|
2004
24 Jun
2004
Di Malaysia ni ada dua macam pembikin filem? :
Jamil, pandangan yg bagus. Terima kasih kerana mengingatkan tentang
Si Luncai tu. Tepat sekali.
Si Luncai tu semua bukan hanya wujud di Malaysia. Di mana2 pun, hollywood/amerika, bollywood/india, singapura, england dll.
Semuanya masih mengeluarkan filem murahan. Si Luncai tetap akan hidup dan tak akan mati, mungkin kerana sokongan dari 'labu-labunya'. Apa yg perlu
sekarang ialah LEBIH BANYAK pembikin filem yg jenis lagi satu tu: yang buat filem sebagai sebuah karya seni.
Orang luar (macam aku contohnya) tak boleh buat apa2. Tapi, Finas sebagai badan yg ditubuhkan oleh kerajaan untuk
"Kemajuan Filem" (Film Development) sepatutnya memainkan peranan yg besar la, bagi
MENGGALAKKAN kelahiran LEBIH BANYAK pembikin filem yg jenis lagi satu tu.
Sekarang ni, video digital pun tak diterima untuk bertanding dlm FFM. Tak mungkinkah dapat diwujudkan kategori digital cinema dalam
FFM? Takkan tak boleh koooot... kalau tak dibenarkan bertanding pun, sekadar penyertaan hanya untuk MENGGALAKKAN pembikin filem jenis tu
pun dah cukup baik. Kalau nak katakan sekadar memeriahkan pun, apa salahnya. yg penting penyertaan, kerana festival filem sebenarnya
bukannya hanya sekadar penyampaian anugerah. Tak mahukah untuk FFM akan datang kita melihat pembikin filem digital berebut-rebut
menyiapkan filem mereka hanya untuk turut serta berFFM bersama-sama? Kita perlu melihat FFM
sebagai GALAKAN kepada pembikin filem muda, dengan itu saya kena tabik kepada kewujudan anugerah filem pendek,
dan yg terbaru ini diwujudkan Anugerah Karyawan Muda (siapakah penerima pertama
nanti?): itu perkembangan yg bagus, tetapi amat lembab, juga sedikit. Banyak lagi yg boleh diwujudkan dalam FFM.
Kalau nak katakan yg kita masih belum bersedia lagi untuk bergerak ke hadapan, kenapa tidak kita
beramai-ramai menyediakan diri, bermula Ahad ini, untuk FFM18 tahun depan! (<--- rakus sungguh kata2 ini, heh)
*maaf semua.. esok hentam lagi (pastu maaf
lagi...)

2003
3
Disember 2003
Saya telah menyentuh tentang bahasa Inggeris pada satu baris ayat
sahaja, itupun khas untuk Spinning Gasing sebab mereka target untuk pasaran antarabangsa, mereka terlupa realiti masyarakat
Malaysia. Mereka yang dimaksudkan ialah penulis lakonlayar dan mungkin juga
penerbit. Saya sedar mereka mungkin tidak fasih berbahasa melayu, tetapi itu menunjukkan yang ketika itu mereka belum kenal khalayak
penonton Malaysia yg sebenarnya. Saya yakin, mereka sudah pun tahu sekarang. Mereka telah pun mengalami kerugian dan boleh memilih untuk
terus menangisi nasib mereka, atau sebaliknya jika benar cintakan filem, mereka akan cuba lagi. Ya, saya bercakap memang senang :)
Bahasa bukanlah isu, atau masalah, atau si tertuduh, dalam kes
ini.. tetapi biarlah penonton tempatan tidak terasa terasing sangat.
Bila saya menyatakan yg penggunaan bahasa Inggeris yang keterlaluan
tidak patut ada dalam filem Malaysia, saya tidak bermaksud filem Malaysia patut menggunakan bahasa
Malaysia sahaja
(Bahasa Melayu sebenarnya).
Memang betul, ramai orang atau pelakon bukan melayu tak mampu bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. Itu realitinya dan itulah
yang patut ada dalam sesebuah lakonlayar. Kenapa pelakon bukan melayu perlu bersusah payah menghayati watak hanya kerana penulis lakonlayar
memberi mereka dialog rasmi dengan tatabahasa yang betul. Sebagai contoh, realitinya bangsa Cina akan cuba berbahasa melayu bila
bercakap dengan bangsa Melayu. Mereka cuba, tetapi selalunya tidak betul, kerana
yg penting apa yg mereka cuba sampaikan itu orang boleh faham (walaupun kadang2 tak faham). Saya tidak bermaksud menghina
sesiapa, kerana ramai juga bukan melayu yg terlalu fasih berbahasa melayu. Jadi,
kenapakah sering kita lihat dalam filem wayang atau TV, watak bukan melayunya selalunya kelihatan bersusah payah menghayati
watak yg memerlukan mereka berdialog melayu. Salahkah kalau mereka menggunakan bahasa tunggang-langgang dalam situasi dan watak yg
betul, kerana saya begitu ingin sekali melihatnya wujud dalam filem kita.
Mungkin ada orang akan mentertawakan watak
tersebut, dan sebahagian lagi akan rasa terhina? Itu semua perlu difikirkan dengan
mendalam oleh penulis semua. Untuk melakukan sesuatu yg real, memerlukan keberanian.
Ini adalah petikan senikata tulisan Nasir Jani:
"Marilah bikin filem, kata *mereka*. Telanjangkan hipokrasi,
kataku. *Mereka* mahu bikin filem. AKU MAHU FILEMKAN HIDUP".
"Mereka cuma bikin filem, MEREKA *LUPA* BIKIN KEBENARAN. Aku terlupa
bikin filem, AKU BIKIN KE-NYA-TA-AN".
Senikata diatas adalah nyanyian M. Nasir pada tahun 1992.
Sehingga
sekarang *mereka* masih *LUPA*. Masih belum sedar.
Berbalik kepada pelakon bukan melayu yg berdialog melayu dalam filem
atau TV, saya tertarik untuk memperkatakan tentang seorang pelakon yg bernama Janet Khoo.
Mungkin ramai tahu yg Janet boleh berbahasa
melayu dengan baik. Dia tiada masalah untuk berlakon filem melayu dengan dialog melayu rasmi.
Pada suatu hari (lama
dahulu), saya menonton sitkom Spanar Jaya dan sedikit terkejut melihat dia membawa
watak seorang yg kurang fasih berbahasa melayu. Saya agak terkejut kerana dia biasanya berdialog melayu dengan baik.
Akhirnya saya sedar
yg pengarah/penulis siri itu sebenarnya sedar dengan apa yg mereka lakukan, dan sememangnya mereka berjaya membentuk watak itu dengan
lakonan Janet yg juga faham dengan apa yg sepatutnya dia lakonkan. Itu adalah cubaan yg baik.
Tentang mampu atau tidak pelakon melayu berbahasa Inggeris dengan
baik pula, saya rasa tak perlu dijelaskan lebih lanjut. Itu semua bergantung kepada penulis/pengarah yg mencipta/membentuk watak itu
dan seterusnya dilakonkan oleh pelakon. Kalau seorang mat lepak menjawab pertanyaan pelancong orang putih, tentu dia akan cuba
berbahasa Inggeris walaupun hancur, dan itu tentulah berbeza sekiranya watak mat lepak diganti dengan watak pekerja pejabat.
Orang Malaysia ini bagusnya mereka boleh saja menyesuaikan diri (puji sikit je tau), walaupun ada juga yg masih macam terkongkong.
Itu semuanya
realiti.
Tentang masalah-masalah dalaman berkaitan kewangan tu semua, memanglah kelihatan seakan-akan penghalang.
Lumrah negara
membangun, seperti kata Sazali di atas batu tepi pantai: "Kita perlukan wang!!".
Kalau memikirkan tentang kewangan sahaja, terbantutlah semua cita-cita (adakah Yadi risau kerana tiada wang untuk ke Manchestee? dia
tak perlu risau kerana dia ada cita-cita). Kerana itu jugalah saya meletakkan tanggungjawab merubah filem kita ke atas bahu penulis
(Saya telah menarik semula hukuman 'salah' ke atas mereka. Sekarang mereka perlu "3 tahun kerja berattt!"), kerana menulis tidak
memerlukan modal yg besar walaupun mereka perlu juga sentiasa beringat tentang kos yg bakal
dilaburkan oleh bakal penerbit mereka. Janganlah buat filem yg 'besar' sangat.
Ini nak buat kisah
peranglah, periodlah, universal-lah, konon nak mengangkat nilai patriotisme lah,
nak buat epiklah. Ape ni? Semua big budget punya screenplay. Ini semua penulis punya tanggungjawablah
ni. Yang sebenarnya mereka tak bertanggungjawab sebenarnya. Dah banyak kali saya dengar orang bagi
contoh filem Iran, jadi saya tak perlulah kata apa2 lagi. Faham2 jer lah.
Tentang masalah-masalah lain:
Buat filem yg terkeluar dari arus perdana tidak semestinya memerlukan
belanja besar. Lihat Kaki Bakar. Bila fikir balik, buat filem arus perdana juga tak semestinya berbelanja besar.
Perlukah sebuah filem
komedi bodoh berbelanja sehingga RM1 juta? Saya ingin sekali melihat filem komedi
Malaysia dibuat dengan kos yg rendah. Apa perlunya
belanja besar, lainlah kalau buat filem aksi.
Memang kebanyakan penerbit filem sangka mereka adalah business man
walaupun ada juga yg tak belajar business. Kalau semua penerbit memberi apa yg penonton mahu atau minta sahaja, jadilah seperti
sekarang. Kadang2 penonton tak tahu apa yg mereka mahu atau suka, jadi, penerbit perlulah menjalankan tanggungjawab mereka menawarkan
sesuatu yg baru dan lain, sama juga macam business man lain yg berjaya kerana mereka berani mencuba.
Setakat mengikut arus
sahaja, itu bukan business man sejati namanya (perghh!).
Untuk melakukan revolusi atau apa saja perkara memerlukan titik
permulaan. Oleh itu, saya sarankan kepada para penulis yang tidak bersalah
sekalian, untuk memikul tanggungjawab ini dan berada di barisan hadapan supaya kita boleh bermula
sekarang. Langkah2 selanjutnya akan menyusul kemudian. OK tak? OK lah...
"Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang e-mel dan sms tidak akan
dilayan sama sekali. Ingat tu" -
Yang Arif, Hakim.
terimakasih semua... - kamal (bukan hakim)
2
Disember 2003 (6.20ptg)
Ya, mungkin juga tiada sesiapa yg bersalah.
Mungkin juga kita tak
sepatutnya menggunakan perkataan "salah" dari awal lagi.
Apa yg pasti, sesetengah pembikin filem kita telah terpesong arah dan
tujuan mereka. Kebanyakannya pula lebih senang mengikut arus, dan sememangnya mereka itu tak banyak soal.
Kalau dalam sesebuah syarikat ada orang yg tak bekerja dengan
betul, mereka boleh dipecat. Tapi, bikin filem ini tak ada ketua yg akan memecat
mereka, kerana selalunya merekalah ketua itu. Oleh itu, tanggungjawab dan kesedaran adalah amat penting.
Masalahnya, ramai yg belum sedar.. banyak juga yg terlupa
tanggungjawab. Mereka ini semua sedang membiak dengan banyaknya dalam industri telefilem vcd.
Semoga mereka kekal di situ dan tidak
sesekali menjejakkan sebelah pun kaki mereka ke gelanggang filem selagi mereka masih dibuai mimpi.
Tugas siapakah untuk
membisikkan "sedarlah" di telinga kanan mereka kerana saya pastinya lebih suka kiranya diberi
peluang untuk menjerit "woi, bangun!" di telinga kiri mereka. <--
hahaha... ayat power tu..
2
Disember 2003 (5.03ptg)
Semua orang ada pandangan masing2.
Tak tahu siapa betul, siapa salah.
Sebagai seorang penonton filem, dengan sukacita dan sesuka hatinya saya rasa saya ingin menyalahkah pembikin filem - terutama sekali
penulis lakonlayar atau cerita - diatas segala kekurangan dan hinanya filem kita
di mata dunia.
Pembikin filemlah yg mendidik penonton menjadi seperti apa yg ada sekarang.
Benda ini bukan baru berlaku. Ini hasil usaha berpuluh2
tahun, dan selama itulah juga yg bakal diperlukan untuk melahirkan satu lagi golongan penonton yg berbeza.
Itupun kalau perubahan itu
dilakukan sekarang, kalau tidak mungkin lebih lama lagi untuk melihat terjadinya
satu perubahan yg besar.
Saya juga memilih untuk tidak bersetuju dengan kenyataan atau menyamakan penonton sebagai "org melayu".
Inilah
masalahnya. Jangan keliru, kerana saya masih menyalahkan pembikin filem - terutama
sekali penulis lakonlayar atau cerita.
Kebanyakan penulis lakonlayar sebenarnya masih menyempitkan fikiran mereka dengan memikirkan bahawa penonton ialah "org
melayu". Mereka tidak nampak potensi penonton di bumi Malaysia ini. Kerana itu juga
masih wujud istilah 'filem melayu' untuk filem2 baru yg dibuat selepas tahun 2000.
Saya tak tahu bila, tapi penulis filem semua
mesti bersatu untuk tetapkan fikiran mereka bahawa penonton filem kita ialah rakyat
Malaysia
berbilang bangsa. Mungkin mereka boleh buat macam yang RTM buat, walaupun tangkap muat dan asal ada, tapi
RTM menetapkan setiap rancangan mesti ada penglibatan pelbagai bangsa. Dari satu
segi, penerbitan itu berpotensi untuk menarik minat lebih ramai penonton (walaupun kita sedar yg usaha
RTM itu satu
bentuk propaganda).
Saya tidak nampak sebab untuk mana-mana penerbit menolak idea sebuah 'filem malaysia' sekiranya ia akan menarik minat penonton
pelbagai bangsa, kerana itu pastinya akan meningkatkan jumlah keuntungan mereka.
Saya juga hairan kenapa penerbit
tempatan, sebagai contoh Yusof Haslam, begitu berpuas hati dengan kutipan tiket purata
RM3 ke 4 juta dan maksimum sehingga kini cuma sekadar RM6 juta lebih. Kenapa tidak boleh mencecah RM7 juta?
Adakah Yusof pernah terfikir
sekiranya filemnya tidak sekadar ditonton oleh "org melayu" sahaja, tidak mustahil
ia akan mencapai kutipan RM10 juta, kerana itulah sebenar-benarnya gambaran kasar jumlah penonton di Malaysia?
Ini adalah tugas penulis filem, untuk mencipta sebuah cerita berciri Malaysia, tidak sekadar memuatkan beberapa pelakon bukan
melayu, tetapi kisah yg berkait-rapat dengan sebahagian besar kehidupan rakyat
Malaysia. Mereka perlu membuat kajian tentang topik2 umum yg menarik minat pelbagai kaum.
Walaupun begitu, filem melayu akan tetap
wujud, cuma buat masa sekarang ia patut direhatkan buat sementara untuk memberi masa dan peluang kepada rakyat
Malaysia menerima filem
tempatan terlebih dahulu. Kita sedar tidak semua cerita patut melibatkan atau menarik minat pelbagai kaum, contohnya Kaki Bakar dan
Jogho. Jadi, seboleh-bolehnya untuk beberapa tahun ini cuba keluarkan sepenuhnya
filem yg bercitarasa Malaysia. Lupakan sebentar filem melayu. Lihat kesannya sambil belajar dari
kesilapan. Jangan berhenti, lepas sebuah filem, bagi satu lagi dan lagi, semuanya
bercitarasa Malaysia, sehinggalah akhirnya muncul sebuah filem yg tanpa segan silu ditonton oleh semua
rakyat Malaysia. Pada hari itu, kita akan lihat berapa besar sebenarnya pasaran filem tempatan di
Malaysia. Kalau sekarang ini, untuk melihat pasaran filem di Malaysia secara umum, contoh terbaik ialah dengan
melihat sambutan terhadap filem luar negara terutama hollywood. Filem itu semua kebanyakannya
ditonton oleh pelbagai kaum. Itu yang kita mahu dan patut dimimpikan oleh setiap pembikin filem.
Bukan tidak ada sebenarnya filem Malaysia, cuma tidak terasa kehadirannya, terlalu sedikit dan dibayangi pula oleh filem melayu
(kerana itu saya berharap untuk melihat sepenuhnya filem Malaysia untuk beberapa tahun akan datang).
Pasti ramai yg masih ingat
Spinning Gasing. Walaupun kelihatan terlalu mencuba untuk jadi sebuah filem
Malaysia, tapi usaha mereka itu sememangnya patut dipuji. Sekarang mereka sudah belajar kesilapan mereka (penerbit lain juga
mungkin belajar dari kesilapan mereka), jadi sepatutnya kalau ada lagi filem sebegitu dari
mereka, ia patut lebih bagus lagi. Lupakan juga tentang pasaran antarabangsa (penggunaan bahasa inggeris dan
pemujaan budaya barat yg keterlaluan dengan harapan orang luar mudah menerimanya) atau
tentang perlunya meletakkan objektif menyertai festival filem antarabangsa sebagai keutamaan (Embun dan Paloh sudah
mengalaminya, kini saya risaukan Puteri Gunung Ledang).
Kesemua perkara tersebut patut difikirkan dengan mendalam oleh orang yg memulakannya - penulis lakonlayar.
Kalau tak mampu melakukannya
sendirian, wujudkan kelompok penulis yg pelbagai. Sememangnya mencari idea yg bagus tidak mudah.
Kita sendiri lihat beberapa filem
menggunakan khidmat panel skrip, tetapi mereka semua adalah orang yg sama sahaja.
Mereka berbincang sesama mereka sahaja. Pimai pimai tang tu. Contohnya filem Yusof Haslam biasanya akan mempunyai panel skrip
yg sama tidak berubah-ubah, semuanya tak boleh pakai, tak berkembang, kekal begitu sahaja.
Kalau susah sangat, cari saja sumber/idea yg
sedia ada. Sesuatu yg kurang dipraktikkan di sini ialah proses adaptasi. Kenapa
kurang? Adakah kerana takut dilabel penciplak, plagiat atau tiada idea sendiri?
Kalau bangga sangat dengan hasil
ilham hollywood, kenapa tidak mengikut jejak mereka yg mengadaptasi apa sahaja yg mereka mampu
menjadi sebuah filem yg tersendiri. Banyak filem2 berdasarkan novel, cerpen, kisah benar, filem lama, sampaikan
ke watak video game, komik dan kartun turut dikembangkan menjadi sebuah cerita.
Itu semua peluang
merebut pasaran yg telah ada, kenapa tidak direbut? Memang susah untuk menggambarkan kisah benar, yg ada
pun kisah sejarah seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong dll. Ke mana perginya cerita2 masyarakat
yg menarik perhatian ramai seperti kes2 jenayah, tragedi malang atau pergolakan politik (yg ini susah
sikit, sebab itu Putera Merdeka mungkin tidak akan jadi kenyataan). Memang susah untuk membuat kisah
benar, tapi itulah cabarannya dengan melakukan proses adaptasi. Filem yg 'berdasarkan' kisah benar tentu
tidak susah untuk menarik perhatian penonton, tetapi biarlah ia menepati citarasa pelbagai kaum.
Berbalik kepada filem yg bercitarasa Malaysia, saya tertarik untuk memperkatakan tentang filem yg sedang dalam penggambaran -
Gangster. Filem ini saya rasa berpotensi besar untuk menjadi sebuah filem
Malaysia. Lihat pada judulnya dan cebisan2 ceritanya, tak mustahil filem ini akan mendapat sambutan pelbagai kaum sekiranya cara yg
mereka gunakan adalah betul. Malangnya apabila senarai pelakon diumumkan baru2 ini, saya agak kecewa kerana pelakon2nya masih muka2
yg sama dan ia terus memberi gambaran tentang bentuk filem yg akan siap nanti.
Bakal penonton yg bukan melayu pasti memberi tanggapan yg
filem ini cumalah sebuah lagi filem melayu setelah melihat senarai pelakon yg muka2 itu saja, walaupun cerita yg cuba ditampilkan agak
terbuka kepada sesiapa saja. Nampaknya Badar sebagai penulis lakonlayar juga masih
tidak nampak apa yg sepatutnya menjadi sasarannya dan sudah tentu targetnya ialah RM3 juta iaitu
penonton "org melayu" saja. Sayang sekali sekiranya mereka tidak mengambil peluang ini untuk mengembangkan
pasaran mereka. Mungkin agak terlambat dari segi susunan cerita atau persembahan yg telah
siap dirancang, tapi mungkin ada sesuatu yg mereka boleh dan patut lakukan
segera.
Secara keseluruhannya, saya ingin meletakkan tanggungjawab yg besar di bahu penulis2 lakonlayar kita.
Rancanglah sebuah cerita yg boleh
dipersembahkan kepada seluruh rakyat malaysia. Tapi, kalau filem tersebut tidak dipasarkan dengan betul pun, ia tidak ada gunanya
juga, kerana tugas utama sekarang ialah menarik seberapa ramai penonton yg boleh dahulu sebelum boleh menawan jiwa mereka.
Pembikin
filem kita sudah terbukti berjaya menarik minat penonton menonton 'filem melayu'
mereka (ada juga yg tidak berjaya, itu masalah lain), tidak kira dengan apa
taktik/cara samada baik/jahat yg mereka mampu lakukan, mereka sudah pun berjaya lakukannya, sekarang tugas mereka
sekiranya mereka telahpun sedar - ialah untuk menarik sebahagian lagi peminat wayang yg
sedang hidup di Malaysia ini, mereka yg sanggup menonton filem2 luar, mereka yg selama ini tidak tertarik untuk
menonton filem tempatan kerana diabaikan secara sedar atau tidak - maka dengan itu, tugas
pembikin filem ialah untuk menarik mereka dan keluarga mereka supaya datanglah beramai-ramai menonton
Filem Kita, Filem Malaysia. Masalahnya sekarang ialah - TIADA Filem Malaysia.
Jadi, kepada penulis2 lakonlayar yg
budiman - TULISLAH Filem Malaysia.

|