|
2003
10 Jun
2003
Pertama sekali: filem komedi P. Ramlee memang tak masuk dalam
kategori 'lawak bodoh' (kalau ada pun sikit sangat, bukan secara keseluruhan).
Sebab itu saya rasa setiap filem P. Ramlee patut
dibincangkan secara serius, bukan sekadar nilai nostalgia dan sejarahnya sahaja.
Lawak dalam
filem P. Ramlee timbul daripada: dialog (cth: Seniman Bujang Lapok..), situasi (Pendekar
Bujang Lapok, Madu Tiga..), unsur tak logik (motor boleh naik atas bumbung, boxing 120 round..), sindiran
(Ahmad Albab, Tiga Abdul, Labu Labi..), komedi selamba (dari segi gaya lakonan, riak wajah dan
pergerakan) dan pelbagai lagi bentuk komedinya. Kalau dalam filem Do Re Mi pula kita
dapat lihat unsur black komedi (main-main soal mati, keranda diusung dalam gerak laju ala kartun dan jatuh dalam
sungai..) - mungkin nampak macam bodoh sikit, pertama kali tengok kita ketawa, kali
kedua kita rasa tak patut pula. Apa motifnya? Topik 'filem komedi' P. Ramlee ni, saya rasa menarik untuk diberi perhatian secara serius.
[ya, betul.. filem P. Ramlee banyak disulami pengajaran dan mesej dalam
komedinya..].
OK, kembali tentang lawak bodoh. Filem lawak bodoh sememangnya tak
begitu popular. Sekali orang tengok, kemudian dilupakan. Bukan tak ada penonton, tapi tiada pengikut.
Kenapa? Mungkin kerana tak mahu
dianggap bodoh? Hmm..
Lawak bodoh tu macam mana? Mat Sentol? Badul? Z. Lokman? Siapa? Ramai orang tak berapa suka filem-filem
mereka, sebab.. (jawapan di atas). Tapi, keupayaan mereka mencipta identiti atau trademark sendiri
selain konsisten bikin filem pada zaman mereka - itu yang patut orang respek.
Jadi, tak perlulah kita tanya kenapa filem komedi mereka tidak sepopular filem komedi P. Ramlee.
Genre sama -
komedi. Tapi persembahan mereka lain = penonton mereka juga lain.
Apa lagi yang boleh dikata tentang LAWAK BODOH:
-
Slapstik (sengaja memaksa penonton ketawa, dengan mengajuk
perbuatan, sikit-sikit jatuh, pukul kepala orang lain, senang cerita- aksi-aksi badut
la..)
-
Perkara yang merendahkan fikiran penonton (tak membina minda
langsung, isu basi, ketinggalan zaman, tak bermanafaat dan tak patut ada dalam
cerita)
-
Mempermainkan/menghina bentuk fizikal orang secara sedar atau tidak
dengan keterlaluan (gemuk, kurus, pendek, hitam, botak, sengau, gagap, pekak, bisu, buta- cacat
dsb.)
-
Lawak seks (double meaning atau perlambangan seks macam tunjuk
buah-buahan dalam bentuk tertentu, eksploitasi wanita- guna pelakon seksi untuk buat lawak, konon; dan perkara
seperti
mengandung, mandul dsb yang kononnya lawak)
-
Lawak gila atau melampau (minum air kencing, sesuatu yang
memualkan- ludah, najis; lawak ganas- tak berhati perut; black komedi tak
bertempat- mempermainkan sesuatu yang serius)
Itulah saja hasil pemerhatian saya pada filem tempatan juga antarabangsa. Saya sendiri sebenarnya tak kisah, filem tu lawak bodoh
atau lawak cerdik. Saya menonton semua jenis filem dan sememangnya sedar yang sesetengah filem sengaja mahu jadi lawak
bodoh. Kesimpulannya, terpulang pada penilaian masing-masing...
5 Jun
2003
Saya setuju kalau dikatakan filem-filem zaman Badul (bukan filem
Badul saja), tak semua orang boleh layan menontonnya sekarang. Bukan sebab filem tu semua bagus sangat atau teruk sangat, tapi orang yang
boleh layan filem tu semua mesti ada sedikit rasa atau hubungan dengan zaman tu, kiranya boleh membangkitkan nostalgia selain
daripada seronok menonton filem dan ceritanya sahaja. Serupa juga macam ibubapa,
pakcik, makcik kita yang mungkin pernah hidup zaman 50/60-an, bila diorang tengok filem-filem klasik pada masa
sekarang, diorang tentu rasa gumbira (ejaan lama) dan happy sebab filem-filem tersebut menimbulkan
feel yang pasti tak dapat dihidupkan kembali kecuali dalam dan daripada filem-filem
klasik. So, janganlah kata
filem hitam putih tak best. Filem P. Ramlee dapat diterima di zaman sekarang pun sebab cerita dan
persembahannya yang tersendiri - itu yang orang sekarang nampak. Tapi, bagi orang yang pernah melalui
zaman tu dan menonton sendiri P. Ramlee atau Nordin Ahmad dll di layar perak, perasaan diorang tentu 10 kali lebih
seronok menontonnya semula di zaman sekarang berbanding orang yang tak melalui zaman
itu. Sebab itu, filem ni semua (tidak kira zaman) penting untuk dijaga dan sekarang dikeluarkan semula dalam vcd supaya
tidak pupus.
Dah terkeluar dari topik dah. Kalau ada masa, saya akan sambung lagi tentang filem-filem lama ni..
27 Mei
2003
Saya memang minat tengok filem-filem tahun 80-an.
Masa tu memang
Badul popular habis dengan filem 'lawak bodoh' (pinjam..). Tapi kebanyakan filem Badul yang saya suka diarahkan oleh orang lain,
macam filem Si Badul, Panglima Badul dan Tuan Badul. Paling best mestilah Tuan Badul (Ibrahim Pendek, Sudin, Norlia, AK, dan
Noorkumalasari pun ada). Tuan Badul memang gila - dengan intro pelakon memperkenalkan diri
masing-masing, gambar terbahagi dua (split-screen), lepas tu Badul dalam pejabat bergerak (van black
maria ke?), ada pulak tambah-tolak point, GM (Ibrahim Pendek) main judi masa meeting (topik meeting pun
semua gila), dan last sekali acara baling makanan. Banyak unsur-unsur lawak 80-an ada dalam tu
(kalau buat sekarang mungkin dah tak lawak lagi).

Lagi satu tentang filem 80-an ni yang saya suka tengok ialah
imej-imejnya, macam fesyen zaman tu, kereta, rumah dan lain-lain yang
ditunjukkan, semuanya menunjukkan identiti zaman tu termasuk muzik. Kalau 10 tahun
lagi, orang nak buat filem set 80-an, diorang boleh la tengok balik filem-filem lama tu, macam mana kehidupan masa tu
(kereta proton pun tak wujud lagi). Filem Ibrahim Pendek pulak walaupun dia dah terkenal
masa Jalan Ampas, filem Ali Baba dll, tapi dia boleh popular balik masa 70/80-an.
Mungkin sebab tak ramai pelawak masa tu (P.
Ramlee, Tompel pun dah mati). Pelawak baru yang muncul, macam Badul, Yusni, R. Jaafar dan Yahya
Sulong. Yang saya ingat filem Ibrahim Pendek
ialah Keluarga Comat (cuci ikan dengan sabun, lepas tu sakit perut), Penyamun Tarbus dan Sikit Punya Gila (bini dia Yusni -
mungkin ini yang dikatakan 'lawak bodoh', bila ditunjukkan seorang pendek beristerikan
seorang gemuk, dan orang ingat diorang kakak-adik..). Terlupa sebut nama Hamid Gurkha yang juga berlakon SPG jadi
penjual jagung (sebelum tu jadi 'inspektor' - sebenarnya pengawal budak sekolah lintas
jalan), yang suka main 'kuda longkang' (lawak-lawak 80-an). Pengarah yang tengah mencipta identiti 'lawak
bodoh' masa tu ialah Z. Lokman (TV selalu tayang filem Bas Konduktor - orang masa tu tak
kisah, kalau sekarang kena kutuk habis), lepas tu Badul pulak jadi pengarah, yang
saya ingat Guru Badul (dua watak, dapat pelakon lelaki terbaik, cipta sejarah), Oh Fatimah (pecah
rekod, pengarah terbaik) dan Hantu Siang (bukan cerita hantu). Lepas tu muncul Os dan sekarang Senario?? Ingat
lagi Senario The Movie, banyak pelawak 80-an muncul dalam tu, Badul, Yahya Sulong, Yusni, Hamid
Gurkha (R. Jaafar mati dah ke masa tu, sebab dia takde). Sebelum tu Ibrahim Pendek berlakon filem terakhirnya -
XX Ray. Tamatlah zaman lawak diorang... dan tinggallah kita dengan lawak Senario?? yang
sebenarnya tak lawak pun kalau skrip diorang tak lawak, tengok saja siri diorang (ataupun jangan tengok). Tak sabar nak
tengok hasil arahan Mamat Khalid - Lang Buana. Kalau skrip bagus, beruntunglah
Senario...

|