada-ngada: biasanya ini ada dlm watak2, 'situasi2 dlm cerita' dan mungkin juga dari faktor luaran, contohnya ada filem yg kontroversi, kisah2 panas la, pulisiti murahan tah apa2. Macam sengaja nak suruh semua orang tengok filem dia. Macam filem tu ada seribu satu macam benda. Mengada-ngada lah tu kan? Kalau watak2/lakonan pula macam "aku berlakon power!" tu malaslah org nak tengok.

TAK NAK SESUATU YG...
Menunjuk-nunjuk: biasanya filem2 bajet besar akan kelihatan seperti menunjuk-nunjuk, tapi tak semuanya macam tu. Bajet besar pun kalau ceritanya bagus, orang ramai boleh terima. Masalahnya ialah bila filem tu macam terlalu nak bagi harapan yg tinggi pada penonton. Bila harapan penonton tu tak kesampaian, habis. Jadi, lebih baik buat dgn sederhana mengikut apa yg diperlukan saja. Kita bukan Hollywood.

TAK NAK SESUATU YG...
Perasan bagus: ini utk filem2 yg kononnya dari taraf tinggi. Orang kata 'filem seni'. Rasa macam terlalu jauh sangat dengan penonton, dan penonton pun menjauhkan diri. Macam, "takpe lah, bagi orang lain je tengok. bukan utk aku ni". Atau penonton yg kurang ajar sikit tu akan kata, "perasan bagus la pengarah tu". Tapi kalau dah pembikin filem tu buat dgn jujur, dan tak perasan-bagus, takde masalah. Cuma dia perlu buat atau yakinkan orang yg dia memang jujur. Kalau orang tak faham apa yg dia buat, tolonglah bagi faham, bagi jelaskan. Itu tandanya dia jujur mahu orang faham filem dia. Kalau dia buat filem tu utk personal, tak mahu org faham, jangan tayang.

TAK NAK SESUATU YG...
Cuba mengaut untung secara mudah: ini jenis2 filem hiburan semata-mata. Aku nampak trend ni dipegang kuat oleh Razak Mohaideen. Dia tak hirau langsung pasal casting. Pelakonnya semua perlu popular. Peserta Akademi Fantasia diambil berlakon watak utama tanpa perlu melalui ujibakat. Ini adalah filem2 yg pada aku tak jujur, niatnya utk kaut keuntungan. Penonton sendiri dapat rasakan ini, walaupun mereka tetap pergi menonton semata-mata utk lihat penyanyi pujaan mereka berlakon. Penonton2 yg tidak meminati penyanyi2 tertentu tidak akan berminat utk menonton kerana kurangnya keyakinan terhadap kesesuaian watak dan lakonan penyanyi tersebut. Satu lagi cara mengaut untung yg agak popular ialah membuat filem sambungan. Kalau betul2 ada cerita yg hendak disampaikan, ok. Tapi, kalau sekadar mengulang atau menyambung kisah dari filem pertama secara mudah, penonton akan bosan. Begitu juga dengan mengulang formula2 yg sama, Yusof Haslam suka buat macam ni (bukan itu saja, dia juga mengabaikan casting, dan 'taksub' pada sekuel). Itu semua adalah 'ketidakjujuran'. Memang penonton pergi tengok, tapi pulang dengan poket dan otak yg kosong. Jangan hairan kalau penonton yg sama terus menyokong filem2 sebegini, dan jangan hairan juga kalau mereka juga tak malu2 mengatakan "filem Yusof macam tuuuu je" sedangkan dlm masa yg sama masih terus tengok filem Yusof seterusnya. Walaupun penonton macam 'dipukau' (dalam sedar) utk terus menonton, tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hipokrit kalau ditanya tentang kualiti, ramai yg akan mengaku kebenarannya. Cuma pembikin filem tu yg dapat maklumbalas salah bila filem tu (walaupun mengarut) tapi dapat kaut RM1 juta. Produsernya akan kata yg penonton suka filem macam tu, tapi cuba pergi tanya, betul ke penonton suka?

TAK NAK SESUATU YG...
Mengajar: ini satu lagi jenis filem yg penonton rasa malas nak tengok. Filem tu macam nak mengajar sesuatu, macam ada agenda tertentu. Nak sampaikan ideologi tertentu secara terus terang. Akhirnya, yg nampak ialah kepura-puraan, sedangkan mereka sepatutnya bercerita sahaja dan biarkan 'pengajaran' (kalau ada) itu terjadi tanpa dirancang. Ramai penonton masih kagum dgn filem2 komedi P. Ramlee yg tidak langsung 'mengajar' penonton tapi semua orang akhirnya mendapat pengajaran yg 'tak ingin disampaikan' itu. 'Penceritaan' itu yg penonton mahukan. Macam aku tanya orang, "tolong cerita sikit, ni apa sebenarnya yg ko nak cerita ni?" dan orang tu akan cerita apa yg dia nak cerita. Dia tak perlu nak tetapkan cerita dia tu 'nak bagi aku sedar' atau apa ke. Dia cuma perlu cerita je dari mula sampai tamat. Dan akhir cerita dia tu, kalau aku rasa ada yg aku boleh simpan buat panduan, dan kalau aku mahu, aku dapatlah 'pengajaran secara tak langsung' tu. Macam tu je lah, bercerita secara jujur. Cerita je, tak mau yg lain-lain.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys